Aya duduk di bawah payung sambil melihat ombak laut memukul pantai. Ken masih lagi bermain dengan air. Entah bila nak naik ke darat pun Aya tak pasti. Rui? Lelaki tu dah lama masuk ke dalam sebab nak tukar baju yang dah basah lencun.
Lama dia berfikir sama ada mahu memanggil Ken atau tidak. Kalau dia mahu bercakap dengan Ken, sekarang la masanya. Tapi entah kenapa dia hanya duduk berdiam diri disitu. Beberapa minit berlalu dan Ken akhirnya berlari anak ke arah Aya lalu mengambil tempat di bawah payung yang sama.
"Seronok betul tempat ni. Bertuah Rui.. ada keluarga kaya dapat bercuti kat tempat macam ni. " ujar Ken sambil tersengih.
"Tapi kalau kaya tak bahagia pun tak ada guna juga. " balas Aya. Senyumannya hambar sahaja.
Ken berkerut.
"Kenapa kau cakap macam tu?" soalnya.
"Huh?" saat itu barulah Aya sedar akan ayatnya yang agak kasar. Siapalah dia untuk menentukan hidup seseorang itu bahagia atau tidak?
"Maaf. "
Ken memandang Aya yang tertunduk seperti menyesali kesalahannya. Dalam masa yang sama juga bibirnya membentuk satu senyuman manis. Dia mengusap kepala Aya dengan perlahan.
"Kau ni macam budak la."
Aya menggigit bibir bawahnya sebelum dia menoleh ke arah Ken. Matanya terkebil-kebil sahaja. Ken memang macam sinar matahari. Bagi Aya Ken sangat menyerlah. Lelaki itu buat hatinya rasa berbunga. Bagai musim bunga sebelum musim panas.
"Ken.. aku.. " ayat Aya terhenti disitu.
"Kau apa?" soal Ken dengan senyuman.
"Aku.. "
Pandangan Aya pada Ken semakin lama semakin membuatkan jantungnya rasa bagai mahu meletup. Apa yang cuba Aya sampaikan? Ken tahu tapi dia tidak mahu Aya mengucapkannya.
Jadi dia meletakkan jarinya pada bibir Aya. Gadis itu terdiam.
"Apa pun yang kau nak cakap, simpan. Apa pun yang kau rasa saat ni semuanya hanyalah satu perasaan kagum untuk aku. Sikit pun bukan perasaan cinta. Kau cuma rasa kagum dan hormat pada aku. Kau sukakan aku hanya sebagai kawan. Percayalah, tak lebih dari tu. " ujar Ken.
Entah kenapa Aya terasa satu beban pada bahunya terangkat dan dia menghela nafas lega. Tapi dalam masa yang sama satu perasaan lain menyelinap masuk dan menikam dada. Sakit. Tanpa sedar air mata mengalir.
"Kau pernah dengar kisah puteri dan matahari tak?" soal Ken.
Aya menggeleng.
"Sejak dulu, puteri sangat mengkagumi matahari. Cahaya matahari menerangi dengan sangat indah. Puteri seringkali memerhatikan matahari tapi cahaya yang sangat terang buatkan puteri terpaksa mengalihkan pandangan. "
"Puteri berjalan ke tepi laut. Cahaya matahari yang terang dan indah terpantul pada air laut. Kecantikan yang puteri idamkan ada di depan mata. Cahaya terang itu buat puteri jadi buta dan berjalan ke arah laut. Lama-kelamaan dia tenggelam dan saat itu baru puteri sedar."
Cerita Ken terhenti disitu. Aya memandang Ken ingin tahu. Apa sambungannya?
Ken mengeluh.
"Apa yang puteri sedar?" soal Aya.
"Puteri sedar yang dia tak mampu bernafas dalam air. Dia hanya mampu perhatikan cahaya matahari menerangi dari dasar laut namun semakin dalam semakin gelap. Tak ada lagi cahaya yang menembusi. Puteri sedar yang perkara selama ni dia tidak peduli adalah aoa yang dia perlu."
"Apa perkara tu?"
"Udara. Tanpa udara puteri tak boleh bernafas. Selama ni dia hidup kerana dia dilindungi oleh udara. Dengan udara dia mampu bernafas, tapi puteri tak pernah ambil kisah. Puteri tak pernah sedar yang perkara penting baginya selama ni, yang sentiasa disisi melindunginya, adalah udara. Bukannya cahaya matahari yang mana tidak dapat menembusi dasar laut."
