"Mami.. Akak dah balik.. "
"Ahh.. Masuklah.. Tolong mami tengokkan adik kamu tu ya.. "
Aya mengangguk. Setelah dia membuka kasut sekolahnya dan diletakkan pada rak, dia masuk ke ruang tamu. Dilihat adik lelakinya yang sedang membuat kerja sekolah.
"Ryou, kerja sekolah apa tu? " soal Aya. Dia duduk di atas sofa sebelah adiknya.
"Uh.. Bahasa.. " jawabnya tanpa menoleh ke arah Aya.
Aya berkerut. Dia hanya melihat adiknya menulis namun semua huruf dan tulisannya terbalik. Disleksia.
"Oh.. " Aya tersenyum. Dia mengusap kepala adiknya.
Aya ada enam orang adik beradik dan dia adalah anak sulung. Keluarga Aya memang ramai dan kadang-kadang tu memang suasana sangat bising dalam rumah kecil milik mereka sekeluarga.
Melihat adiknya yang langsung tidak mempedulikan Aya, dia bangun dan berjalan ke biliknya untuk menukar pakaian.
※※※※※※※
Aya memandang Yui dengan senyuman terukir pada wajahnya. Yui nampak sangat teruja bercerita pada Aya. Tapi.. Perkara macam ni tak lama.. Sebab lepas ni Aya mungkin tak jumpa Yui lagi.
"Lepas tu.. " Yui tersengih namun apabila melihat Aya yang macam tak dengar cerita dia, terus Yui berhenti.
"Aya dengar tak ni? " Yui menarik muncung mulutnya.
"Eh? Ahaha.. Apa yang kau cakap tadi? " Aya menggaru kepalanya yang tidak gatal. Malu tertangkap tidak mendengar cerita Yui.
"Aya.. Sihat tak? Kenapa nampak risau je ni? " soal Yui.
"Erm.. Sebenarnya Yui, keluarga aku nak pindah habis sekolah ni. Aku akan pergi ke sekolah tinggi yang lain. " akhirnya Aya mengaku.
Sudah seminggu dia rahsiakan perkara tersebut pada Yui. Wajah Aya bertukar suram. Dia dan satu-satunya kawan baik yang dia ada akan terpisah. Aya tak mahu berpindah rumah kalau boleh tapi ibubapanya telah membuat keputusan.
"Ehh????!!! " Yui menghentak meja dengan tangannya. Terkejut sangat.
"Yui?! Shh!! " Aya cepat-cepat menyuruh Yui diam.
"Alaaa.. " wajah Yui dah berubah. Matanya berair, nak menangis.
Mana boleh mereka berpisah macam ni. Kawan baik sejak kecil pula tu. Yui tak mahu Aya dan dia berpisah. Aya juga begitu. Tidak mahu berpisah. Lagipun, boleh ke Aya buat kawan baru di sekolah lain nanti? Dia bukannya pandai bergaul.
※※※※※※
"Mami.. Akak nak cakap sesuatu ni. " ujar Aya saat mereka sekeluarga berkumpul untuk makan malam.
"Apa? "
"Boleh tak akak pergi ke sekolah yang sama dengan Yui? " tanya Aya.
"Huh? Tapi nanti jauh la kamu nak ke sekolah setiap hari? Kena naik bas dan tukar di stesen pula.. "
"Tak apa.. Akak tak kisah. "
Aya memandang kedua ibubapanya dengan pandangan yang penuh pengharapan. Dia betul-betul serius kali ni. Dia tekad, biar la jauh sikit pun asalkan dia dapat bersama dengan Yui. Aya malas nak bertukar sekolah dan biasakan diri dengan suasana baru bukanlah sesuatu yang Aya pandai.

YOU ARE READING
Boarding House~Full of Love~ (Completed)
Ficción GeneralAya, gadis yang comel tak pernah bercinta. Seorang yang selamba dan sentiasa fikirkan tentang kawan-kawannya. Lui, lelaki pendiam dan tak banyak bercakap kalau tak ada hal penting. Suka membaca dan buku adalah segalanya. Ada ramai kawan.. tapi semu...