Chapter 29 : Blackout

531 49 12
                                    

Aya menghela nafas lega. Akhirnya minggu exam dah tamat dan mereka akan bercuti untuk seminggu. Tak sabar sebenarnya dia nak balik ke rumahnya. Terasa rindu pada kedua ibubapanya.

"Aya! Jadi cuti ni Aya balik rumah eh? " Yui menyergah dari belakang.

Aya mengangguk. Tak pula dia sedar yang Yui dah menceroboh biliknya malam tu. Aya masih lagi sedang sibuk mengemas barang yang dia nak bawa balik esok. Yui tersengih.

"Nak tolong? " soalnya.

Aya mengangguk lagi. Setelah Yui menolongnya mengemas barang, mereka berdua berbaring di atas katil.

"Kau balik esok dah kemas barang? " tanya Aya.

"Dah lama siap! " ceria saja Yui menjawab. Aya tersenyum kecil. Teruja betul Yui nak balik.

"Seminggu ni memang dekat rumah? Balik semula ke sini ahad nanti ke? " Aya menyoal lagi.

"Uhumm! Tak la.. Seminggu cuti ni, balik kampung.. Ehehe.. Mandi sungai! Memancing! Yahoo!! " Yui menarik selimut Aya lalu dibalut kawannya itu.

"Oi.. Urmm.. " Aya meronta.

Mereka ketawa setelah itu. Berlawan siapa lebih kuat dan orang yang kalah dibalut dalam selimut.

"Ehehe.. Dah la tu.. Penat.. " Yui menarik nafas dalam setelah dia berjaya keluar dari dalam selimut. Ganas betul Aya ni.

"Aya.. Yui balik bilik Yui dulu la.. Dah lewat malam rasanya ni semua dah tidur.. Nak tidur juga.. Aya jangan berjaga pula.. " Yui memberitahu.

Aya ketawa apabila melihat Yui dah menyerah kalah. Hari hujan diluar langsung tidak dihiraukan. Sedang mereka ketawa gembira, bunyi dentuman guruh dan kilat menyambar menyergah telinga.

"Hyaa!!"

Yui terdiam. Terkebil-kebil dia memandang Aya yang kini bersembunyi di dalam selimut sambil menggigil kecil. Pertama kali Yui melihat Aya menjerit takut macam tu.

"Aya.. Kau takut guruh ke? " soal Yui.

Tap!

Saat itu semuanya bertukar gelap.

"Aya.. Tak ada elektrik la.. Blackout ke? " Yui dah menarik-narik selimut yang mana tadinya Aya bersembunyi.

"Eh? Gelapnya.. Tak nampak apa-apa.. " Aya bersuara.

Tangan Aya cuba meraba sekeliling. Apabila dia menyentuh sesuatu yang dirasakan telefon bimbitnya, segera dia membuka lampu suluh. Cahaya sedikit yang menerangi mereka membuatkan Yui menghela nafas lega.

"Aya okay?? " tanya Yui.

Dengan anggukan kecil yang diberi Aya, Yui menggunakan lampu suluh dari telefonnya untuk pulang semula ke biliknya. Ruang bilik Aya kini sunyi dengan hanya bunyi deraian hujan lebat diluar. Entah kenapa beberapa saat yang berlalu terasa amat lama. Terasa sesak untuk bernafas.

"Aaa.. " Aya membuka mulutnya untuk bersuara namun terdiam semula.

Lantas gadis itu bangun dari katil dan perlahan-lahan berjalan keluar. Baru saja kakinya melangkah untuk menuruni tangga, dia ditegur seseorang.

"Aya? "

"Ken.. Tak tidur lagi? "

Diam..

Ken yang hanya bergantung pada lampu telefonnya kini mengeluh apabila cahayanya terpadam kerana bateri telah habis.

"Nak pergi mana? " soal Aya.

"Kotak suis dekat bawah.. " beritahu Ken.

"Ohh.. Aku temankan kau la... Lagipun telefon kau dah habis bateri. " cadang Aya.

Ken mengangguk sambil tangannya menekup mulut sendiri. Malu dengan Aya yang nampak comel dibawah samar-samar cahaya telefon. Tak sangka pula yang mereka berdua boleh terserempak macam tu.

Penuh berhati-hati mereka menuruni anak tangga untuk ke tingkat bawah. Baru saja mereka menapak ke ruang tamu, bunyi kilat menyambar dan guruh berdentum sekali lagi kedengaran di telinga.

Tuk!

Telefon yang dipegang Aya terlepas dari tangan dan terhempas pada karpet.

"Hyii!! " Aya menutup telinganya dan bercangkung di lantai. Takut.

