Seungcheol p.o.v
"Kau serupa..." belum sempat aku menghabiskan ayat aku,dia sudah pun berdengkur halus didada aku. Aku memandangnya kosong.
"..dengan dia." Dan,buat pertama kalinya,selepas 5 tahun,aku tersenyum manis terhadap seorang gadis asing. Bukan,isteri aku.
Masih ingat apa aku cakap padanya? Jangan jatuh cinta dengan aku. Atau aku akan kembali dalam badan ini,buat selama-selamanya. SeungCheol yang baik sudah tak ada. Dan aku pasti gadis ini tidak mahu perkara itu berlaku. Dia takut dengan aku. Jelas dia wajahnya malam itu apabila aku tetiba memegang bahunya secara sengaja,dia kebelakang dan kelihatan takut.
Tapi,mustahil aku tak akan cintakan gadis ini. Dia isteri aku,dan dia akan duduk dengan aku selamanya. Peluang untuk aku jatuh cinta semula adalah...
90%.
Mukanya langsung tak seiras Jeonghan. Dia berbeza dengan Jeonghan. Mamat tu cuma tahu berfoya-foya. Adiknya pulak seorang yang berjaya.
Dia kelihatan seperti Hyena dari jauh. Aku teringin melihat dia senyum,gelak,marah. Tapi aku tahu dia akan tunjukkan sisi itu pada SeungCheol sahaja. Nafas aku turun naik. Aku tak mampu tahan. Aku betul-betul rindukan Hyena. Berkhawin dengan gadis ini mengingatkan aku padanya.
Pelukan di badanya aku kuatkan. Aku ubah posisinya dan memeluknya,membenamkan muka dia ke dada aku. Dia bergerak sedikit,tapi kemudian tidur semula.
Aku menolak rambutnya ke belakang telinga dan mengambil jarinya ke pipi aku. Cincin di jarinya aku satukan dengan aku punya. Berapa hargalah cincin ini. Seungcheol mesti kaya,dan aku tak pernah tahu apa personaliti kedua aku kerja.
Aku seperti tidur dengan isteri orang pulak. Dia sukakan orang lain,aku pula,mula berminat padanya.
"Jeoran..." aku memanggil namanya lembut.
"Kalau aku sihat semula,adakah kau akan cintakan aku,seperti kau cintakan Seungcheol?"
Flashback
"Hyena sudahla. Awak makin lama makin gila tau? Saya tak ada hubungan dengan dia! Dia cuma rakan kolej! Awak tak faham ka?" Aku jerit padanya. Matanya sembab. Dadanya turun naik. Dia mengigit bibir.
"Tak ada hubungan? Rakan kolej? Cheol,saya tak buta! Rakan kolej ka kalau awak cium dia depan mata saya,dihadapan kawan-kawan awak,dan kata saya ni perempuan tak guna?"
"Hyena,saya buat bersebab. Diorang tak ta-"
"Tak tahu kita bercinta? Itu yang awak nak cakap? Saya dah bosan dengar alasan yang sama. Saya percaya yang awak takut yang omma awak akan pisahkan kita. Tapi,awak dah terlalu melampau. "
"Hyena,tolong berambus sekarang" aku kata padanya. Aku geram padanya. Aku tahu,dia cuba ingatkan aku pada penipuan aku yang lepas. Omma aku sebenarnya sukakan dia. Tapi lama-kelamaan,aku bosan dengan dia. Jadi aku tipu dia. Entah macam mana,dia tahu. Tapi dia masih maafkan aku.
"Saya akan berambus malam ini. Terima kasih untuk segalanya" dia kata dan keluar pada kereta aku. Dia menhempas pintu kereta dan menuju ke perhentian bas di hadapanya. Aku agak risau akan keselamatannya jadi aku tunggu sehingga bas nya sampai.
Anehnya,itu bukanla bas ke rumahnya. Itu bas ke rumah yang aku beli untuknya.
Bas itu memecut laju,meninggalkan kereta aku. Aku mula risau. Rumah itu masih belum siap. Bangunan itu masih tiada tingkap kaca. Tak mungkin.....
Aku memecut laju mengikut bas itu dan aku hampi terlanggar berapa kenderaan. Nafas aku tidak stabil. Tak,tak. Dia takkan buat kerja bodoh itu.
Bas itu berhenti di depan bangunan itu. Aku membrek mengejut dan ternampak Hyena turun dari bas. Hyena masuk ke bangunan itu dan dia betul mahu lakukannya. Aku cuba untuk mengejarnya,namum kerana aku memandu terlalu laju,aku terlanggar tiang lampu,dan kepala aku cedera kerananya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Behind The Lights// c.s.c
Fanfiction"Tolong khawin dengan anak omma" Desperatenya dia. "Dia sakit" Dan aku terima permintaan gilanya. A choi seungcheol fanfic.