Aya memandang ibunya yang tersenyum tu dengan wajah sedih.
"Mami.. Maaf.. " ujarnya apabila terasa dirinya itu telah menyusahkan.
"Eh, kenapa minta maaf.. Mami happy sangat sebab kamu akhirnya dah pandai belajar berdikari.. Jaga diri ya.. " pesan ibunya.
Aya mengangguk lalu memeluk ibunya sebelum wanita itu mengucapkan selamat tinggal dan masuk ke dalam kereta.
Aya melambai apabila kereta itu telah dipandu pergi.
"Aya!! Jom masuk! " Yui nampak gembira yang teramat.
"Kena angkat barang dulu. " Aya bersuara sebelum dia mengangkat salah satu kotak barangnya untuk dibawa masuk ke dalam boarding house sebesar dua tingkat itu.
Menurut Yui, tingkat pertama adalah bilik pelajar perempuan, tingkat kedua pula adalah bilik pelajar lelaki manakala bawah sekali ruang tamu, dapur dan bilik warden mereka, Puan Teresa. Setiap tingkat ada tandas dan bilik mandi yang berasingan.
"Eh? Ada pelajar baru ke? " suara lelaki menegur dari pintu pagar.
Yui menoleh.
"Senior.. Selamat pulang! " ceria saja Yui menyambut lelaki tersebut.
Lelaki itu tersenyum. Aya memandang lelaki yang memakai baju sukan dengan tuala muka dileher tu dengan pandangan kosong. Lelaki tu nampak kecil.. Macam pelajar tahun 1. Senior? Maksudnya dia berada di tahun terakhir, tahun 3.
"Nak saya tolong angkat? " tanya lelaki tersebut.
Dia mencapai salah satu kotak yang besar lalu cuba mengangkatnya.
"Hiyarghh!! " dia berkerut apabila cuma sedikit saja kotak itu terangkat.
Yui ketawa.
"Sini la.. Biar saya angkat.. " entah dari mana munculnya, lelaki yang wajahnya dicam oleh Aya itu tersenyum.
"Hai.. Kita jumpa lagi.. " tegur Ken sambil kotak di tangan senior tadi diambilnya dengan mudah.
"Hei! Tak adil! " marah senior tadi sambil mengembungkan pipinya tanda tidak puas hati.
"Senior Kyo boleh masuk dalam dan makan.. Mana tahu cepat besar.. Tinggi sikit ke. " gurau Ken sebelum tawa Yui dan Kyo pecah.
"Tak guna! " Kyo memukul dan menendang belakang Ken tapi entah kenapa Aya rasa mereka semua sangat mesra dan rapat.
Macam bising je boarding house ni. Belum masuk lagi, ahli yang lain dah buat kecoh. Tentang Ken.. Aya baru tahu yang lelaki tu juga penghuni boarding house MOX (medal of excellent).
Mereka masuk ke dalam setelah itu, sambil mengangkat semua barang yang dibawa oleh Aya. Selesai mengemas biliknya, Aya keluar ke ruang tamu. Dia melihat sekeliling.
"Aya.. Maaflah, Yui ada kelas tambahan.. Walaupun hari ni sepatutnya cuti.. " teringat pula Yui yang berat hati nak tinggalkan Aya tadi.
Nak buat macam mana..
Aya yang cuma seorang diri, melilau di sekeliling kawasan boarding house (bh) tersebut.
Dibahagian depan bangunan ada papan tanda MOX dan simbol bh terpampang diatas pintu. Cantik saja papan itu dihias. Paling Aya kagum adalah bangunan itu sendiri. Nampak macam rumah.
Kawasan depan luas, ada pokok-pokok bunga dengan bangku kecil. Macam taman mini. Disekeliling bangunan MOX pula dipagari dengan pagar besi yang dicat hitam, macam pagar antik.
Di bahagian belakang bangunan pula ada kebun sayur. Ada buah tomato, sayur kubis, kacang panjang dan sayur sawi. Pokok jagung pun ada sekali, tepi pagar.
YOU ARE READING
Boarding House~Full of Love~ (Completed)
Ficção GeralAya, gadis yang comel tak pernah bercinta. Seorang yang selamba dan sentiasa fikirkan tentang kawan-kawannya. Lui, lelaki pendiam dan tak banyak bercakap kalau tak ada hal penting. Suka membaca dan buku adalah segalanya. Ada ramai kawan.. tapi semu...