"Jeoran..aku tak paksa kau cerai dengan dia. Tapi omma yang berkeras ."
"Then,why she ask me marry that man in the first place?" Aku kata,separuh menjerit. Aku tak mampu mengawal perasaan aku lagi. Amarah aku dihamburkan kepada Jeonghan. Baru aku sedar rambut dia dipotong pendek sedikit. Tak macam dulu,lagi panjang dari aku. Malah,lagi lembut.
"Aku..tak boleh nak jelaskan sekarang. Maaf" kepalanya ditunduk.
"Tak boleh nak dijelaskan? Kenapa? Penting sangat ka? Jeonghan,bagitau aku,apa yang kau tahu tentang perkhawinan ini?" Aku mengoncang badannya sekuat hati aku,tapi dia masih menunduk.
Air mata aku mula mengalir. Sedih,kecewa dan marah bercampur. Aku rasa seperti digunakan. Betul cakap Yura,kenapa omma paksa aku khawin dengannya apabila dia tahu menantu dia tu gila?
"Kau akan tahu..satu hari nanti"
Katanya,selepas terdiam seketika.
"Bila?"
"Aku tak tahu. Tapi,sekarang,tolong ikut cakap omma"
Aku menamparnya. Dia terpana.
"Aku takkan minta cerai dengannya,sehingga aku dapat alasan yang sebenar. Dan dalam tempoh itu,jangan tayang muka kau depan aku" aku kata dan keluar dari kereta. Langkah aku dihayunkan ke sebuah kafe yang masih buka.
Belum sempat aku buka pintu,tangan aku direntap kasar dari belakang.
"Jeong-"
"Jeoran? Sapa laki tu?" Terpana aku apabila orang yang aku sangkakan Jeonghan adalah Mingyu.
....
"Mingyu"
Dia memandang aku kosong sebaik sahaja kami duduk. Mukanya langsung tiada senyuman.
Aku langsung tak bagitau dia yang aku ada abang. Jadi,dia menagak yang aku menipunya sebab aku tersebut nama Jeonghan.
"Kau menipu bukan? Jeonghan? Bukan suami kau Seungcheol?"
"Mingyu..." aku tak mampu untuk berkata apabila dia menyebut nama Cheol.
Aku menunduk ke bawah dan sedar yang Mingyu memandang aku,tajam.
"Kau ada masalah?"
Aku geleng. Ketara ke muka aku?
"Jeoran,bagitau aku. Kenapa?" Suara dia mengendur. Aku menaikkan kepala aku dan memandangnya.
"Awak..kerja apa?"
"Wae?"
Dia bertanya. Kalau dia kerja sebagaj CEO,kenapa dia memakai pakaian macam seorang penyiasat? Jaket kulitnya,baju t shirt hitam,seluar jeans,ada beberapa kesan parut dan bawah matanya ada lingkaran hitam.
"Tolong saya sesuatu boleh?" Aku tanya. Dia mengerutkan kening.
"Junh Hyena,mati ketika umur 23 tahun. 2012 19 Disember tarikh kematian dia. Bunuh diri. Tolong siasat tentang itu?" Aku kata dan mata dia membuntang.
"Jeoran! Kau ada bun-"
"TAK BUKAN!!" Aku geleng dan dia menghela nafas lega.
"Kau nak tau apa?"
"Apa hubungan dia dengan tiga orang ni" aku mula menunjuk kan gambar dari skrin fom aku. Omma Cheol,Cheol sendiri,dan Min Hyena. Dia angguk dan menyuruh aku menghantar gambar itu nanti.
....
"Macam mana keadaan dia?" Aku tanya Hyena . Kami dalam lif kerana bertembung. Dia cuma tersenyum.
YOU ARE READING
Behind The Lights// c.s.c
Fanfic"Tolong khawin dengan anak omma" Desperatenya dia. "Dia sakit" Dan aku terima permintaan gilanya. A choi seungcheol fanfic.