19.

76 15 0
                                    

"Hyena,bagi saya jumpa dia"

"Jeoran,awak tahukan keada-"

"Dia sihat. Saya cuma nak tengok keadaab dia. Salah ke? Nak jumpa suami saya?"

Aku memandangya geram. Ikut hati aku,macam nak tampar muka cantik dia tu. Plastik pa?

"Hye-"

Fon aku yang berbunyi membantutkan niat aku. Aku mengangkatnya.

"Ne ommuni"

..........

"Jeoran cintakan Cheol?"

Dia memandang aku lembut,dan aku cuma menunduk. Ah,kenapa dia tanya?

"Omma minta maaf"

Dia memegang tangan aku erat dan aku terkejut.

"Kenapa?"

"Sebab suruh kamu khawin dengan anak omma. Kamu ingat lagi Jung Hyena? Dia mesti selalu cakap pasal dia kan?"

Aku cuma tersenyum. Tapi,aku tahu ada benda yang dia nak cakap. Dan firasat aku mengatakan yang dia nak suruh aku bercerai dengan Cheol.

"Jeoran,omma-"

"Saya pergi dulu" aku bangun dari kerusi aku dan keluar dari kafe ini. Tak,aku tak nak dengar perkataan cerai tu hari ni.

.....

"Pergila jumpa dia"

Mata aku bersinar apabila Hyena cakap macam tu. Aku lari ke bilk wadnya dan berhenti di depan pintu. Aku menarik pintu wadnya perlahan.

"Che-"

"Omma,tolong maafkan Cheol"

Aku terdiam. Suaranya seakan-akan merintih. Aku mengintai dan nampak Dr.Cheol dan anaknya. Kejap,bukan Dr.Choi tal tahu?

"Maafkan? Kamu yang buat Hyena mati. Kalau kamu tak curang dengan dia,dia masih hidup dan anak omma tak disahkan gila. Kesian Jeoran. Omma gunakan dia untuk sihatkan kamu. "

"Omma,Cheol tak curang dengan dia! Sumpah!! Cheol tak pernah cium perempuan tu!!"

"Omma tak percaya. Sekarang ni,kamu kena ikut cakap omma. Ceraikan Jeoran"

"Omma!!"

"Mim Hye Na tahu tentang kamu. Dia lebih kenal kamu berbanding Jeoran. Dan dia juga sukakan kamu. Tolong janji dengan omma yang kamu tak akan lukakan dia."

"Habis Jeoran? Omma nak Cheol lukakan dia? Omma. Jeoran pun manusia."

"Omma tak sanggup gunakan dia lagi. Dan omma kesian tengok Hyena ambik kisah pasal kamu. Kawin dengan dia eh? Kalau kamu nak omma percayakan kamu lagi,kawin dengan dia. Jeoran tak akan tahu apa-apa. "

"Omma,Cheol tak nak ceraikan dia"

"Jadi kamu nak jadikan Hyena isteri kedua kamu?"

Tangan aku bergetar bila aku tutup semula pintu tu. Aku jarakkan diri dari pintu dan tersandar di dinding. Tak,aku tak akan nangis. Kenapa aku cengeng sangat ni? Asyik menangis ja.

"Ini juga sebab saya tak bagi awak jumpa dia. Jeoran,diorang gunakan awak untuk kepentingan diorang sendiri. Awak tak nampak ke? " suara Hyena mengejutkan aku.

"Dan,Cheol sukakan saya dari dulu lagi. Awak tak tahu?"

Kalau ni bukan hospital,dan ni bapak aku nya tempat,dah lama aku tampar muka cantik dia. Huuu sabar jela.

"Apa maksud awak? Saya tak dengar apa pon. " aku cakap dan berlalu pergi.

Ya,aku tak dengar apa pun.

Walau satu apa pun.

Dan aku cuma lalu tempat tu.

Dia bukan suami aku.

.........

"Jeonghan?"

Aku memangilnya yang masih belum sedarkan diri. Muka dia berkerut dan aku tahu,itu tandanya dia nak bangun. Aku memegang tangannya dan seraya itu,matanya membuka luas.

"Jeo-"

"Aku ingat kau mati dah" aku tersenyum sumbing.

"Kau kata tak nak jumpa aku"

"Diamla" aku cakap dan bangun dari katilnya. Dia tergelak. Dia bangun dari baringnya dan duduk menghadap aku. Kesan lebam dia makin hilang dan aku berterima kasih kat Joshua.

"Kau datang sini bersebab?"

Aku angguk dan duduk di kerusi sebelah katilnya.

"Cheol?"

"Ha ah"

Dia mengeluh dan memandang keluar tingkap.

"Kau dah tahukan"

"Aku terdengar. "

"Jeo-"

"Kau tahu,ada satu antara kita yang sama. "

"Apadia?"

"Selalu gagal dalam bercinta"

Mata dia membulat dan baling bantal disebelahnya kearah aku. Aku tak sempat mengelak jadi bantal tu tepat kena muka aku. Dia menjeling aku dan aku cuma tergelak.

"Cheol sukakan Hyena,bukan?"

"Hyena mana kau maksudkan? Psiko atau Juliet ?"

"Manala aku tau"

"Juliet,ya tapi dia dah mati. Psiko? Entahlah. Dulu,bila aku selalu ambik dia dari kolej,aku selalu nampak pompuan gemuk tu dengan dia. Takkanla Hyena gemuk tu kau maksudkan?"

"Jap,Min Hye Na ka?"

"Macam mana kau tahu? Dia kerja kat sana?"

"Yala,doktor pakar Cheol. Bidang fisiologi"

"Macam mana dia boleh jadi pakar dalam bidang tu? Dia sendiri pun psiko"

"Kau ni tak baikla"

Aku kata dan dia cuma mencebik.

.....

"Tolong bagi ni dekat pesakit Seungcheol" aku kata dan berikan plastik makanan tu pada jururawat bertugas.

"Tapi,cik boleh jumpa dia. Hari ni waktu melawat"

"Saya..-"

Aku kehilangan kata-kata. Jururawat tu tersenyum pada aku.

"Walaupum dia tak macam manusian biasa,kita masih perlu layan dia macam manusia biasa. Beri dia kasih sayang. Gembirakan dia. Luangkan masa dengan dia. Bukan lupakan dia. Mana tau,dia sembuh" dia kata dan pulangkan bekas tu pada aku. Selepas menunduk hormat,dia berlalu pergi,meninggalkan aku. Aku mengeluh. Bukan aku tak nak jumpa. Aku rindukan dia.

Tapi hati aku dah tawar selepas apa yang jadi semalam. Bayangkan,punya teruk aku tahan air mata aku tumpah seharian. Belagak biasa. Tak mustahil aku akan menangis di depannya. Cukupla air mata aku mengalir kerana perkhawinan ini. Aku dah putus asa.

Behind The Lights// c.s.cWhere stories live. Discover now