25.

88 16 4
                                    

"Minggu ni aku balik rumah omma"

Aku mengangguk dan menyuap nasi dalam mulut aku.

"Kau tak payah ikutla. Aku balik hari Jumaat. Ahad mungkin aku datang semula"

Aku dongakkan muka aku kearahnya.

"Kena-"

"Kan omma suruh aku datang majlis khawin kawan dia?"

"Oh"

"Bukan aku tak nak ajak kau. Ta-"

"Saya faham"

"Apa yang kau faham?"

Aku terdiam. Aku pun pelik. Apa yang aku faham? Aku kembali suap nasi dalam lauk aku dan abaikan pandangannya kearah aku. Aku mula kekok dan bangun untuk pergi kearah sinki dapur untuk mencuci pinggan. Dia juga melakukan perkara sama. Bahu kami kadangkala bergeser antara satu sama lain tapi aku cuma abaikan.

Seperti biasa,aku sabunkan pinggan dan dia bilaskan. Nanti aku lap dan dia susun. Bagus dapat suami macam ni.

"Kau marah?"

"Untuk apa? Tadi? Taklah"

Dan kami diam semula. Aku tutup sinki dan dan lap pinggan yang dia dah siap bilas. Aku mula rasa pelik sedangkan kami dah banyak kali dalam situasi ni.

"Adik Hyena mati"

Aku mulakan bicara dan nampaknya berjaya apabila tangan dia berhenti menyusun pinggan. Aku perasan muka dia berubah tapi dia masih teruskan perbuatannya.

"Awak tak-"

"Aku tak kenal dia"

"Tapi dia masih seorang yang awak kenal. Dia ada kaitan dengan Jung Hyena. Tak-"

"Jeoran,aku tak nak cakap pasal ni"

Dia letakkan pinggan terakhir dan mengorak langkah untuk keluar. Aku tersentak.

"Apa yang Min Hyena rasuk awak sampai awak jadi sekejam ni? Sekurang-kurangnya awak bagi dia penghormatan terakhir.  Apa perasaan awak kalau Hyena tahu awak sekeras ini? Hyeji-"

"Jeoran aku tak-"

"Dan awak kata Hyena mati bukan sebab awak? Sekurang-kurangnya awak patu rasa bersalah. At least go and meet her sister. Not shut the world out of you."

"Yoon Jeoran,keluar dari rumah ini sekarang"

"Apa?"

"Kau tak dengar?"

Aku geram. Aku baling kain lap tersebut dan keluar dari dapur. Aku langgar je bahu dia dan terus pergi ke bilik. Aku ambik jaket sejuk aku dan berapa lapis baju. Aku lipat dan masukkan kedalam beg sandang. Bila aku keluar, Cheol ada,bersandar di dinding.

"Kau nak gi-"

"None of your business"

Dan aku terus capai kunci kereta dan keluar.

.........

"Kau buat apa datang sini?"

"Masak"

Jeonghan terkejut. Aku menolak badannya dan masuk kedalam rumah dia. Aku terkebil-kebil apabila nampak dua orang yang aku tak kenal. Mereka cuma tersenyum kekok.

"Jeoran kau lari rumah eh? Mana Cheol?"

"Jangan sebut nama jantan tak-"

"Seungcheol?"

Lelaki yang masih menghirup kuah ramennya memandang aku. Dia kenal Cheol?

"Jun jangan sibuk"

Jeonghan kata dan menarik tangan aku masuk ke dalam bilik dia. Aku tepis tangan dia kasar dan menyilang tangan aku ke dada.

Behind The Lights// c.s.cWhere stories live. Discover now