38.

81 11 0
                                    

"Awak,betul-betul dah sihat?"

Tangan Cheol yang sedang laju menaip sesuatu di komputernya terhenti. Dia memusing kepalanya menghadap aku. Aku yang tak beberapa selesa dengan pandangannya melihat kearah lain.

"Patutnya aku yang tanya kau,kau dah sihat ke belum?"

Bila Cheol cakap macam tu,aku mengangguk. Mujur dia tak mengamuk. Dia menutup komputernya dan tiba-tiba memegang tangan aku.

"Kau rasa,aku dah sihat ke belum?"

Aku menelan air liur. Mukanya betul-betul tiada perasaan. Pandangannya kosong.

"Jeoran,aku tak mampu sembuh"

Tersentak aku. Tangannya yang memegang tangan aku ditarik semula oleh aku kerana terkejut dengan kata-katanya.

"Apa yang awak merepek ni? Setiap penyakit ada rawatan,kenapa awak cakap awal tak boleh sembuh?"

"Jeoran aku dah cuba macam-macam..."

"Tak,awak boleh sembuh. Dan saya yang akan sembuhkan awak. Walau apa cara sekalipun"

..........

"Kau betulni dah sihat?"

Jeonghan tanya sambil meletakkan beg aku ke dalam kereta. Cheol pula berada di dalam,mencari telefonnya. Aku cuma mengangguk,walaupan rasa kebas dekat kaki ada lagi.

"Jeonghan"

"Ye"

Aku memandang kiri dan kanan aku,melihat kalau Cheol ada di mana- mana.

"Penyakit OCD,boleh sembuh ke?"

Dia kelihatan terkejut. Aku tau dia akan beri reaksi macam ini,tapi aku betul-betul mahukan jawapan.

"Boleh"

Dia bersandar di pintu kereta,dan memandang langit pagi.

"Kalau Cheol nak"

Kening aku terangkat. Kalau dia nak? Apa maksud dia?

"Ocd bukan penyakit yang kau selalu jumpa dekat hospital,yang ada ubat dan rawatan. Ini mental Jeoran. Kau tak boleh paksa orang untuk buat apa kau nak. Macam tu la Ocd. Kalau pesakit sanggup berubah,rawatan Ocd akan jadi lebih senang. "

Aku terdiam,dan kagum dengan ilmu dia.

"Tapi Jeoran,Cheol,dia lain"

"Maksud kau?"

"Dia tak nak berubah"

............

Aku memerhatikan Cheol yang memandu. Dari pandangan kasar,dia memang sihat. Dan entah kenapa,tangan aku merayap ke mukanya. Dia agak kurus,tapi tak sekurus aku jumpa dia hari itu. Cheol tersenyum dan memegang tangan aku dengan tangan kosongnya.

"Kenapa?"

"Saya tak sangka awak sekacak ni"

"Dan aku tak sangka ayat tu akan keluar dari mulut kau"

Aku tersenyum,membiarkan dia main dengan jari aku yang masih di mukanya.

"Cheol,ingat lagi janji saya?"

"Apa?"

"Saya akan sembuhkan awak"

Dia melepaskan tangannya di tangan aku,menandakan dia tidak suka dengan pertanyaan aku. Aku jauhkan tangan aku dari mukanya,menunggu respon darinya,tapi dia cuma diam.

"Jeoran,kau tak perlu sembuhkan aku"

"Cheol,saya tak nak mungkiri janji saya. Dan awak pun tak boleh. Saya balik sini sebab saya percayakan awak. Awak nak sembuh bukan"

Behind The Lights// c.s.cWhere stories live. Discover now