Chapter 13 : Marah dan Gembira

763 82 60
                                    

Buku teks ditangan Aya makin lama makin ke bawah bila empunya badan itu dah terlelap dan tersengguk-sengguk. Bosan baca teks yang panjang berjela waktu petang.

"Aya! " Yui menyergah dari tepi membuatkan Aya yang duduk diatas kerusinya itu hampir terjatuh.

"Eh? Eh? Apa jadi? " Aya pandang ke kiri dan kanannya. Bluur..

Yui ketawa mengekek. Suka betul dia kenakan Aya yang nampak macam terkejut sangat tu.

"Kelas dah lama habis la.. Boleh pula Aya tidur? Nasib baik cikgu tak perasan tau. " beritahu Yui.

Aya memandang Yui sebelum tersengih, nak tutup malu la tu. Yui mengambil begnya lalu berjalan ke pintu. Dia menanti Aya yang sedang mengemas barang.

"Kau tak ada aktiviti kelab? " soal Aya. Pelik pula sebab Yui macam nak balik sekali dengannya.

"Ada la.. Tapi hari ni mula lambat sikit. Pelajar tahun 3 ada kuiz. " jawab Yui sambil membuat muka. Dah muncung ke depan mulut dia.

Aya tersenyum.

"Aku balik seorang lagi la ni? " suara Aya macam sedih.

"Maaf la! " ujar Yui sambil memeluk pinggang Aya, pipinya pula digosok-gosok pada pipi Aya.

Aya ketawa kecil. Yui suka betul peluk dia. Manja.

"Ok.. Hari ni pun macam nak hujan juga.. Jangan lupa payung. " pesan Aya sebelum dia melambai pada Yui.

Mereka berpisah di depan blok bangunan kelas mereka. Langit pun dah gelap. Aya berjalan pulang setelah itu. Payungnya dibuka di tengah jalan apabila hujan mula melimpah turun. Lebat.

Sambil berjalan, Aya mengeluarkan nota kecil dari poketnya untuk dibaca. Tak lama lagi dah nak exam. Study.

"Buat apa tu? " soal satu suara dari belakang.

Aya berhenti berjalan sekejap. Dia menoleh untuk melihat gerangan orang yang menegurnya. Lui.

"Eh? Kau bawa payung hari ni.. " tegur Aya.

"Haah.. Sebab ibu pesan pagi tadi sebelum pergi sekolah. Kau baca apa tu? " soal Lui.

"Nota.. Jom jalan sekali. " Aya mengajak sambil itu mereka berjalan beriringan.

"Oh.. Hurm.. Tapi tak elok membaca sambil berjalan. " sempat lagi Lui memberi nasihat.
Aya ketawa kecil. "Kau cakap orang pandai eh.. "

"Subjek apa? " soal Lui, tak peduli bila dia kena perli.

"Math. " ringkas saja Aya menjawab.

"Kalau tak faham, tanya je la aku. " cadang Lui.

Sedang mereka berbual sambil berjalan, sebuah kereta mewah berwarna hitam berhenti di tepi mereka.

"Oi.. " panggil satu suara lelaki.

Aya dan Lui serentak berhenti. Mereka menoleh ke arah lelaki yang sedang berada didalam kereta tersebut. Tingkapnya dibuka supaya dia dapat bercakap dengan Aya. Aya tunjukkan jarinya pada diri sendiri.

"Kau panggil aku ke? " soal Aya.

"Ye.. Kau la. Siapa lagi? Masuk.. " arah lelaki tersebut.

Terkebil-kebil Aya memandang orang yang baru saja menyuruhnya masuk ke dalam kereta itu.

"Kenapa pula aku kena buat apa yang kau suruh? Pertama sekali.. Kau siapa? " soal Aya.

"Jade. Nama aku Jade. Kita pernah jumpa sebelum ni kan. Aku tolong bagi pemadam papan kelas kau tu. " beritahu si lelaki.

"Jade? Ohh.. Kau ke.. Patut macam pernah nampak. " Aya mengangguk sendiri. Entah apa dia faham pun tak pastilah.

"Masuk cepat. Hari hujan ni. Aku nak cakap dengan kau. " Jade mencuba sekali lagi.

"Aya.. Kau kenal dia ke? " setelah lama berdiam diri, akhirnya Lui mencelah.

"Hmm.. Tak? Tapi pernah la jumpa dia sekali. Sekali tu je la. Dia tolong aku. " beritahu Aya, jujur.

"Aku serius ni.. Masuklah. " arah Jade, kali ini nada suaranya berubah sedikit dari sebelum ni. Macam tak puas hati.

