Hari yang sangat berangin untuk musim sejuk yang terakhir. Tak lama lagi akan masuk musim bunga, dan semester baru akan bermula. Bajunya yang tebal macam tak mampu nak buat tubuhnya rasa hangat.
Mafla yang dililit pada lehernya ditarik supaya melilit separuh wajahnya.
Dia hanya berjalan untuk pulang dengan langkah kaki yang sangat perlahan kerana fikirannya sedang fokus pada perkara lain.
Buku.
Yang sangat menarik.
*****※※※*****
Kakinya berlari dengan laju apabila menyedari sudah tengah hari. Dia dah terlambat beli bahan untuk makan malam nanti.
"Alamak, mesti mami marah nanti! " kelam kabut dia membelok ke sebuah selekoh.
Gedebuk!
Terjatuh dia bila kakinya tersadung sesuatu di tengah jalan.
"Aduh.. " dia menggosok kepala yang terasa berpinar bila terhantuk pada sesuatu yang dilanggarnya tadi.
Dia melihat sesuatu itu.
Atau mungkin...
Seseorang?
"Huwargh! Mayat! " dia menjerit.
Diam.
Lama dia memandang orang yang sedang terbaring di tengah jalan tu. Dah mati kesejukan ke apa ni?
Tangannya menyentuh wajah orang tersebut. Sejuk..
Memang la sejuk, dah nama pun musim sejuk, alahai..
Lalu tangannya merasa nadi di leher. Hidup lagi kut.
Telinganya pula didekatkan pada dada orang yang terbaring tadi. Masih berdegup jantung dia. Selamat.
Nafasnya dihela, lega.
Apa-apa pun dia dah lambat nak beli bahan masakan. Tanpa mempedulikan orang yang dia langgar tadi, kakinya menyambung langkah tadi. Cepat, cepat.. Kena balik cepat.
Baru saja menapak beberapa langkah dia patah semula kebelakang.
Kepalanya yang tidak gatal itu digaru.
"Alaa..."
Dia mengeluh. Tahu yang hatinya tidaklah sekejam mana.
Atau mungkin terlebih baik?
Akhirnya orang tadi diangkat pada belakangnya lalu didukung, piggyback macam tu.
Kuat juga aku ni, bisik hati kecilnya.
Bersusah payah dia membawa orang tersebut ke taman berdekatan lalu diletakkan ke atas kerusi. Penat.
Dia kemudiannya membaringkan kepala orang itu ke atas pahanya.
Lambat sikit, mami tak marah kut?, hatinya sekali lagi berkata-kata.
Tunggu sampai orang ni bangun.
*****※※※*****
YOU ARE READING
Boarding House~Full of Love~ (Completed)
General FictionAya, gadis yang comel tak pernah bercinta. Seorang yang selamba dan sentiasa fikirkan tentang kawan-kawannya. Lui, lelaki pendiam dan tak banyak bercakap kalau tak ada hal penting. Suka membaca dan buku adalah segalanya. Ada ramai kawan.. tapi semu...