"Hei,bangunla"
Aku terkejut dengan suara seorang di sebelah aku. Dekat pulak tu.
"Kau ni,mimpi apa sampai bangun lewat ni? Dah pukul 10 kot. Mimpi Sehun ke?"
10?
AKU DAH LEWAT!
Aku bangun dari katil dan terus lari ke bilik air. Cheol cuma gelak.
.....
"Lambat datang?"
Yura memerli aku sebaik sahaja aku sampai ke kaunter pesakit. Dia bersandar dan aku abaikan dia.
"Kau buat apa sema-"
"Tak de apa,jangan sibuk"
"Eh Emo pulak dia. Mengandung ka?"
Jururawat dan doktor yang ada berdekatan di situ terdiam. Muka aku memerah dan aku tutup kasar fail tersebut.
"Nanti hantarkan ke bilik saya" aku kata dan jururawat tu cuma angguk. Baru berapa langkah,aku terbau sesuatu yang teramatla busuk. Dan bau ni cuma terdapat di bahagian pesakit yang lumpuh dan sebagainya.
Iaitu,kencing.
"Bau apa ni?"
Aku menahan mulut aku dari hampi muntah. Yura cuma gelak.
"Kau mengandung ke?"
.........
"Ala,cover pulak"
"Takla,aku betul-betul tak mengandung"
Dia cuma tergelak dan duduk di atas sofa yang ada dekat hujung bilik aku. Telefon aku tiba-tiba berdering.
Kim Mingyu
"Yobo-"
"Kau free?"
"Kenapa?"
"Ingat lagi adik Jung Hyena? Hyeji? Dia meninggal, kemalangan langgar lari"
Aku terdiam. Yura yang sedar muka aku berubah mengangkat keningnya.
"Hei Jeo-"
"Saya,datang nanti"
.......
Aku memandu ke rumah Jeonghan yang agak jauh dari bandar. Bila aku ketuk pintu rumahnya,dia macam baru bangun tidur,dengan rambut serabut.
"Kau nak -"
"Ikut aku. Oh ya,skirt hitam aku ada lagi kan kat rumah ni? Aku nak salin. Kau pun,pakai baju hitam."
"Untuk apa?"
"Adik Jung Hyena meninggal"
"Apa?"
"Apa kata kau ikut je?"
......
"Bila kemalangan tu?" Dia tanya aku sebaik sahaja aku hidupkan engine.
"Entahla,Mingyu bagitau macam tu je. Dia pon terkejut. Baru semalam dia jumpa Hyeji dengan Saeron dekat kafe."
"Apa jadi kat Saeron?"
"Saeron dah gerak pergi Amerika. Sambung belajar. Dia tak tau lagi"
"Min Hye Na?"
"Entahla. Aku tanya Yura,apa jadi dekat dia. Dah lama tak nampak dekat Hospital. Yura kata dia cuti 1 bulan. Ada hal"
"Ch-"
"Apa jadi dengan crush kau?"
Dia terus terdiam. Aku tersenyum kemenangan apabila dia diam.
ANDA SEDANG MEMBACA
Behind The Lights// c.s.c
Fanfiction"Tolong khawin dengan anak omma" Desperatenya dia. "Dia sakit" Dan aku terima permintaan gilanya. A choi seungcheol fanfic.