"Kenapa aku kena masuk dalam kereta pula? Kau tak jawab lagi. " Aya berdalih. Sebenarnya dia memang tak faham kenapa Jade suruh dia masuk ke dalam kereta mewah itu.

"Aya.. Jom.. " Lui akhirnya mengajak Aya dan dengan selamba Aya pun ikut sekali Lui yang dah mula berjalan pergi dari situ.

"Oi! Nanti la! " suara jeritan Jade tidak diendahkan oleh mereka berdua.

Pintu kereta mewah itu kemudiannya dibuka dan Jade keluar, berlari anak didalam hujan.

"Tuan Muda! Payung! " pemandu kereta itu juga turut keluar, berlari mengejar Jade dengan payung ditangan.

"Aya! Aku nak cakap dengan kau la! " Jade memanggil sekali lagi.

Aya berhenti sekali lagi dari melangkah dan Lui juga turut melakukan perkara yang sama. Mereka melihat Jade yang dipayungkan oleh pemandunya itu.

"Kau nak cakap apa? Cakap je la. " ujar Aya dengan muka selamba. Nak senyum atau tidak pada Jade ni.. Aya tak pasti.

"Ok.. Terus terang kalau macam tu.. Aya, aku nak kau jadi girlfriend aku. " Jade meluahkan hasrat sebenarnya.

Sekali lagi Aya terkebil-kebil pandang Jade. Kepalanya disengetkan sedikit, macam berfikir. Lepas tu Aya pandang Jade, serius.

"Kenapa? Aku tak suka kau pun. " jawab Aya.

Lui yang memerhati masih diam.

"Aku tak kisah kau suka aku atau tak. Kalau kau setuju jadi girlfriend aku, aku akan bagi apa je yang kau minta. Kau akan dapat semua yang kau nak.. Senangkan? " Jade tersenyum bangga dengan cadangannya.

"Huh? Apasal aku nak minta apa-apa kat kau pula? " Aya masih tak faham.

Plop!

Nota kecil yang Aya pegang dari tadi terjatuh ke dalam lecak air hujan yang bertakung pada jalan. Terkejut Aya apabila pergelangan tangannya itu ditarik secara tiba-tiba. Lui memegang tangan Aya dengan erat sebelum membawa Aya pergi dari situ.

"Lui?" panggil Aya namun lelaki itu masih terus berjalan.

Aya menoleh untuk melihat Jade yang ditinggalkan. Lelaki tu nampak terkejut tapi apa yang boleh Aya buat?

Akhirnya mereka dah jalan jauh dari tempat Jade berdiri tadi. Aya memandang Lui yang air mukanya dah keruh tu. Lui.. Marah ke?

"Lui.. Kau marah aku ke? " soal Aya.

Langkah kaki Lui terhenti. Dia memandang Aya. Ada kerutan pada dahi lelaki itu.

"Kenapa aku nak marah kau? " tanya Lui.

"Habis tu.. Kau marahkan Jade? " Aya bertanya lagi. Dia melihat tangannya yang masih digenggam oleh Lui. Tangan lelaki itu hangat walaupun cuaca sejuk disebabkan hujan.

"Aku tak suka cara dia layan kau. Aya, kau tak rasa sakit hati ke? Dia macam perlekehkan kau.. " beritahu Lui.

"Eh? " Aya terdiam. Dia tak terfikir pula sampai ke situ tapi.. Lui marah untuk Aya ke? Sebab dia.. Nak pertahankan Aya?

Tak pernah selama ni ada orang yang sanggup pertahankan Aya macam tu. Lui.. Orang pertama yang marah bila Aya diperlekehkan orang lain.

"Maaf.. Dah la, jom balik. " Lui akhirnya memalingkan wajah ke arah lain.

Tangan Aya di pegang dengan lebih erat. Dia kembali menyambung perjalanan yang terhenti tadi. Sepanjang perjalanan pulang, Aya hanya mampu lihat belakang Lui yang nampak megah. Lelaki itu dah lindungi dia. Lelaki itu pertahankan maruah Aya.

"Lui.. Terima kasih. " ujar Aya apabila telah lama mereka berdua mendiamkan diri.

"………"

Lui tak balas apa-apa. Tapi Aya terus tersenyum. Dia tersenyum bila tangan Lui yang memegang pergelangan tangannya itu kini dilurutkan kebawah pada jari-jemari Aya sebelum tangan mereka saling berpaut.

Entah kenapa.. Hati Aya rasa gembira?




Boarding House~Full of Love~ (Completed)Where stories live. Discover now