30.

91 14 2
                                        

"Noona"

"Yup?"

"Esok,pembantu Hoshi Hyung takde. Noona ganti boleh?"

"Mana pembantu dia pergi?"

"Balik kampung. Cuti sakit"

"Tapi noona tak reti cakap perancis"

"Takpe. Noona cakap je English. Kelas gitu"

Aku tergelak memerhatikan dia. Bila difikirakan,aku juga perlu hidup. Takkan 2 tahun aku nak suruh Sengkwuan tampung makan minum aku? Dan dia masih pelajar,kesian dia. Aku ada juga terdengar Hoshi kata pasal gaji hotel dekat Sengkwuan. Tinggi jugak. Jadi apa salahnya aku kerja dekat sini kan? Padahal aku baru berkira nak jadi doktor dekat klinik depan sana. Masalahnya aku cakap bahasa korea,bukan bahasa perancis yang berbelit lidah nak sebut. Jadi agak payah nak kerja profession tinggi.

Kalau kerja kat hotel,boleh la aku cakap bahasa kedua aku. Mesti ada jugak pelancong asing. Jadi takde la stress sangat aku duduk sini nanti. Kawasan ni pun tak banyan tempat menarik,setakat jambatan 'padlock' dengan kampung ala-ala dalam drama eropah,itu je yang boleh aku lawat. Tempat jauh-jauh,ada yang aku sesat tak balik.

Jadi malam tu,aku belajar macam mana nak urua hotel tu dengan Hoshi,dan agak payan nak belajar dengan dia sebab dia suka buat lawak. Bila aku dah khatam buku tu,dah pukul 3 pagi. Hoshi suruh aku mula lusa sebab dia kesiankan aku kena bangun awal-awal.

Ada jugak aku tanya pasal Jina,dia cuma diam. Langsung tak cakap apa-apa. Aku terfikir la jugak,sama ada aku salah orang atau dia buat-buat tak dengar. Sebab muka Hoshi langsung takde reaksi. Maksud aku,macam mengabaikan aku dan sambung sembang dengan aku. Jina ada jugak bagitau aku yang Hoshi tak suka orang bangkitkan perkara yang dah lepas. Jadi Jina cuma sesuatu perkara yang perlu dilupakan ya?

Lantakla. Kisah hidup orang. Kisah hidup aku pun tunggang-langgang macam lori terbalik masuk jurang dekat lebuhraya Karak. Aku ada tanya juga dekat Mingyu,apa khabar Cheol,dia cuma kata..

"Dia sihat. Tak perlu risaukan dia"

Lagilah aku risau. Agak lama jugak aku tinggalkan dia. 2 ke 3 bulan tah? Ada juga aku nak telefon,tapi aku fikir,apa pulak Hyena akan kata . Ego memang ada,cuma aku bertimbang rasa juga kalau aku telefon,Hyena terasa.

Aku baik sangat ka? Macam ye.

Yura pun aku tak tahu apa jadi. Entah hidup ke tak kawan aku sorang tu.

........

"Boo!! "

"Apa??"

"Noona lapar~~~~"

Aku menarik kerusi depan aku dan duduk,Sengkwuan memandang aku kosong,dan terus mengunyah roti bakar depan dia. Dia nampak takde 'mood' tapi apa aku kisah?

"Noona belajar dengan Hoshi hyung semalam?"

"Ha'ah,Boo tak nak ajar noona"

"Bukan tak nak ajar,tapi Boo ada hal. Semalam ada pasangan berbulan madu check in. Pembantu hyung takde,jadi Boo kena ambil alih."

"Oh gitu"

Tapi aku tahu itu bukan masalahnya. Takkan hanya kerana pasangan honeymoon dia nak moody macam ni. Ke pasangan tu ada kena mengena dengan dia? Perghh Sengkwuan memang reti kacau rumah tangga orang.

"So tell me about it"

"Tell you what?"

" Apa jadi semalam? Kenapa muka masam?"

"Tak de apalah. Kalau ada kena mengena dengan Boo atau noona pun,Boo tak nak bagitau"

"Ini makin menarik. Apa nama pasangan tu?"

"Noona tak faham ke? Boo cakap takde apa!"

Dia melenting dan menghempas meja di depannya. Beberapa pelanggan memandang kami berdua,dan jujur aku agak terkejut melihat sisi Sengkwuan macam ni. Selalunya kalau aku bergurau pon dia takkan jadi macam ni. Jadi kenapa tetiba nak emo?

"Boo-"

"Boo harap noona tak cakap pasal ni dah. Dan jangan siasat pasal ni. Boo dah bagi amaran. Boo dah tolong noona cari kerja doktor kat kilinik kat bandar sana. Noona boleh kerja. "

"Tapi noona dah terima tawa-"

"Tak payah. Malam ni Boo akan bagitau hyung yang noona tolak tawaran tu."

"Kenapa pulak?"

Dia tak jawab,sebaliknya terus keluar dari kafe hotel tu. Aku mengelu. Takkan hanya kerana hal dia,dia nak suruh aku pergi kerja tempat lain? Dan kalau dia malu pun,tak perlula marah aku sampai macam ni.

Fikir logik,aku bukan kenal sangat mamat tu. Setakat tau pasal diri dia dahla. Keluarga,kekasih ,manala aku tau. Jadi takkanla dia nak malu kalau aku terserempak dengan kekasih dia?

Aku pasti dia emo sebab lain.

.......

"Saya nak tengok senarai tetamu boleh?"

Hoshi melihat aku aneh tapi tangan dia mencapai fail senarai masuk tetamu dan menyerahkan kepada aku. Aku mengucapkan terima kasih dan naik ke bilik aku. Sebaik sahaja aku menghempaskan badan aku atas katil,aku membuka fail tu dan membelek. Payah betul nama orang perancis. Berbelit lidah aku nak sebut nama diorang. Dan aku masih tak jumpa nama orang korea yang depannya adalah 'Boo'.

Tapi Hoshi kata,nama orang yang bukan asal sini diasingkan,ada kat bahagian lain. Jadi aku bukak bahagian belakang fail dan betul kata dia,ada satu sudut khas untuk pelancong asing. Aku ada tanya kenapa doa asingkan,dan dia cakap..

"Mana tau ada gempa bumi,pemberontakkan ka,senang la nak cari nama orang hilang"

Dan aku rasa kepala dia dah tak betul agaknya.

"Boo Hyuna"

Macam tak logik,Hyuna bukan untuk perempuan seksi ka?

"Yoo Jin Goo"

Tu bukan artis ka?

"Lee Hyena"

Tak, ia terlalu classy untuk Sengkwuan.

"Tom Cruise"

Hoshi memang nak kena. Apahal mamat tu letak nama artis ni??

"Choi Seungcheol"

Hah?

Behind The Lights// c.s.cTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang