18.

86 17 0
                                    

"Bodoh"

"Tak,Jeoran dengar dulu. Dia-"

"Cukup! Saya tak nak dengar! Saya tak percaya ! Dia takkan buat kerja bodoh tu!"

" Yoon Jeoran,to-"

"Lepaskan bahu saya! Awak siapa? Awak penipu! Awak yang buat dia jadi macam ni! Awak-"

"Ber-"

"Lepas la BODOH! KAU TAK-"

"DIAM LA PEREMPUAN!" Dia jerkah. Aku terdiam dan muka aku pucat. Dia lepaskan cengkamannya di bahu aku dan meraup muka kacaknya.

"Cuba kau dengar dulu apa aku cakap." Dia menghela nafas dan menarik tangan aku keluar klinik ini. Mulanya bila dia kata 'hospital' mati-mati aku telefon Yura. Tapi dia kata tak de. Rupa-rupanya ia jauh dari hospital.

Hospital yang sangat 'kecil'.

Dan aku pasti,tempat ni haram. Sebab sebelum aku datang,ada beberapa gangster keluar dari bilik Jeonghan. Diorang macam baru lepas gaduh,dan ada beberapa kesan gaduh.

"Jeoran,Jeonghan bukan dikalangan diorang macam kau nampak tadi. Dia macam kau gak,dia doktor. Cuma dia tak belajar dekat universiti. Dia baca buku dan belajar kat pemilik klinik haram ni. Tapi ia cuma dibuka malam,sebab kebanyakkan pesakit adalah samseng,dan kadangkala pelacur yang didera. Sebab tu kau nampak Jeonghan masih hidup dan tak miskin. Aku tau,kau mesti ingat Jeonghan samseng,bila aku cakap dia cedera kena tumbuk?"

Aku tersentak dan memandang ke tempat lain. Aishh,Yoon Jeoran,lain kali bagi orang cakap dulu,jangan potong. Kan dah kena jerkah tadi? Lelaki di hadapan aku cuma tersenyum.

"Jeonghan tak dapat nak selamatkan ketua samseng diorang. Jadi diorang salahkan Jeonghan. Jadila camtu." Aku tergamam. Aku memandang semula pintu klinik yang dipagari dengan dua lelaki tegap.

"Kenapa diorang kat sini lagi?"

"Dia nak tunggu Jeonghan bangun. Entahla,mungkin nak bunuh dia?"

Aku terkejut dan meluru masuk ke dalam klinik. Samseng tu semua memandang aku macam nak telan. Aku betulkan tekak aku dan tersengih.

"Urm..kor-"

"Kau nak buat apa ni?" Lelaki itu memegang lengan aku. Aku cuma tersenyum.

"Ketua samseng tu mana?"

....

"Dia koma?"

"Ha ah"

"Awak..ur.."

Aku memandang dia. Kalau diikutkan,dia lagi tua pada aku. Tapi tadi aku dah terlepas cakap 'aku' dekat dia.

"Guna jela informal dengan aku"

"Oh ok. Kau kata dia tak dapat diselamatkan?"

"Maksud aku,dia tak bangun. Aku agak dia nak mati dah. Tula aku cakap camtu. Patutnya dia dah bangun dua minggu lepas. Tapi sampai sekarang jadi putera beradu"

Aku tergelak dan memandang ke arah anak buahnya. Mata anak buahnya tajam menikam mata aku. Aku hilangkan rasa gugup aku dan pandang ke arah ketua samseng yang macam tengah tidur.

"Nama?"

"Sapa kau?" Anak buahnya dia tanya aku dan aku tersentak. Hei,jawab jela. Aku sepak kang. Ada juga yang aku cungkil mata dia. Nasib baik hensem.

"Saya juga seorang doktor. Bezanya saya diktiraf,laki yang rawat dia tadi tak." Aku cakap lancar dan mula memeriksa pesakit tersebut. Anak buah dia gelabah dan meminta maaf.

"Han Seung Woon."

"Kenapa dia ada kat sini?"

"Kena tembak dengan polis,jatuh tebing dan cedera teruk kat kepala. Muka pondan tu cakap"

Behind The Lights// c.s.cWhere stories live. Discover now