Jeoran p.o.v
"Nah" aku letakkan fail warna coklat lusuh atas mejanya. Ia berhabuk,agak ah,3 tahun kot fail ni dalam bilik tu,aku nak cari pon sampai terbersin beribu kali. Tengok,hidung pon dah merah.
Dia ambil fail tu dan belek. Mukanya serius membuatkan dia lebih kacak. Aku tengok sekeliling dan nampak beberapa orang pengawai polis tengah soal siasat budak-budak sekolah. Muka semua remaja lagi,tapi dah berparut bagai nak rak. Ada gak manusia yang tak habis-habis mencarut bila kena tanya. Mabuk la tu.
Aku pandang semula budak sekolah tu dan nampak dua orang gadis tengah tersenyum kerarah sini. Senyuman mereka nampak lain dan aku perasan yang diorang tengok Mingyu. Oh,padanla.
"Jeoran"
"Hmm?"
Aku mengalihkan kepala aku kearahnya,tapi matanya masih memerhatikan fail itu.
"Datang dekat sedikit" dia kata dan aku cuma menurut. Aku berhenti apabila badan aku dah kena meja depan,jadi aku tundukkan kepala. Tiba-tiba sahaja tangan dia mengusap rambut aku lembut dan aku terkejut dengan tindakannya.
"Ming-"
"Ada habuk atas rambut kau. " katanya dan aku kebelakang sikit. Aku pandang budak sekolah tu tadi dan muka mereka berkerut. Apabila sedar tengok diorang,dia tengok depan semula dan buat bodoh.
"Jung Hyena nama dia?"
Suara Mingyu buat aku tersentak.
"Ha,ya,wae?"
"Kau boleh balik. Dah lewat. Jangan lupa apa aku pesan. Makan banyak skit. Baju sejuk tu,beli baru"
Aku mengangguk dan bangun. Selepas ucapka. selamat tinggal,aku keluar dari balai tu dan baru je nak pergi kerah kereta. Budak-budak sekolah tu ada kat kereta aku,tak duduk diam.
"Nae? Ada apa?" Aku tanya dengan senyuman manis. Diorang terkejut dan terus bangun dari bersandar dari kereta aku. Budak perempuan ni macam takut dengan aku.
"Unnie,ur....kitorang nak mintak maaf"
Aku mengerutkan kening. Ok,aku takda kena mengena dengan hidup diorang,dan tetiba nak mintak maaf. Aku dekatkan diri ngan diorang.
"Kenapa?"
"Tadi,kitorang tengok teman lelaki unnie. Kitorang tak tau yang unnie ada hubungan dengan dia. Serius! Kitorang tak sengaja!! Janganla saman kitorang,nak tampar pun jangan!! Kitoarang sanggup melutut" diorang kata dan aku terkebil-kebil. Teman lelaki aku?
Apa maksud dia? Cheol? Cheol mana ada. Kalau ada pon,mana diorang nampak. Gil-
Oh,Kim Mingyu.
"Maksud korang,pengawai tadi?" Aku kata dan halakan jari aku ke dalam balai. Diorang angguk dan aku tergelak. Ini adalah kali pertama aku gelak ikhlas selepas Cheol masuk dalam wad.
"Bukanla,dia kawan unnie ja. Unnie dah khawin la"
"Kitorang tahu yang unn-" kata-kata budak tu terhenti apabila kawan dia menyiku. Dia membisikkan sesuatu,yang buatkan aku musykil. Jad aku tarik tangan dia dan pisahkan diorang.
"Korang tahu?" Aku tanya,menyembunyikan rasa terkejut aku. Diorang angguk.
"Macam mana korang tahu?"
"Unnie,nak siasat pasal Jung Hyena kan?"
..........
Dua budak ni makan ramen aku macam tak makan setahun. Badan semua kurus-kurus. Aku bawa diorang balik rumah Cheol,dan diorang terus masuk dapur. Nasib ada lampu,sebab kat dapur ada tingkap kecil yang tak kena cahaya jadi Cheol pasang lampu kat sini. Jimat elektrik.
ANDA SEDANG MEMBACA
Behind The Lights// c.s.c
Fiksi Penggemar"Tolong khawin dengan anak omma" Desperatenya dia. "Dia sakit" Dan aku terima permintaan gilanya. A choi seungcheol fanfic.
