31.

80 13 1
                                    

Choi Seungcheol.

Choi Seungcheol.

Choi Seungcheol.

Choi-

"Noona,Boo mintak maaf~~~~"

"Noona,janganla macam ni,Boo nak bagitau noona tapi Boo takut nanti Noona marah."

"Dia duduk sini 3 hari ja,Boo tak tipu"

"Noona janganlah macam ni"

"Noo-"

"Ye ye,noona faham. "

"Be-"

"Dia masuk bila?"

"Semalam"

"Oh jadi benda ni semalam? Kenapa Boo tak bagitau Noona? "

"Noona~~~"

.........

"Saya nak tolak tawaran kerja tu"

"Tapi haritu-"

"Hoshi,saya minta maaf."

Dia mengeluh dan memandang aku. Aku rasa bersalah nak tolak,tapi aku betul-betul tak nak terserempak dengan Cheol. Kalau boleh,aku tak dia tau aku dekat sini. Tapi yang aku pelik,nama Hyena tak ada dalam senarai pelawat. Jadi,dia di mana?

"Kalau camtu,saya pergi dulu"

Aku bangun meminta diri,malu dengan Hoshi. Sepatutnya aku seorang profesional. Takkan kerana perasaan,aku jadi tak rasional?

Baru ja aku nak melangkan masuk bilik aku,ada orang terlanggar aku,dan fon yang aku pegang terjatuh.

"Ah ma-"

"Jeoran?"

Aku tersentak,mendengar suara dia. Suara yang setelah sekian lama aku cuba untuk mengelak,tapi akhirnya datang kembali. Aku masih lagi menunduk,memandang fon aku yang berada di lantai. Tak,tak mungkin dia di sini. Apa motif dia di sini? Bulan madu? Tapi nama Hyena takde. Jadi kenapa dia di sini?

"Jeoran,kau kan?"

Dia memegang bahu aku dan mengoncang badan aku dengan agak kuat. Aku masih lagi menunduk,mentafsir apa yang berada di depan aku,sama ada ia ilusi atau realiti yang aku perlu hadapi.

"Aku rinduka kau,mana kau pergi? Kau takde kat rumah,Jeonghan risau dengan kau,Mingyu kata kau kat takdr dalam negara. Kenapa kau lari sampai sini? Kau tau tak betapa penat aku cari kau sampai sini?"

"Jadi kenapa perlu cari kalau hanya membebankan diri sendiri?"

Terbungkam dia. Aku memandang dia,tepat kedalam anak matanya. Muka dia tak banyak berubah,cuma mungkin kerana tak cukup tidur,ada lingkaran hitam di bawah matanya dan matanya agak sembap.

"Pergi,jangan cari saya lagi"

"Tak,aku takkan pergi. Kalau aku perlu lari,aku akan bawa kau sekali"

"Jadi saya akan lari,sampailah awak penat"

"Aku takkan penat,bukankah aku psiko?"

Guruh berbunyi di luar. Hujan mula kedengaran. Lampu di koridor hotel ini kadangkala nyala dan terpadam.

Aku mula takut. Ketakutan aku menyebabkan mengeletar. Dengan secebis keberanian aku ada,tangan kanan ku menepis tanganya di bahu aku dan berlari ke bilik aku.

Aku cepat-cepat menutup pintu bilik dan menguncinya dari dalam. Dada aku berdebar-debar. Terasa sakit gengamman dia di bahu aku. Kata-kata terakhirnya menakutkan aku. Psiko? Dia masih sakit? Tapi bukan dia dah sihat? Bukan omma dia dah gunakan aku dan gula-gulakan aku dengan kata-kata manisnya supaya aku khawin dengan anak gila dia?

Sangat tak masuk akal bila aku terima cadangan dari perempuan tua tu. Sepatutnya aku tak terima. Jadi aku masih single and available dan bukan macam sekarang,khawin tapi tak dapat hasil apa-apa.

Aku menyeluk poket seluar aku untuk mencari fon aku. Aku patut hubungi Mingyu,dia sepatutnya tahu tentang benda ni,jadi kenapa tak hubungi aku?

"Ah mana pulak-"

Tahi.

Aku tertinggal.

Kerana takut yang amat ,aku biarkan fon aku atas lantai.

Aku bakal mati,percayalah

Sebab Seungcheol yang aku kenal bukan seorang yang senang memberi,tapi dia mahukan sesuatu sebagai tukar ganti.

....

"Kenapa noona punya mata macam tu? Tak cukup tidur eh?"

Sengkwuan di depan aku aku,aku abaikan. Aku takdr masa nak layan loyar buruk dia jadi aku biarkan dia bercakap tentang rutin harian hidupnya.

Baru aku nak mengunyah roti di dalam mulut aku,kerusi sebelah aku ditarik,dan tidak perlu orang yang menaip cerita bangang ini menaip nama dia.

"Oh! Hyung yang baru masuk haritu kan? "

Terlebih ramah pulak Sengkwuan depan aku.

"Ha'ah."

"Ah noona,hyung,Boo dah lambat la,bye"

Mesti Sengkwuan takut dengan Cheol. Aku nampak dia tergesa-gesa minum.kopinya dan keluar. Hoshi terjerit-jerit memanggil namamya.

"Yoon Jeoran"

"What?"

"We need to talk"


Behind The Lights// c.s.cWhere stories live. Discover now