34.

83 13 0
                                        

"Cheol saya tak faham"

Aku jauhkan badan aku darinya. Ketakutan menyelubungi aku. Tangan aku meraba-raba almari berhabuk,mencari senjata untuk menyelamatkan diri.

"Jeoran,Hyena,aku tak tau dia buat pejanjian apa dengan pembunuh tu,tapi aku nampam dengan mata aku sendiri yang dia bunuh Hyena. Aku-"

"Jadi apa kaitan dengan a-"

"Noona?"

Perbualan kami terhenti dan aku memandang Sengkwuan dia muka pintu. Aku meluru kearahnya dan menyuruh dia memanggil Hoshi.

"Suruh dia call polis."

........

" Quelle caractéristique le criminel avait?"(apa ciri-ciri penjenayah tu?)

" un de mes clients l'a vu mais elle se cachait dans l'armoire avec elle ..."(salah seorang dari tetamu saya nampak dia tapi dia dia menyorok dalam almari dengan...)

Hoshi memandang aku,nak tahu apa hubungan aku dengan Seungcheol. Aku baru nak jawab tapi Cheol terlebih dahulu membuka mulut.

" mari"(suami)

Hoshi kelihatan terkejut,dan kemudiannya tersenyum sumbing. Apa yang Cheol bagitau dia? Jangan macam-macam.

"Hei korang boleh naik bilik,aku tinggal nak tunjuk senarai tetamu je"

Hoshi kata dan kami mengangguk. Tapi aku sedar yang Hoshi menjongketkan keningnya kearah Cheol,dan lelaki itu cuma tersengih. Diorang,mesti ada apa-apa.

"Hei,kau tak takut tidur sorang-sorang?"

Cheol tanya sebaik sahaja kami masuk kedalam lif.  Aku menjongket bahu,tapi sebenarnya aku agak takut untuk tidur sekarang. Macam mana kalau penjenayah tu datang bunuh aku? Cheol juga merupakan salah satu suspek utama. Kalau dia bunuh Hyena,motif dia jelas.

"Aku tak bunuh"

"Hyena bunuh diri,kenapa?"

Suasana tiba-tiba menjadi diam. Meremang bulu roma aku.

"Sebab,aku tak boleh lupakan kau"

..........

"Noona okay?"

Sengkwuan terjah aku ketika aku mengambil makanan dalam tray buffet. Aku cuma mengangguk.

"Noona kenapa? Diam je. Hyung ada buat apa-apa kat noona?"

Kenapa aku rasa ayat dia kotor semacam?

"Takde apalah"

Bohong Jeoran.

Takkan kau nak bagitau dia cium kau semalam ?

Apa ni! Aku terbayang.

"Eii muka noona merah!!"

"Nah ambillah makanan ni! Noona tak nak makan"

Aku bagi makanan aku dekat Sengkwuan dan keluar dari ruang makan hotel tersebut. Muka aku yang jelas merah aku sorokkan dengan hoodie aku dan aku zipkan jaket aku sampai ke paras hidung.

Amacam? Macam G-Dragon tak?

Untuk menambahkan lagi swag,aku memasukkan tangan aku kedalam poket dan keluar dari hotel. Belum aku lalu kaunter resepsi,aku terlanggar seseorang.

Tahi.

"Kau ni bini aku atau budak sekolah?"

Aku mendongak,mata Cheol bertemu dengan mata aku. Dengan selambanya dia menurunkan zip hoodie aku dan menekup pipi aku dengan tangannya yang besar.

"Muka kau merah. Demam ke?"

"Oh t-tak!!!"

Aku cuba untuk mengalihkan muka aku tapi tangannya menghalang aku untuk berbuat demikian.

"Kau nampak makin cantik. "

Makin merah muka aku.

"Tepi sikit,saya nak check out"

...........

"Noona kata nak duduk sini sampai 2 tahun? Baru setahun noona!!!"

Sengkwuan merengek macam budak kecil,tapi aku cuma tersengih.

"Noona bosanla. Boo selalu gi kerja tinggal noona sorang-sorang." Kali ni aku pulak merengek. Cheol berdehem sebelah aku dan aku menjelingnya. Cemburu ke sayang oi?

"Kita dah lewat,jom balik"

Belum pun aku melambai ke semua orang,Cheol tarik tangan aku keluar dari bangunan hotel dan aku cuma mencebiknya.

Memang cepat benar hati aku terbuka untuk memaafkan dia. Tapi aku juga ada syarat.

"Cheol,tolong jangan permainkan saya lagi. "

Aku menjawab tegas,supaya dia faham aku sangat bencikannya. Walhal tak pun. Bila lif terbuka,aku meluru keluar dan menuju ke bilik aku.

Hanya beberapa tapak lagi untuk aku sampai ke bilik aku,Cheol menahan tangan aku dan memandang tajam kearah aku.

"Pernahkah aku permainkan perasaan kau?"

Soalannya membuatkan aku tersentak.

"Sepanjang perkhawinan kita,pernahkah aku berlaku curang terhadap kau?"

"Yoon Jeoran,you knew the answer. But why,do you choose to leave me? Kau tinggalkan aku bila aku perlukan kau untuk aku hadapi perkhawinan palsu aku dengan Hyena. Kau jauhkan diri dari aku bila aku mahukan kau berada di sisi aku dan kata semuanya akan kembali normal. Setahun kau hilang Jeoran,omma bukan lagi omma yang aku kenal. Hyena semakin tak waras dari hari ke hari. Dia bunuh kucing parsi dia,dia cederakan pembantu rumah kalau aku tak ikut cakap dia."

"Sepanjang kau takde,aku takut. Aku takut aku jadi macam diorang. Aku takut aku jadi raksasa. Aku takut aku bakal jadi gila"

Nafasnya turun naik. Dia menangis tersedu-sedan. Timbul perasaan menyesal aku meninggalkan dia. Kalau aku dengar perjelasan dia,mungkin semua perkara ini tak akan terjadi.

Tapi,aku tak boleh memihak pada sesiapa sekarang. Aku perlu tahu apa yang terjadi pada Hyena.

"Saya akan ikut awak balik,tapi itu tak menandakan saya percayakan awak seratus peratus"

Tangisannya terhenti,dia memandang aku.

"Syaratnya,izinkan saya rawat awak"

Dan dia terus mencium aku



Behind The Lights// c.s.cTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang