36.

71 9 0
                                    

"Dia dulu bilik mana?"

Aku tanya kepada jururawat yang sedang menyusun ubat kedalam almari. Dia memandang aku penuh curiga,macam aku ni serupa stalker.

"Apa hubungan Dr dengan Dr. Min Hyena?"

"Namapun Dr,mestilah pesakit"

"Tapi Dr tak bekerja di bahagian ini. Dan mengikut nama Dr. berkerja di sini,Dr berhenti. Jadi saya tanya sekali lagi,apa hubungan Dr disini?"

Aku terdiam. Aku melirik kearah name tagnya. Padanla berani nak melawan,ketua jururawat rupanya. Kalau aku bagitau aku madu Hyena,mahu dia sebarkan satu hospital ni.

"Kenapa Dr diam?"

"Jawab apa-apa pon tak pa?"

"Ye,asal logik"

"Kakak"

Dan aku mengambil fail yang bertulis "nama pesakit dan bilik" termasuk fail Hyena diatas meja dan lari. Dia memanggil-manggil nama aku tapi aku abaikan. Aku hampir sampai lif bila aku nampak Puan Choi datang dari arah yang bertentangan.

"Bullshit"

Baru aku nak memusing belakang,jururawat tadi dengan beberapa orang pengawai perubatan berlari kearah aku. Aku tersepit. Di depan aku cuma dinding,dan di belakang aku adalah tingkap.

Kejap,tingkap?

Aku membuka tingap itu dan memandang kebawah. Tinggi,tapi ada kereta,jadi impak dia tak begitu teruk. Haraplah. Mungkin patah kaki,kalau aku pandai mendarat.

"DR! PULANGKAN FAIL ITU!"

"Saya nak awak semak laporan-eh?"

Aku terus melompat,tapi mata aku sempat bertemu dengan Puan Choi. Hahah matilah aku. Dia dah tahu aku dah balik.

"DR!"

"YOON JEORAN!"

BAMMMMM

Aku dah kata impak dia tak besar. Dan kereta yang aku hempap memang nampak kemiknya. Beratnya aku,sampai kedalam. Beberapa orang menjerit kearah aku,dan aku nampak pengawal keselamatan berlari kearah aku.

Aku takde pilihan. Bila aku turun,kaki aku belah kanan tak boleh gerak. Patah mungkin. Aku rasa ada bendalir panas turun di dari kepala aku.

Aku berlari,dengan sakit yang teramat. Kalau aku biar ja,mungkin aku takkan jumpa sebab apa Hyena mati. Sambil aku melari dengan kaki aku yang patah,aku menahan teksi dan terus masuk kedalam perut teksi tersebut. Pengawal tersebut tak sempat nak menangkap aku dan cuma mengetuk tingkap,meminta aku keluar.

"Cik,ini alamatnya." Aku hulurkan telefon aku.

"Tapi cik-"

"Jalan sahaja"

Dan kami keluar dari perkarangan hospital.

.......

"Cik,kita dah sampai"

Mata aku terkebil-kebil dan aku cuba menegakkan badan aku. Belakang badan aku sakit,dan pemandu tu faham keadaan aku.

"Saya panggil orang dekat dalam ye?"

Aku cuma mengangguk lemah,fail di tangan aku,digenggam kemas,sampai renyuk. Pandangannya kabur,dan baru mata dia nak tertutup,seseorang membuka pintu kereta dan merangkul leher dan pinggang aku.

"Kau balik pun"

Dan semuanya gelap.

........

Mata aku tersedar apabila aku terdengar bunyi bising,seperti ada orang terlanggar sesuatu. Aku mengalihkan kepala aku kearah bunyi tersebut dan bayangan orang itu masih samar-samar.

"Jeoran? Dah sedar?"

Suara itu. Jeonghan.

"Kau buta ke?"

Walaupun dengan keadaan separuh nyawa ini,aku masih mampu menyindirnya.

Dia tersenyum dan duduk di birai katil aku. Aku memandang badan aku. Kaki kanan aku disimen. Belakang aku rasa tak selesa. Kepala aku dibalut,takde beza dengan orang kemalangan kereta.

"Kau bunuh diri ke?"

Soalan itu terpacul keluar dari mulutnya. Tersentak aku. Baru jumpa,dia dah harap aku bunuh diri?

"Tak"

"Jadi kenapa kau terjun bangunan?"

"Mana kau tahu? Ada dekat internet ke? Tak mungkin. Benda tu baru dua jam lepas-"

"Tak,aku tau sekilas pandang. Kau lupa ke ni klinik haram? Mestilah ada je pelacur yang bunuh diri tapi sempat diselamatkan datang sini.  Dan tak,gambar kau takde dekar internet. Cuma petikan sahaja. Kau cepat sangat. Dan tak juga. Kau tak tidur dua jam. Kau tidur dua hari"

"APA?"

"Aku tak boleh cerita sekarang. Kau masih kritikal,jadi rehat dulu. Nanti aku datang dengan dia"

"Dia? Sapa dia?"

"Cheol"

........

"Jadi,kau tak nak cerita kenapa kau buat macam tu?"

Dia yang mengupas epal disebelah aku bertanya. Aku cuma memandang dia dari tadi,soalan dia bagai angin.

"Jeoran,aku tahu lelaki kau ni kacak,tapi jangan tengok lama-lama"

Tergamam aku. Pandangan aku dialihkan,dan muka aku memerah,macam kulit epal tu.

"Sebab Hyena"

Dia terhenti,mungkin terkejut dengan jawapan aku. Tapi dia menyambung semula perbuatannya.

"Kau hampir mati tahu?"

"Tahu"

"Jadi kenapa buat kalau tahu bahaya?"

Aku diam. Dia meletakkan epal tersebut di tepi dan memandang aku dalam. Tangan dia laju memegang tangan aku,dan bermain dengannnya mengunakan ibu jarinya.

"Jangan buat dah"

Aku angguk. Omma dia mesti dah bagitahu aku dah ada dekat sini.

"Kau selalu buat orang risaukan kau"

"Apa?"

"Sampai menangis"

"Mana ada"

"Jeonghan menangis bila rawat kau tahu?"

Dan aku terkejut. Dia menangis. Entah kenapa hati aku tersentuh. Memang aku ni cuma menyusahkan orang je. Aku tak sepatutnya balik sini. Entah apa-apalah aku ni.

"Jangan bagitau dia. Dia malu"

Tertawa aku.

........

"Satu hari,dia akan menghilang,sukar dihubungi dan bila sampai masanya nanyi,dia akan pergi dan takkan kembali"

"Apa kau cakap ni?"

"Aku cakap tentang Cheol,Jeoran."

"Apa kaitan kata-kata kau dengan dia?"

"Kau akan faham Jeoran. Tapi bila dia betul-betul pergi,-"

"JEORAN!"

Terbuka mata aku dan aku dalam keadaan berpeluh. Nafas aku tercungap-cungap. Cheol yang berada di tepi aku mengusap belakang aku pelahan.

"Kau kenapa? Tiba-tiba berpeluh?"

Jeonghan menjerit. Aku mengerutkan kening,sebab jeritannya sangat kuat.

"Tak-takde apa"

"Kau jangan macam-macam. Kau tu dahlah sakit-"

Aku abaikan kata-katanya. Suara dalam mimpi aku masih terngiang-ngiang dalam minda aku.

Ada sesuatu yang akan berlaku ke?

Behind The Lights// c.s.cWhere stories live. Discover now