13.

115 20 6
                                        

"Cheol?"

"Hmm"

"Che-cheol?" Aku kejutkan dia apabila aku sedar jarak muka kami sangat dekat. Matahari sudahpun terbit,dan aku agak takut. Kalau yang muncul didepan aku adalah Seungcheol,sudah semestinya dia akan marah pada aku.

Mata dia terbuka sedikit,dan dia terkebil-kebil memandang aku.

"Jeoran,...pagi dah ke?" Aku angguk.

Aku perlu pastikan dia adalah siapa.

Jadi aku cium bibirnya sekilas. Dan dia kelihatan terkejut.

"Kau selalu buat dengan Seungcheol ke kalau bangun pagi? Padanla kau lagi sayang dia dari aku"

Dan senyuman aku melebar

Dia adalah Cheol.

"Bangunla"

"Tak nak"

"Saya nak mandi"

"Nanti,mandi dengan aku"

Aku mencebik dan cuba untuk lepaskan pelukannya di pinggang aku.

Ya,dia dah sihat. Entahla. Cepat betul personaliti dia hilang. Dalam satu malam.

"Cheol..."

Dan dia sudah pun berdengkur semula.

........

"Kau nak pergi dah?"

Aku angguk dan ikat rambut aku. Cheol memerhatikan aku,tapi aku cuma abaikan dia.

"Takleh ke kau cuti?"

Dan pergerakkan aku terhenti. Aku memandangnya dan tersenyum. Aku betul-betul perlu bawa dia jumpa doktor. Betulka dia sihat?

"Cheol..kita jumpa doktor eh?"

"Jeoran,aku tak n-"

"Please...kali ni ja. Kita jumpa doktor. Saya takkan bawa awak jumpa omma awak. Saya janji"

.......

"Hyena? Macam mana keadaan dia?" Aku tanya dan dia cuma diam.

"Dia belum sihat sepenuhnya. Mungkin dia perlu ditahan di wad ini lebih lama. Awak tahu kan, seorang psiko boleh berubah macam mana?"

Kenyataan Hyena mengejutkan aku. Tak sangka yang Cheol tak sihat lagi. Aku memandangnya dari cermin yang memisahkan kami berdua. Dia memasang muka ketatnya apabila disoal oleh seorang doktor.

"Awak pergila dulu. Nanti saya bagitau dia yang awak dah balik." Hyena kata dan aku angguk. Aku memandang sekilas cermin itu dan keluar dari bilik itu.

.....

Hyena p.o.v

"Dr.Choi?"

"Hyena. Macam mana? "

"Dia dah kembali. Dan kali ni,saya akan pastikan dia tak akan lari"

Aku mematikan telefon dan memandang cermin itu. Choi Seungcheol eh? Bodoh betul Jeoran. Dia tak nampak ka suami dia dah sihat sepenuhnya?

Sepatutnya aku yang khawin dengannya. Tapi kerana Jung Hyena,aku tewas.

Nama aku dan kekasih lamanya sama,tapi aku Min,dia Jung. Hyena lagi lawa,lagi pandai,lagi baik.

Yala,sapa yang mahu bercinta dengan aku yang dulunya gemuk,penuh jerawat,nerd dan seangkatan dengannya. Nama aku langsung tak sesuai dengan diri aku. Min Hye Na? Pfft.

Aku lebih dikenali sebagai Min Fat. Min Ugly. Min Pabo. Mana pernah orang panggil aku Hyena.

Sehinggala Seungcheol datang.

Behind The Lights// c.s.cTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang