16.

86 16 0
                                    

"Aishh..aku terkasar pulak" katanya dan memegang bibir aku yang agak lebam kerana dia. Aku berdecit dan dia mengalihkan tangannya. Senyuman masih terukir di bibirnya.

"Sampai lebam aku buat,mian" dia kata dan gelak. Aku cuma senyum. Jujur,aku rindukan lelaki ini. Dia nampak sihat,tapi kenapa Hyena kata dia makin teruk?

Hyena?

"Ah,Cheol,saya ada kerja." Aku kata,dan cuba untuk lepaskan tangannya di pinggang aku,tapi tak berjaya.

"Kerja apa? Bilik ni tak nampak rupa macam bilik sakit pon. Dan aku tak nampak alat bedah. Kau kena buat apa kat sini?"

Aku terdiam. Dia tak boleh tahu yang aku tengah buat apa.

"Awak,makan dah?"

Aku cuba untuk ubah topik,dan nampaknya berjaya. Dia menrungut makanan hospital tak sedap,tak de rasa,nasi macam bukan nasi,kalau boleh buat macam bubur.

Nak mintak air kosong pun kena tunggu lama,aku tergelak mendengar ceritanya. Adakala dia muncung dan aku mencuit.

Waktu itu,aku asyik memerhatikan muka dia,kerana bukan selalu aku dapat jumpa dia. Mukanya nampak cengkung,mata dia sembap,konon asyik menangis rindukan aku. Makin lama,aku mula rasa sebak.

Bila laki ini nak balik? Bila lagi dia akan peluk aku? Kenapa aku rasa,tak lama lagi perkhawinan ini akan hancur? Kenapa aku perlu cerai dengan dia?

Dia dah sihat,perluka aku cerai dengannya? Semua ini tak adil. Aku tak pernah bahagia dalam hidup aku. Asyik-asyik menangis.

Aku bukan seorang kanak-kanak yang mempunyai kehidupan normal dulu.

Aku dan Jeonghan dalam sebuah keluarga yang kaya. Tapi,semua jadi tak keruan apabila aku dan dia dihantar ke rumah anak yatim. Aku tak tau apa salah aku dan Jeonghan,tapi satu yang aku pasti apabila melihat muka appa dan omma bila aku ditinggalkan olehnya haritu.

Aku akan benci mereka sampai bila-bila.

Bila aku remaja,omma aku yang sekarang jadikan kami anak angkat. Barula aku menjalani hidup normal, itupon sebab sekolah aku agak jauh dari Seoul,dan aku terpaksa duduk dengan seorang nenek kat sana,tidak bagi Jeonghan. Dia akan ponteng dua hari dalam seminggu untuk tolong omma kerja. Bila aku mula bekerja,omma selalu minta duit,dan kadangkala aku agak sebal. Tapi,memandangkan dia dah banyak korban untuk aku,jadi aku bagi sahaja.

Jeonghan? Aku tak pasti dia kerja apa? Dia selalu hilang pada waktu malam dan balik esok tengahari. Nak kata dia pergi kelab malam,cuma sekali seminggu sahaja dia pergi.

Aku tahu dia sayang aku,dan mungkin tamparan aku haritu agak melampau. Dia tak sepatutnya menerima kemarahan aku. Entahla.

"Jeoran,kau menangis ke?" Tersentak aku apabila dia menyentuh bahu aku. Aku cuma memandangnya. Aku terus peluk dia dan menangis semahu-mahunya. Dia tak pernah tanya bila aku memeluknya secara tiba-tiba sambil menangis.

"Jangan tinggalkan saya"

"Kau ni..aku bukannya nak mati pon"

Dia mengusap belakang aku perlahan. Lepas aku reda,dia lepaskan pelukan aku dan senyum manis kearah aku. Dia seluk poketnya dan keluarkan sesuatu. Lipbalm.

"Pakai ni nanti,tutup bekas lebam tu" katanya dan aku tergelak. Dia maksudkan bibir aku.

"Jaga diri kau elok-elok. Kau dah kurus sangat"

"Awak nak pergi dah?"

Dia angguk dan cium kepala aku.
"Aku cintakan kau"

.........

Behind The Lights// c.s.cWhere stories live. Discover now