Serabut dengan kerja yang banyak, Kyo akhirnya mengalah dan menolak semua buku latihannya ke tepi. Satu keluhan berat dilepaskan. Kyo sedar dia di tahun terakhir sekolah dan perlu bersedia untuk peperiksaan universiti tapi masa berlalu terlalu cepat baginya.
Cuma tinggal lagi setengah tahun.
Penat berfikir, Kyo akhirnya bangun dari kerusi meja belajarnya dan keluar dari bilik. Kakinya melangkah ke dapur. Haus.
"Oh, Nagi nagi.. " tegur Kyo apabila melihat Nagi di dapur.
"Nak apa? " soal Nagi yang sedang duduk di meja makan dengan segelas jus di tangan.
"Minum air. Haus. " pendek saja jawapan Kyo, sedikit pun senyuman di wajah tidak lekang.
"Sekejap. " balas Nagi sambil bangun dan mengambil gelas di atas rak sebelum mengisinya dengan air kosong.
Melihat Kyo yang sudah duduk di atas kerusi, Nagi menghulurkan gelas tadi tanpa banyak bicara.
"Sankyuuu~" Kyo menyambut gelas yang dihulur oleh Nagi dengan ceria.
Air kosong diteguk hingga habis dengan sekali nafas. Kyo menghela nafas lega setelah itu.
"Hahhh.. "
Nagi disisi hanya memerhati. Wajahnya berkerut.
"Nagi nagi.. Kalau awak pandang saya macam tu lama-lama nanti saya rasa nak buat benda lain pula. " Kyo bersuara setelah lama berdiam diri namun wajahnya tidak pula menoleh ke arah Nagi. Pandangannya kekal pada gelas ditangan.
Nagi yang dari tadi memerhati terus tersentak dari lamunan. Terkejut apabila tertangkap yang dirinya asyik memandang Kyo. Terus Nagi menundukkan pandangannya, melihat gelas yang sudah separuh jusnya.
"Apa yang benda lainnya? " tanya Nagi setelah itu.
Kyo ketawa apabila mendengar soalan Nagi yang sangat naif. Langsung tak mengesyaki apa-apa.
"Hmm.. " Kyo tidak menjawab sebaliknya dia bangun dari kerusi lalu meletakkan gelas yang telah kosong ke dalam sinki.
"Kau sengaja.. Tak jawab.. " Nagi bersuara lagi apabila sedar yang Kyo ingin melarikan diri.
"Ahaha.. 😅" ketawa Kyo pecah lagi tapi kali ni hanya sekejap saja. Seolah-olah mahu menutup kesunyian suasana yang muncul.
Satu keluhan muncul dari mulut Kyo namun barangkali tidak didengari oleh Nagi. Kyo berjalan untuk keluar dari dapur tapi sempat lagi dia mengusap rambut nagi dengan kasar sebelum keluar.
"Oi! " marah Nagi apabila rambutnya kini telah kusut disebabkan oleh kelakuan Kyo.
Geram apabila Kyo melarikan diri tanpa menjawab soalannya, Nagi mengetap bibir. Entah apa masalah Kyo ni pun Nagi tak faham. Lelaki tu selalu biarkan soalan Nagi tergantung. Bukan sekali dua tapi selalu. Bila difikir balik, dekat sekolah pun. Kyo selalu kacau Nagi.
"Tak guna.. " Nagi mengomel sendirian. 😒
Gelas ditangannya digenggam semakin erat. Air jus yang masih tinggal separuh akhirnya dibiarkan saja oleh Nagi. Hilang terus rasa nak minum.
※※※※※※※※※※※
Kyo duduk di atas pangkin di tepi sliding door. Dari luar, dia dapat melihat ruang tamu yang sunyi disebalik pintu kaca tersebut. Langit yang cerah seolah-olah tidak sabar menerima musim panas yang bakal menjelang tak lama lagi.
"Musim panas ke.. Hmm.. " Kyo bersuara perlahan cukup hanya untuk dia seorang saja yang mendengarnya.
Satu garis senyuman terbentuk pada bibirnya. Sambil dia mengambil angin, sambil itu juga dia cuba menyusun perasaannya.
YOU ARE READING
Boarding House~Full of Love~ (Completed)
General FictionAya, gadis yang comel tak pernah bercinta. Seorang yang selamba dan sentiasa fikirkan tentang kawan-kawannya. Lui, lelaki pendiam dan tak banyak bercakap kalau tak ada hal penting. Suka membaca dan buku adalah segalanya. Ada ramai kawan.. tapi semu...