45.

65 9 0
                                    

"No"

Aku geleng,dan Seungcheol meraup mukanya melihat kedegilan aku yang memang tidak boleh di bawa bincang. Dah besar panjang pun,aku tetap degil.

"Apa maksud kau no? Kau kena buat juga pembedahan tu aku tak kira"

"Then declared death at the operation table? No Choi Seungcheol"

Aku tetap bertegas,dan aku mula perasan mata pesakit dan jururawat lain memandang kami dengan pelik. Aku abaikan dan kembali memandang suami aku yang merenung tajam ke dalam mata aku. Aku tahu dia geram,tapi aku tak nak mati sia-sia. Mati di atas katil pembedahan,seakan-akan aku diberi harapan palsu walaupun aku tahu aku akan mati. Aku doktor juga,mestilah aku faham perasan pesakit yang harapan nak hidup cuma separuh.

"Cheol,kalau saya mati,saya nak mati macam normal. Awak-"

"Jangan cakap pasal mati dengan aku. Cukup. "

Aku melihat matanya,merah menahan tangis. Aku tahu ini semua sebab aku,kalau aku tak tinggal dia,kalau aku dengar penjelasan dia tentang hubungan dia dengan Hyena,aku takkan jadi jadi seperti ini .

Bukan.

Kami tak akan jadi seperti ini .

Aku tarik dia dalam dakapan aku dan mengosok belakangnya lembut. Ada beberapa jururawat lalu sebelah kami dan senyum,aku cuma membalas dengan senyuman juga. Siapa-siapa sahaja akan fikir macam-macam melihat sepasang suami isteri berpelukan di tengah-tengah koridor hospital,lebih-lebih lagi bila Choi Seungcheol anak doktor hospital yang buat perbuatan ini.

"Tolong Jeoran,aku tak minta lebih. Tolong buat pembedahan. Kalau lepas ni kau nak kahwin dengan Mingyu pun aku tak kisah,kalau nak aku bawak kau jumpa Sehun pun aku boleh buat,tapi tolong ,tolong ikut cakap aku"

Dia merintih,dan aku tergelak pelahan, sedangkan air mata aku dari tadi tertahan bila dia sebut perkataan 'tolong'. Choi Seungcheol,kenapa kau buat aku rasa bersalah?

"Betul saya boleh kahwin dengan Mingyu? Serious?"

Dia angguk,dan aku dapat rasa kepalanya makin kedalam leher aku. Pelukan di pinggang aku dieratkan . Aku dapat rasa bahu baju aku basah kerana tangian dia yang tak berbunyi.

"Betul awak tak menyesal?"

Dia angguk lagi,dan sebuah senyuman ikhlas terukir di bibir aku.

"Saya bagitau Mingyu yang-"

Belum sempat aku habiskan ayat aku, bibir dia mendarat elok ke bibir aku,dan ciuman ringkas itu bertukar menjadi lebih dalam, sampai aku tolak dia pelahan,lupa kami dua di mana dan aku tersipu-sipu. Gila ka cium di hospital,tak kata lagi bila aku tengok papan tanda wad tulis wad bersalin. Mesti ada orang ingat Cheol ada skandal dengan aku tapi bini dia dekat dalam.

Ah bodoh betul otak aku ni .

"Awak ni!"

"Kalau kau nak kahwin dengan Mingyu,aku kena bagi puas diri aku cium kau dulu"

Aku menjelingnya.

"Tapi nampaknya,aku tak akan pernah puas"

"Choi Seungcheol!"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 12, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Behind The Lights// c.s.cWhere stories live. Discover now