40.

75 11 3
                                        

"Doktor cakap apa?"

Aku yang mengupas epal berhenti apabila terdengar suaranya bergema dalam dapur.

"Sakit biasa ja. Takde apa pun"

"Betul?"

Aku angguk,dan meneruskan kerja aku. Aku takut untuk bertentang mata dengannya,takut dia nampak penipuan di mata aku.

"Kalau sakit biasa,kenapa ada painkiller?"

Terlepas pisau di tangan aku. Aku memandangnya dan dia sedang membelek painkiller itu. Di tangan kirinya ada bungkusan plastik. Aku terus merampas segala benda yang ada di tangannya. Dia kelihatan terkejut,dan aku cepat sorok ubat tersebut di belekang aku.

"Kenapa awak selongkar barang saya!"

"Kau yang letak dekat ruang tamu,aku nak tengok jela"

"Jangan sibuk boleh?"

"Salahkah kalau aku nak ambil kisah pasal isteri aku?"

Terdiam aku. Mukanya tegang dan aku cepat-cepat meraup muka aku. Aku menghampirinya dan memegang lenganya. Aku mendongak dan mata kami bertemu. Aku tersenyum lemah.

"Maaf,saya minta maaf"

Dia menghela nafas dan memeluk aku. Aku betul-betul rasa sebak.

Inikah tanda-tanda yang aku bakal meninggalkan dia?

..........

"Jeoran"

Aku memandangnya,sambil mulut aku sibuk makan epal yang baru aku potong tadi. Baru aku sedar yang dia dari tadi memandang aku.

"Aku nak sembuh."

Terbutang mata aku,aku salah dengar ke?

"Cheol.."

"Aku nak kau lalui hidup yang normal. Aku nak ada anak yang normal dengan kau. Aku tak nak biarkan darah psiko aku dulu mengalir dalam badan anak aku. Jadi aku perlu berubah"

Tersenyum aku. Namun dalam hati aku,aku sebak.

Anak? Dia mahukan anak?

"Kalau saya tak nak di bedah?"

"Pendarahan sebegini dari lambat ke cepat. Kalau awak tak ambik sekarang,awak mungkin boleh hidup 2 bulan sahaja. Atau kurang dari itu"

"So I wont make it to the end of the year right?"

Dia mengannguk,dan melihat aku simpati.

"Kalau saya ambil?"

"Pembedahan melibatkan otak peluangnya nipis. Kalau awak hidup,sama ada lumpuh,cacat atau koma. Koma yang mungkin tiada penghujungnya"

Aku meraup muka aku. Tak,ini tak mungkin. Aku langsung tiada pilihan untuk hidup.

"Kau dengar tak aku cakap apa ni?"

Terkejut aku bila sepasang tangan menekup muka aku. Dia memandang aku dengan wajah yang risau.

"Sa-saya dengar"

"Kau dengar apa?"

"Awak nak anak?"

Dia tergelak kecil dan mendekatkan mukanya dengan aku. Aku mengigit bibir,darah meluru ke muka aku.

"Kau betul-betul nak ada anak dengan aku kan?"

Dengar je dia cakap macam itu,aku menolaknya dan bangun. Muka aku membahang. Gila.

"Lelaki gila"

"Gilakan kau"

Dia tergelak dan aku meluru laju masuk kedalam bilik. Aku baringkan badan aku atas katil dan memandang siling. Maaf Cheol. Tapi kita takkan bersama. Aku akan tinggalkan kau.

Aku akan habiskan sisa hidup aku untuk bahagia. Itu tekad aku.

.........

Cheol mula berubah,dari murung,tiada perasaan kepada Cheol yang suatu dulunya omma pernah lihat. Ommanya datang kepada aku dan melutut kepada aku bila Cheol tiada.

"Omma minta maaf. Omaa tak patut gunakan Jeoran. Omma minta maaf"

Aku terus memeluknya. Takde guna aku berdendam dengannya. Masa aku dah nak tamat. Wajah tua itu memandang aku dengan pandangan yang aku tak pernah lihat sebelum ni.

"Omma,Jeoran tak pernah berdendam dengan Omma. Cuma terkilan. "

Dia menangis tersedu-sedan,dan mulutnya tak habis-habis minta maaf. Aku cuma angguk,membiarkanya meluahkan segala-galanya.

"Omma Jeoran nak bagitau sesuatu"

...........

Aku nampak Mingyu berlari kearah aku dan tersenyum memandang aku. Dah lama aku tak nampak dia senyum semanis ini.

"Kenapa ?"

"Takdela,saya nak jumpa je"

Senyuman semakin lebar. Kami berjalan kearah satu kafe di sebelah balai polis itu,dan duduk betul menghadap tingkap.

"Kau nak minum apa-apa?"

"Tak,lagipun saya datang sekejap je"

Senyuman mati,dan aku tergelak.

"Saya nak bagitau sesuatu"

"Tentang Cheol?"

Aku geleng. Kes bunuh diri Hyena dah tertutup. Jadi nama Cheol bersih. Aku pasti bukan dia yang membunuhnya.

"Jad sebab apa?"

"Mingyu"

"Ye?"

"Saya nak awak pujuk Cheol"

Dia memandang aku hairan. Aku cuma senyum dan melihat semula keluar tingkap. Benda ini ada benda yang sama aku cakap pada omma,yang menyebabkan dia nangis dan salahkan dirinya lagi.

"Pujuk dia,untuk tutup mesin nyawa nanti"

Dia berkerut kening,jelas dia tak faham dengan permintaan aku. Aku lupa dia ni polis,bukan doktor. Tapi ayat aku cukup mudah dah ni. Dia tak faham lagi ka?

"Apa.."

"Mingyu,tolong pujuk dia ye? Tutup mesin nyawa saya nanti.Jangan biarkan dia berharap saya masih hidup. "

Tiba-tiba Mingyu memegang tangan aku. Dia faham apa yang aku maksudkan. Mukanya berubah. Ada air mata yang dia cuba tahan dari keluar.

"Apa-apa kau merepek ni? Kau sakit ke? Jom kita pergi hospital. Aku-"

"Dah terlambat Mingyu. Pendarahan otak saya semakin teruk. Saya mula hilang ingatan. Tempat kerja awak pun saya lupa tadi,nasib baik nama awak saya ingat."

Aku tergelak,tenang namun mukanya tidak. Dan air matanya tumpah,dia tertunduk dan tersedu-sedan. Nasib baik kafe ini takde orang. Aku mengusap belakangnya lembut.

"Oh ya,nanti tolong bagi saya pinjam majalah sekolah ye? Saya nak tengok sebelum saya lupa semuanya. Boleh?"

Tangisan dia mula tak terkawal. Tiada suara yang keluar,tapi air matanya turun lebat. Aku memeluknya. Mungkin ini perasaan orang yang nak mati. Terima seadanya apa yang berlaku padanya.

"Jangalah nangis. Nanti saya ingat muka awak yang sedih je."

Aku tahu yang dia akan sedih. Tapi,apa yang aku boleh buat. Aku langsung tiada pilihan.

How was it?

Behind The Lights// c.s.cTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang