6.

100 17 0
                                    

Gaun perkhawinan tersarung di badan aku. Dua orang jurusolek menyolek aku dan aku kelihatan seperti orang lain. Ramai kawan Omma yang datang melihat aku,memuji aku tapi,kelibat bakal suami aku tak kelihatan.

Kawan-kawan aku juga hadir,mengusikku,dan aku cuma tersenyum plastik.

"Puan,kami sudah habis solek. Ada apa lagi yang nak kami buat?"

Aku memandang cermin itu kosong.

"Saya perlukan masa bersendirian. Jangan lupa kunci pintu apabila awak keluar" aku cakap dan mereka memandang sesama sendiri. Setelah berapa detik,mereka keluar dan aku terdengar bunyi pintu dikunci.

Aku meraup muka aku,fikiran aku berserabut. Aku menahan nafas,menahan tangis aku daripada keluar. Tak,tak,kau takkan nangis.

Aku takut. Aku takut untuk duduk dengan lelaki itu. Dia cuba untuk membunuh aku. Dia mampu untuk mencederakan aku. Mata aku bertakung,tapi aku tak mampu menangis.

SeungCheol. Ya,itu lelaki yang bakal aku khawini hari ni. Tapi pada malamnya,dia bukan lelaki yang aku jumpa. Dia orang lain.

Aku betul tak nak teruskan perkhawinan ini. Tapi aku tak mampu menghalang.

Tok.tok

"Jeoran?kau kat dalam?"

Itu Jeonghan. Aku terus membuka pintu untuknya. Dia yang baru ingin membuka mulut terus berhenti apabila aku memeluk dia.

Dia yang faham perasaan aku membalas pelukkan aku,belakang aku diusap.

"Jeoran,kau perlu terima"

"Tak,aku tak mampu. Dia,dia gila. Dia berbahaya."

"Aku tak mampu untuk tolong kau. Tapi aku janji...."

Dia melepaskan pelukan aku dan memandang aku sambil tersenyum lembut.

"Kalau dia cederakan kau,aku takkan teragak-agak untuk masuk campur"

Buat kali pertamanya,aku rasa tenang mendengar kata-katanya.

...

"Awak nampak cantik" katanya pada aku. Aku cuma menunduk,malu.

Selepas perkhawinan kami, Omma nya suruh kami balik. Kenapa?

Matahari akan terbenam. Personaliti sebenar dia akan datang.

Dan aku dinasihatkan untuk berada di dalam bilik ketika itu.

Dan ya,aku dalam bilik. Ketakutan aku meningkat. Aku mengenggam telefon aku kuat. Sekarang sudah pukul 10 malam. Aku tidak mendengar apa-apa dari luar.

Tiba-tiba,sebuah pisau keluar dari celah lubang pintu dan sebuah kertas.

Aku mengigil sambil membuka surat itu.

Keluar sekarang,atau aku betul akan tamatkan hidup kau

Nafas aku terhenti. Surat itu terjatuh dari tangan aku. Aku bergerak setapak ke pintu dan membukanya perlahan.  Ruang tamu sangat gelap. Ya,aku duduk di sebuah rumah yang agak jauh dari Seoul,jadi wajarla rumah ini gelap. SeungCheol kata akan pindah nanti. Jadi mungkin 'Cheol' hadapan aku tak sukakan persekitarannya.

Sehinggala aku merasakan benda tajam di pinggang aku. Aku menutup mata. Aku tahu,itu dia.

"Masuk bilik aku" dan dia menolak aku masuk kedalam biliknya.

Dia menolak badan aku ke katilnya.

"Teman aku tidur malam ni,selalunya lampu samar-samar akan ada dalam bilik aku,tapi persekitaran kau terlalu gelap,jadi aku tak biasa" katanya sambil membaringkan aku sekali dengannya dia sebelah aku.

"Cakap pada Seung Cheol esok,kau dah beli rumah kat Seoul. Ambik ja rumah aku. Aku tak biasa dengan persekitaran ni"

Aku memgangguk. Dan baru aku sedar,mukanya dan muka aku dekat. Dia membelai rambut aku.

"Kau mesti cantik memakai gaun tadi,menyesal aku tak muncul tadi" katanya dan tetib sahaja,dia mencium kepala aku,lama. Tangan dia di belakang badan aku.

Ciuman itu berubah ke mulut aku. Aku cuma diam. Dia melepaskan ciuman itu,dan memandang aku.

"Jangan menyesal khawin dengan aku"

Serius..aq mintk maaf x update...exam nk dkat dah..

And tadi..aku kena sentap ngn ckgu aku. Huaaa bukannya aq nk wat muka kat dia. Aku nk sdut hinguih aku kot..mestila muka skali effect. Aku lak demam. Pstu dia marh. Nsib x dak sapa prasan dia mention aku.

Apa nk jadi ni?

T_T

Behind The Lights// c.s.cWhere stories live. Discover now