"Dah dua hari kau kat sini. Dah ini dah hari Khamis. Kau tak pergi kerja?"
"Tak nak. Ambil je panadol dalam almari tu. Apa susah. Nanti hilangla demam tu."
"Kalau betul hilang,dah lama kau sihat tau. Masalahnya kau dah habiskan satu paket panadol dan masih tiada kesan. Sekarang ni jom pergi klinik aku"
"Tak nak"
"Yoon Jeoran. Aku tak buat lawak"
"Ada aku gelak?"
"Kau tau tak,kau cuma bangun untuk mandi dan minum air. Mana boleh macam tu"
Aku memandangnya kosong.
"Apa-apa jelah"
"You leave me no choice"
Dan dia terus keluar dari bilik. Aku mengerutkan kening dan baring semula atas katil. Aku memusingkan badan aku menghadap dinding dan menutup mata.
......
"Jeoran.."
Terbutang mata aku mendengar suara dia dekat telinga aku. Nafasnya terasa di leher aku. Dan aku baru sedar ada benda melingkari pinggang aku. Tak mungkin dia.
"Kau demam"
Tak,ini cuma mimpi. Mimpi yang aku reka sebab aku rindukan dia. Haha. Kau yang tinggalkan dia.
"Aku tau kau tak tidur. Pusing dan hadap aku"
Tidur Jeoran. Jangan ikut cakap dia.
"Jeo-"
"Kalau awak nak pujuk saya,lupakan. Dan saya tak demam" aku balas kasar dan cuba untuk lepaskan pelukan dia tapi dia ketatkan lagi.
"Aku cuba untuk hubu-"
"Untuk apa Seungcheol? Awak nak sakitkan hati saya lagi?"
Seungcheol p.o.v
"Untuk apa Seungcheol? Awak nak sakitkan hati saya lagi?"
Lagi? Apa maksud dia lagi?
"Tolong saya penat untuk tengok muka awak. Awak dan ego awak. Awak dan penipuan awak. Kalau awak sukakan Min Hyena,tolong jangan bagi harapan palsu pada saya. Saya bencikannya"
"Jeoran aku tak pernah sukakan Hyena. Dan aku takkan bagi-"
"Dan ya,awak menipu lagi. Tolong pergi. Atau saya yang akan pergi"
"Aku takkan dan tak benarkan kau pergi sampai kau pusing dan pandang aku. "
Dia langsung tidak memberi respon tapi aku tetap menunggunya. Aku sedar yang nafasnya tidak stabil. Kejap pelahan,kejap kasar. Dan pinggangnya makin kurus. Ya Tuhan,apa aku dah buat?
"Apa jaminan awak yang awak tak tipu saya?"
Aku menelan air liur. Jujur,aku tak mampu untuk beri jaminan. Aku jumpa dia ni pun buat kali terakhir. Sebelum aku ubah hidup aku.
Dan kali ini aku sedar,aku perlu rendahkan ego aku demi dia.
"Jeoran,aku merayu,tolong pandang aku" aku benamkam muka aku ke rambutnya dan badanya bergerak. Tangannya berhenti memegang tangan aku minta di lepaskan.
"Aku..aku tak mampu"
"Awak tak mampu apa?"
Dan dia memusing menghadap aku. Sungguh aku rindukan diam. Air mata aku jatuh.
"Aku nak peluk kau"
Tanpa menunggu balasannya,aku memeluknya dan membenamkan muka di dadanya. Dia terkejut tapi membalas pelukan aku dan bermain dengan rambut aku.

ANDA SEDANG MEMBACA
Behind The Lights// c.s.c
Fanfiction"Tolong khawin dengan anak omma" Desperatenya dia. "Dia sakit" Dan aku terima permintaan gilanya. A choi seungcheol fanfic.