Sekali lagi Aya terdiam. Ken hanya tersenyum hambar sebelum mengusap kepala Aya lalu bangun dan masuk ke dalam vila. Kata-kata Ken bagai mencabar perasaan Aya. Siapa sangka, Ken akan menegurnya melalui cerita sebegitu?
Apa yang cuba Ken sampaikan, Aya faham. Ken cuba memberitahu yang perasaan Aya pada Ken adalah satu perasaan sementara yang akan hilang. Aya sebenarnya masih belum pasti siapa yang penting dalam hidup ni.
Tapi..
Udara dan matahari keduanya sama penting. Tanpa udara, seseorang tak mungkin boleh bernafas. Tapi tanpa matahari, bumi tak akan mengelilingi orbitnya. Tanpa keduanya, yang lain akan mati.
Tapi ilusi yang ingin disampaikan bukanlah perkara logik dan sains. Cuma satu metafora.
Ken mahu Aya sedar, dia adalah matahari yang tak mampu menembusi dasar hatinya. Disebalik dasar itu, ada seseorang yang lebih penting. Seseorang yang Aya tak mampu hidup tanpanya.
Pertama kali Aya patah hati?
Macam ni ke Ken rasa bila dia menolak luahan hati Ken sebelum ni? Sakit dan pedih. Tapi Aya langsung tak dapat peluang luahkan perasaan dia. Dia telah ditolak dahulu oleh Ken dengan cara yang baik berbanding apa yang dia lakukan pada Ken sebelum ni.
Sungguh halus bagai jarum tertusuk pada jantung.
Luahan perasaannya yang pertama telah ditolak.
Kenapa?
Aya fikir Ken juga sukakan dirinya.
Dimana salahnya?
Aya tak pasti.
Mungkinkah walaupun mereka suka antara satu sama lain, kalau takdir bukan milik mereka..
Mereka tetap tak akan bersama.
Tak akan dan tak mungkin.
Macam puteri yang tenggelam ke dasar laut tak lagi mampu bernafas, cahaya matahari tak boleh selamatkan puteri. Cuma udara. Udara saja yang mampu selamatkan puteri.
"Hik.. hik.." akhirnya Aya menangis teresak-esak bagai anak kecil. Dia menekup mulutnya berharap tiada suara yang keluar.
Tahan.
Dia tahan dan tahan.
Di mana salah dalam perasaan miliknya?
Siapa udara?
Dan siapa matahari?
Di mana silapnya?
Di mana silap dalam apa yang dia rasa?
Soal hati dan perasaan ni sangat rumit.
****************************************
Rui menguap. Buku yang dibaca hampir saja jatuh dari tangan dan menghempap muka.
"Oit.. ada buku yang best tak?" soal Ken yang masuk ke dalam bilik tanpa mengetuk pintu.
"Dalam beg." jawab Rui malas.
Ken kemudiannya memunggah beg milik Rui. Memang banyak buku yang dibawa bersama. Lelaki ni memang gila buku, fikir Ken. Dia membelek sinopsis buku yang dibawa oleh Rui satu per satu. Saat dia membelek, satu sampul surat yang terselit antara buku terjatuh.
Ken menoleh ke arah Rui dan kelihatan lelaki itu tidak mempedulikan perkara lain. Dia sibuk membaca buku. Memang gaya dia tidak kisah tentang orang lain.
Ken membuka sampul surat tadi dan kelihatan sekeping tiket kapal terbang ke luar negara tanpa tarikh. Tiket yang boleh digunakan pada bila-bila masa yang diingini. Cepat-cepat Ken kembalikan tiket tadi ke dalam sampul dan diselit semula pada buku.
"Aku pinjam buku ni tau." ujar Ken lalu mencapai buku secara rawak dan berjalan keluar dari bilik.
Dalam fikirannya terdapat banyak seribu satu persoalan.
YOU ARE READING
Boarding House~Full of Love~ (Completed)
Ficção GeralAya, gadis yang comel tak pernah bercinta. Seorang yang selamba dan sentiasa fikirkan tentang kawan-kawannya. Lui, lelaki pendiam dan tak banyak bercakap kalau tak ada hal penting. Suka membaca dan buku adalah segalanya. Ada ramai kawan.. tapi semu...