39

73 10 0
                                    

Dah tiga hari.

Dan kepala aku makin sakit setiap kali aku bangun dari tidur. Cheol yang perasan bangun dari katil memeluk bahu aku. Aku cuma senyum lemah,fikir ini cuma pening kepala biasa yang semua orang dewasa ada.
Sejak kami balik dari tempat hipnotis orang itu,aku cuba untuk berlagak biasa dengan Cheol,sebab dia jelas tak ingat apa-apa dia cakap masa dia tengah dihipnotis. Dan untuk memastikan dia betul-betul lupa apa yang terjadi,aku akan tanya soalan ini.

"Awak sayang saya sebagai Yoon Jeoran,atau Hyena?"

Dah pasti aku akan cakap dalam nada bergurau.

"Mestila sebab kau Yoon Jeoran"

Walaupun aku tahu itu bukan jawapan asalnya. Aku cuma tersenyum,mendengar jawapan dia. Salahkah aku menipu diri sendiri untuk mengharap yang dia betul-betul sukakan aku? Aku tahu aku bodoh,berpegang kepada sesuatu yang tak akan pernah jadi milik aku,tapi aku selesa dengan penipuan ini.

Dan kalau aku betul-betul mahukan 'penipuan' dia lagi,aku akan tanya,

"Awak tak akan tinggalkan saya selepas awak sembuhkan?"

"Tak akan Jeoran,sampai bila tak akan"

Jawapan itu merupakan jawapan yang tidak pasti. Mungkin dia betul-betul akan tinggalkan aku. Dan aku perlu bersedia. Walaupun aku tahu aku memang lemah.

Harini aku tekad nak pergi jumpa doktor,sebab pening kepala aku makin teruk dan aku tak larat nak makan panadol banyak-banyak. Badan aku jadi sakit bila selalu baring. Cheol nak ikut,tapi aku suruh dia pergi kerja,dan aku boleh naik kereta kedua dia untuk ke klinik. Dia cuma angguk,dan nasihat aku pandu elok-elok.

Aku terus ke klinik swasta dekat-dekat dengan apartmen Cheol,aku ingat nak pergi je klinik Jeonghan,tapi aku tak naklah asyik susahkan dia. Dia pun macam apa dah aku tengok,serabut sini sana. Aku masuk ke dalam klinik dan menuju ke kaunter. Klinik kosong,jadi nurse tu suruh aku masuk terus.

Bila aku duduk,doktor wanita itu tersenyum kepada aku,dan aku membalasnya.

"Puan Yoon,awak sakit apa?"

"Pening dah 3 hari,jadi saya ambil panadol. Entah kenapa tak surut juga"

Dia angguk dan mula memeriksa suhu aku dan badan aku. Bila dah selesai,dia suruh aku ambil x-ray. Tapi aku mula takut. Takkan pening kepala pun dia nak suruh aku ambik x-ray? Aku cuma menurut nya dan masuk kedalam bilik khas tu.

........

"Puan Yoon"

"Ye?"

Aku mula gugup melihatnya membelek fail itu.  Sakit aku takdela teruk sangat kan? Migrain biasa je kan? Aku ada banyak minum kopi semenjak ni,sebab aku cari pasal Min Hyena dan cara nak sembubkan Cheol sampai tengah malam.

Dia memandang aku,berkerut,dan aku tahu ada sesuatu yang tak kena dengan diri aku.

"Awak ada terhantuk di mana-mana?"

Tergamam aku. Terhantuk? Aku cuma angguk.

"Berdasarkan laporan x ray,awak mengalami gegaran di otak yang sangat kuat. Dan kami dapati terdapat perdarahan dalam otak awak"

Aku tersentak. Hati aku yang dari tadi berdegup laju,terhenti.

"Perdarahan awak kami dapati semakin serius. Mungkin doktor yang merawat awak terlepas pandang. Boleh jadi kerana perdarahan sebegini dari kecil menjadi besar. Saya nasihatkan awak pergi ke hospital. Awak baru menghadapi simptom pertama,saya takut awak tak sempat"

Aku menunduk. Dia menepuk bahu aku lembut.

"Have faith in yourself"

..........

Aku cuma duduk di dalam kereta,di tepi jalan melihat kenderaan lalu-lalang. Ketakutan aku mendengar masalah di otak aku belum reda. Siapa sahaja akan takut mendengar pendarahan di dalam otak ? Kalau aku tiba-tiba mati otak? Nyawa aku cuma bergantung pada mesin,itupun beberapa hari,kalau mahal sedikit,beberapa minggu.

Tiba-tiba aku rasa nak muntah,jadi aku terus keluar dari kereta,memuntah segala isi perut aku. Terkejut aku melihat hasil 'perut' aku sendiri. Ianya darah. Dan aku termuntah lagi,sehingga aku rasa puas. Aku sandarkan badan aku di pintu kereta,badan aku lemah.

Tak,kau kena kuat Jeoran,Cheol masih perlukan kau. Dia perlu sihat. Itu janji kau.

Tanpa sedari,aku mula menangis tersedu-sedan. Aku betul-betul takut. Kalau aku tiba-tiba pengsan disini tanpa orang di sekeliling aku,siapa yang akan jumpa mayat aku? Dan aku boleh menghadapi sawan secara tiba-tiba. Aku tahu aku perlu masuk hospital sekarang,tapi aku tak nak. Pendarahan di otak aku semakin besar,dan tiada harapan untuk sembuh. Mungkin boleh,tapi aku boleh lumpuh atau cacat,kerana pembedahan ini melibatkan saraf .

Lebih baik mati dari aku cacat seumur hidup.

Dan aku tak suka hospital. Walaupun itu merupakan tempat aku mencari rezeki dahulu.

Jadi aku tekad,aku akan berada di sisi Cheol.

Sehingga nyawa aku nanti hanya bergantung pada mesin.

Behind The Lights// c.s.cWhere stories live. Discover now