14.

87 18 5
                                    

"Dia takle balik langsung ka?" Jeoran tanya aku. Aku senyum manis kearahnya. Dia nampak risau dan pandang ke wad Cheol.

"Omma tahu?"

"Tak,jangan risaula. Saya pandai simpan rahsia,awak takde patient nak tengok?" Aku tanya padanya,dengan niat untuk menghalaunya. Dia melirik kearah jam, 6.30.

"Saya ingat nak lawat dia sementara,boleh?"

"Saya rasa tak boleh, tadi dia cuba untuk cederakan pembantu saya,jadi kami biuskan dia. Bagi dia tidur"

Matanya membutang,terkejut dengan kenyataan aku. Dia melihat kerah tingkap kecil itu,Cheol tengah tidur. Lebih kepada pengsan sebenarnya.

"Kalau camtu,saya balikla. Jaga dia elok-elok eh?"

Dia menunduk pada aku,dan aku membalasnya. Selepas kelibat dia hilang,aku tersenyum sinis.

Tak lama lagi,nasib Jeoran akan sama dengan Jung Hyena.

......

Jeoran p.o.v

"Yura" aku memanggil nama kawan aku dari luar rumahnya. Kepalanya terjengul dan tersengih melihat aku.

"JEORAN!!" dia menjerit,dan aku menutup telinga aku. Dia tarik aku masuk kedalam rumahnya dan aku cuma menurut.

Kami duduk diatas sofa dan dia mula membuka sebuah cerita. Apabila aku melihat meja,terdapat 10 tin minuman keras dan aku memandangnya.

"Kau.."

"Yup! Suami kau takde kan? Jomla kita berparti!!! Aku bosan tau!!"

"Bosan pergi khawin cepat, adalah yang teman kau nanti"

Dia mencebik.

Aku memandangnya bosan dan mula melihat skrin televisyen itu.

"Jeoran,kenapa kau terima untuk khawin dengan Cheol? Kau taukan dia sakit?"

Soalan itu membuatkan aku hilang fokus pada cerita yang ditayangkan. Aku memandangnya.

"Yura,kau kata tak nak tanya pasal soalan ni. Kenapa?"

Dia menghela nafas.

"Aku tahu kau tak suka kan soalan ni. Tapi,kau ingat lagi,Jung Hyena,pesakit mati bunuh diri tu?"

Aku terdiam sejenak. Otak aku ligat berfikir,Hyena mana. Mata aku bertembung dengannya apabila aku ingat.

"Diorang kata,Jung Hyena sepatutnya berkhawin dengan seseorang dari anak doktor pakar psikologi kat sini. Dan,Hyena tak mati di tempay kejadian. Dia masih mempunyai peluang untuk hidup"

Aku terdiam. Kisah pesakit malang itu pon aku tak ingat sangat. Sebab masa tu,aku ditugaskan menyiapkan tahun akhir aku dekat hospital lain. Yura ja yang tak pergi mana-mana.

"Dan masa tu,budak pratikal yang jadi pakar bius adalah...

Dr pakar psikologi,Min Hye Na"

Aku terkebil-kebil mendengar cerita Yura. Apa kaitan soalan dia dengan cerita ini?

"Kau tak dapat tangkap lagi?"

Aku geleng.

"Jung Hyena tu,kekasih suami kau dulu,Choi Seungcheol. Min Hye Na adalah doktor yang bius dia waktu tu. Kau tak jumpa lagi kaitannya? Cuba kau fikir,kenapa Dr.Choi suruh kau khawin dengan anaknya,sedangkan dia tahu anak dia sakit? Dan kenapa Hyena yang jadi doktor bius pada malam itu?"

"Yura..kau merepekla" aku kata padanua dan meneguk air keras itu. Aku cuba untuk tak fikirkan cerita Yura tadi.

Jung Hyena? Betulka itu kekasih Cheol? Apa kaitan Min Hye Na dengan dua orang tu? Dan,apa motif omma suruh aku khawin dengannya?

Tetiba fon aku berbunyi. Aku melirk.

Jeonghan

.....

"Kenapa?"

Aku tanyanya sebaik sahaja aku masuk kedalam perut kereta. Dia nampak aku masuk rumah Yura dan panggil aku masuk kedalam keretanya. Keretanya? Entahla kereta siapa.

"Kenapa Cheol masuk hospital?"

"Macam mana kau tahu?"

"Aku nampak dia tadi masa aku lawat Joshua tadi. Kenapa?"

"Dia dah sihat. Jadi aku bawa dia pergi jumpa doktor pakar yang aku kenal. Doktor kata dia tak sihat sepenuhnya,dan tadi dia cuba untuk mencederakan pembantu dia. Dia kena tahan lama dalam wad" aku terang panjag-lebar.

Jeonghan cuma diam.

"Kau sayang dia?"

Aku memandangnya.

"Kenapa?"

"Omma,suruh kau ceraikan dia"

Dan jantung aku berhenti berdegup. Apa semua ni? Baru beberapa hari yang lepas dia mengucapkan kata-kata cinta,hari ni,aku disuruh untuk bercerai dengannya.

"Jeon-"

"Kau kena faham. Peluang untuk seorang yang mempunyai kecelaruan personaliti sembuh adalah nipis. Kau takut untuk khawin dengannya bukan? Kau tak mahu teruskan perkhawinan ini bukan?"

"Jeonghan,bagi aku fikir dulu. Aku serabut"

Dia terdiam. Aku memandang ke depan dengan muka yang kosong.

Hati aku remuk. Untuk bercerai dengannya,tak pernah terlintas selepas aku khawin dengannya.

Perlukan aku mengalah?

Behind The Lights// c.s.cWhere stories live. Discover now