41.

70 12 0
                                    

"Siapa lelaki dekat hotel tu?"

Tersedak Cheol. Aku hulurkan air padanya tapi dia tolak. Mukanya merah,dan tajam memandang aku.

"Kan aku cakap dia bunuh Hyena?"

"Cheol,awak tahukan kes ni dah tutup. Dah terang-terang dia bunuh diri"

Dia memandang aku,tak berkelip. Dan akhirnya dia menghembus nafas lemah.

"Lelaki itu,aku kenal suara dia"

"Macam mana?"

"Dia ada waktu Hyena bunuh diri"

Flasback

"Hyena?"

Aku masuk kedalam rumah lepas buka kasut aku dan menutup pintu. Pelik,rumah agam ni tetiba senyap. Selalunya aku akan dengar Hyena meracau macam orang gila dekat pembantu rumah. Tapi rumah ni,sunyi.

Macam takde orang.

Baru aku nak melangkah,aku terdengar sesuatu dibaling ke bawah. Gambar perkhawinan aku dan Hyena.

"Kau faham tak Hyena! Kau tahu tak dia tak sukakan kau pun!"

Aku terus lari keatas,dan menyorok di sebalik dinding. Dari situ,aku nampak seorang lelaki berhoodie,memandang Hyena.

"Saya tahu,saya tahu,saya cuma ikut arahan omma. Tapi saya sukakan dia. Saya cintakan dia. Saya pernah kandungkan anak dia. Saya minta awak jangan kacau saya lagi"

"Kacau? Aku takkan kacau kau kalau kau hidup bahagia dengan Seungcheol,tapi aku tak sanggup dia layan kau macam sampah! Sedarla Hyena,dia tak sukakan kau! Dia sayang isteri dia!"

Hyena terdiam,dan aku dengar dia menangis teresak-esak. Bukan aku tak cuba sukakan dia,tapi tak boleh. Cinta aku hanya untuk Jung Hyena dan Yoon Jeoran.

"Jom pergi Hyena,aku tahu apa yang terbaik untuk kau"

Aku terdengar tapak kaki mendekati Hyena.

"Jangan!"

Tersentak aku.

"Saya tak suka awak! Saya tak pernah sukakan awak!"

"Jadi apa yang kau nak lagi? Aku dah bagi kau macam-macam,dari aku tipu latar belakang keluarga kau sampai aku bunuh adik Hyena,Hyeri. Apa lagi yang aku kena buat sampai kau sukakan aku!"

Terdesaknya lelaki ini.

"Atau kau nak aku pergi bunuh Jeoran? "

Tanpa aku menunggu balasan Hyena,aku terus menyerang lelaki itu dari belakang. Hyena nampak terkejut. Aku terus menumbuk lelaki itu,dan dia langsung tak melawan. Aku berhenti bila darah mula keluar dari hidungnya. Dia cuma senyum,walaupun aku tau dia sebenarnya menahan sakit.

"Keluar pun kau,aku ingat kau nak melekat terus dekat dinding tu?"

"KAU JANGAN BERANI SENTUH JEORAN!"

Dia tergelak dan aku memandangnya tajam.

"Kau bukan tahu dia dekat mana,dia hidup pun kau tak tahu"

Tangan aku mula diangkat tapi Hyena menahan tangan aku dan aku pusing belakang,dia mengeleng lemah.

Dan bila mata aku menurun kebawah,aku nampak kaca di tangan dia.

Lelaki yang terbaring itu mula cuak.

"Hyena,letak kaca tu"

Dia cakap lembut,dan aku tahu dia takut melihat keadaan Hyena. Hyena tersenyum lemah dan dia memandang aku.

"Saya minta maaf. Saya terlalu obses dengan awak Cheol,sampai saya buat Jeoran lari. Jangan risau saya tak akan ganggu awak lagi. Benarkan saya pergi,supaya awak hidup bahagia" "

"Jadi benarkan saya,pergi sebelum ia pudar,supaya awak nanti dapat hidup bahagia"

"HYENA!"

Tangan dia mula mengelar lehernya,dan dia rebah. Aku sempat memegang pingang nya sebelum dia jatuh. Mata Hyena kosong,dan aku menutup matanya. Aku baringkannya dan ketika itu,air mata aku jatuh. Lelaki itu menolak aku dan memeluknya. Dia menjerit histeria,dan aku cuma terkaku.

Penting sangatkah kebahagiaan aku sampai semua orang sanggup berkorban demi aku?

End flashback.

"Jadi lelaki malam tu.."

"Dia datang nak bunuh kau,mungkin"

Meremang bulu roma aku. Kalau Cheol tak tarik aku masuk almari masa tu,dah jadi arwah pa?

Aku yang berkhayal terkejut bila tangan Cheol menyentuh aku. Terus aku mendongak melihatnya.

"Dia dah kena tangkap. Mingyu bagitau. Jangan risau"

Sejak bila lelaki aku berbaik dengan Mingyu? Ah biarla takdela diorang nak gaduh lepas aku pergi nanti.

Aku cuma mengangguk,tapi matanya masih melihat aku. Aku pula yang jadi segan kena tenung lama-lama dengan laki ni.

"Kau"

"Apa?"

"Cantik"

Merona muka aku.

"Biasalah"

Aku jadi kembang,memang pantang kena puji.

"Bila kita nak pergi Pulau Nami?"

Aku mengerutkan kening. Nami? Untuk apa?

"Kau lupa la tu,aku nak honeymoon dengan kau"

Jadi bulat mata aku. Aku terus bangun dan dia cuma sengih macam kerang busuk.

"Saya nak pergi tandas"

Aku bangun dan lari ke tandas,duduk depan dia mahu jadi udang galah terbakar.  Entah kenapa jantung ni pula tak nak duduk diam,dan aku tersenyum. Macam angau sangat aku ni . Muka pun dah macam badut senyum sorang-sorang.

Baru aku nak buka pintu tandas,tangan kanan aku bergetar,dan aku tahu perkara itu tak normal. Aku memegang tangan kanan aku dan mengenggamnya.

Sawan,simptom pendarahan dalam otak.

Ketakutan aku memuncak,tapi aku tak boleh nak panggil Cheol. Aku tak nak dia tahu.

"Jeoran? Kau buat apa?"

Suara dia menyentakkan aku. Aku berdehem,elak dia dari syak aku menangis.

"Ah nak keluar la ni. Kejapla."

Getaran mula menjadi lemah. Tapi aku tahu sawan aku akan datang semula.

Cheol,kalau aku tinggalkan kau,mampukah kau tinggal seorang diri?


Behind The Lights// c.s.cWhere stories live. Discover now