"Jeoran"
Aku memandangnya,dengan mata aku yang separuh mengantuk. Dia datang dekat dan memeluk pinggang aku,dan serta-merta aku jadi segar. Membulat mata aku melihat perbuatannya.
"Apa?"
"Kau nak keluar esok?"
Aku tersenyum,mengangguk,dan dia tersengih.
.........
"Lotte world?"
Aku cakap sebaik sahaja aku keluar dari kereta. Lotte world agak lenggang,dan aku memusing badan aku menghadap Cheol.
"Awak,tutup-"
"Tak,ikut aku"
Dia menarik tangan aku dan masuk kedalam. Aku cuma mengikut,tapi aku sangat pasti takde orang dekat dalam. Bila Cheol buka pintu,aku betul-betul terkejut.
Memang takde orang.
Tapi aku nampak sesuatu yang menarik perhatian aku.
"Kau mesti-"
"SEHUN???"
Seungcheol p.o.v
Jemput group Exo datang sini ?
Tempah satu lotte world untuk isteri aku?
Semua benda aku boleh buat,ini Cheol la.
Kalau setakat beli kardboard Sehun,apa la susah sangat.
"Tak ikhlas"
Muncung Jeoran aku tarik dan dia mencebik. Kardboard ditarik dengan tangan kiri dan tangan kanannya memegang aiskrim. Nampak macam budak ja bini aku ni.
Atau aku yang nak ada budak?
"Mana awak beli kardboard ni?"
"Ish,sibuk. Biarlah aku nak beli kat mana"
Jeoran cuma menjeling dan pergi ke arah rollercoaster yang kalau boleh aku tak nak naik. Apa dia ingat seronok ka naik benda tu?
"Ish,tak payahla"
Aku menarik tangannya,dan dia cuma menurut. Entah kenapa,aku rasa pelik.
Kenapa dia tak menolak?
"Err...kau nak naik?"
Aku tanya,takut juga kalau dia tersinggung,tapi dia cuma memandang permainan tersebut. Pandangannya dialihkan kepada aku.
"Cheol"
"Ya?"
"Saya rasa saya tak boleh naikla semua benda dekat sini"
Tersentak aku. Aku memegang lengannya dan memandang anak matanya. Kenapa dengan Jeoran. Dia terasa ke?
"Jeoran kalau pasal kardboard tu,aku minta-"
"Bukan"
Dan dia tiba-tiba memeluk aku.
"Saya pening. Jom balik rumah"
.............
"Kau okey?
Dia angguk,dan aku tarik selimut untuk tutup badan dia. Rambutnya aku tarik ke belakang.
"Kau nak apa-apa?"
"Awak keluar kejap boleh?"
"Nak apa sayang?"
Muka dia agak merah,dan aku tahu dia malu dengan panggilan itu. Ah lantaklah dia isteri aku.
"Beli gula-gula"
Aku mengerutkan kening,tapi akhirnya aku mengangguk.
Yoon Jeoran p.o.v
Lepas aku dengar pintu rumah tutup,aku terus melompat dari katil dan menuju ke dapur. Almari aku selongakr satu persatu,mencari ubat sakit aku. Pening kepala aku menjadi-jadi,dan aku mula sesak nafas.
Aku meraba-raba almari tinggi itu,dan tercapai satu bekas ubat aku. Dengan tergesa-gesa,aku buka dan letak 3 pil warna hitam dan ungu itu dan menelannya sekaligus. Air aku capai dan teguk laju. Lepas beberapa minit baru aku lega dan aku mengeluh.
Nasib Cheol takdak.
"Jeoran"
Terlepas botol ubat aku,dan terkeluar isinya. Aku memandangnya,dan dia tak lepas memandang aku. Matanya turun ke bekas ubat aku yang bergolek dekat lantai.
Aku tergamam.
.........
"Kenapa kau tak bagitau aku!"
Tersentak aku dengan jeritannya. Aku cuma memandang bawah,tak berani melihatnya yang menyinga depan aku.
"Jeoran,aku suami kau,aku ada hak untuk tahu!"
"Cheol saya,-"
"Apa lagi yang kau sembunyikan pada aku? Cakap Jeoran"
"Saya-"
"YOON JEORAN!"
Dan air mata yang aku tahan dari mula,akhirnya turun. Bahu aku terhenjut-henjut.
Muka Cheol berubah. Wajahnya jadi lembut. Dia datang dekat dengan aku yang duduk di birai katil. Kepala aku ditarik ke perutnya. Rambut aku diusap.
"Mingyu tahu?"
Aku cuma angguk.
"Omma?"
Aku angguk.
"Jeonghan?"
Aku angguk lagi. Jeonghan tahu sendiri,dia tengok balik x ray,jadi dia salahkan diri dia sekarang.
"Yura?"
Aku angguk. Aku jumpa dia dekat kafe haritu,dan aku cerita.
"Kenapa kau sorokkan dari aku?"
Aku minta maaf.
Tapi perkataan itu tak keluar dari mulut aku.
"Jeoran"
Dia menolak kepala aku,dan memandang aku. Air mata aku dikesat,dan dia mencium aku.
Agak lama,dan dia jarakkan muka aku dengan dia.
"Kau kena hidup"
Dan itula ayat yang aku tak nak dengar dari mulutnya.
"Aku hidup pun sebab kau,jadi tolong,tolong pastikan kau hidup. "
Dan aku meraung lagi. Dia memeluk aku erat,dan aku dapat rasa bahu aku jadi basah.
"Aku cintakan kau"

YOU ARE READING
Behind The Lights// c.s.c
Fanfic"Tolong khawin dengan anak omma" Desperatenya dia. "Dia sakit" Dan aku terima permintaan gilanya. A choi seungcheol fanfic.