Ken yang tadinya terkejut dengan tindakan refleks Aya bertukar simpati. Dia merendahkan badannya lalu mengusap kepala Aya.

"Kau takut guruh ke? " soal Ken.

Diam.

"Jangan risau.. Aku ada dekat sini. " ujar Ken lagi sekali sambil menghulurkan tangannya.

Aya mendongakkan kepalanya sedikit. Dalam samar cahaya itu dia masih dapat melihat senyuman ikhlas dari Ken. Lelaki itu.. Sentiasa menyenangkan hatinya. Rasa takut tadi kini telah diganti dengan rasa selamat.

"Aya? " Ken memanggil apabila gadis itu hanya diam sambil memandang ke arahnya. Terasa segan apabila dirinya direnung lama oleh Aya.

Tangan yang dihulur oleh Ken akhirnya bersambut. Ken tersenyum. Sebelah lagi tangannya mencapai telefon milik Aya. Kemudiannya dia membantu Aya bangun.

"Kotak suis dekat bilik stor tepi dapur. Jom. " ajak Ken.

Aya hanya mengangguk. Tidak pula dia banyak bersuara. Kakinya hanya melangkah menuruti langkah kaki Ken. Tidak ada sesaat pun dia melepaskan genggaman tangan Ken. Tangan lelaki itu direnung lama.

Hangat dan selesa. Tidak dinafikan yang tangan Ken lebih besar darinya. Aya tak pernah fikir pula tentang tangan lelaki sebelum ni. Tapi entah kenapa jantungnya berdegup semakin laju.

"Dah sampai.. Pegang telefon ni sekejap. Aku nak betulkan suis. " beritahu Ken sambil dia melepaskan tangan Aya yang dipegang dari tadi. Telefon Aya dihulurkan semula.

Aya yang baru sedar dari lamunan cepat-cepat mengambil telefonnya. Dia menoleh ke arah lain namun pandangan Ken ke arahnya masih dapat dia rasa. Ken berkerut. Terkejut kerana dirinya tidak dipedulikan oleh Aya.

"Kau okay tak ni? Aya? " tanya Ken.

Aya menunduk. Berbahang rasa wajahnya saat itu. Ken yang tidak puas hati mendekatkan mukanya pada Aya. Apabila gadis itu menoleh ke arah lain, Ken juga turut ikut. Dilambaikan tangannya didepan muka Aya. Lantas Aya memejamkan matanya.

"Aya.. Kau.. " Ken terdiam. Dia hanya memandang wajah Aya yang memejamkan mata dihadapannya. Bunyi degupan jantung Ken semakin rancak. Haish.. Menguji betul..

Perlahan-lahan Ken mendekatkan wajahnya pada Aya. Aya yang berdiam diri dapat merasakan kehangatan nafas milik Ken. Dia tahu wajah mereka sangat dekat. Hanya beberapa centimeter..

Klik!

Lampu yang dari tadinya terpadam kini telah menyala semula. Cepat-cepat Aya membuka matanya dan Ken sedang tersenyum sambil tangannya menutup semula kotak suis yang sudah dibetulkan.

"Dah lewat malam ni.. Pergi tidur. " beritahu Ken sebelum lelaki itu laju saja melangkah pergi.

Aya terdiam. Nafasnya yang tertahan tadi semakin sukar untuk dilepaskan. Apa yang baru saja terjadi tadi??

"Aya.. " panggil Ken sambil memberhentikan langkahnya separuh jalan.

Aya menghela nafas. Dia berjalan mengikuti Ken dari belakang sambil tertunduk. Kepalanya masih lagi berfikir tentang apa yang terjadi tadi. Serabut.

"Selamat malam.. " ujar Ken sebelum mereka berpisah di tangga.

Aya kembali semula ke biliknya. Dia berbaring di atas katil namun tidak pula terlelap. Hujan lebat telah renyai. Banyak betul perkara yang dia fikir.

Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi tapi masih ada dua pasang mata yang masih segar terjaga. Ken sekejap-sekejap dia beralih ke kanan, dan sekejap-sekejap ke kiri. Entah kenapa susah betul nak terlelap. Wajah Aya masih terimbas dalam fikiran.

Tidak pula dia sangka yang Aya masih tidak tidur semasa elektrik terpadam tadi. Kalau bukan sebab Lui merengek cakap panas tak ada kipas dan suruh dia pergi betulkan kotak suis tu, tak ada maknanya dia nak turun pergi betulkan. Aahhh.. Bila fikir balik.. Ken masih tak puas hati dengan Lui. Hmm..





Boarding House~Full of Love~ (Completed)Where stories live. Discover now