Chapter 26 : Muzium

545 55 15
                                    

Melihat sekeliling yang sesak dengan orang ramai, Aya memilih untuk berdiri di tepi dinding. Yui ditarik sekali bersama dengannya dan mereka melihat sekitar kawasan muzium itu.

"Huwaaa~ " Yui tersenyum senang, teruja dengan sebuah lukisan lama yang tergantung di hadapan lobi muzium.

Aya pula masih melihat sekitarnya, mencari kelibat seseorang. Saat itu matanya berjaya menangkap kelibat Takaki yang ditolak oleh sekumpulan pelajar perempuan. 👩👧👩👧 

Macam ombak,🌊🌊 Takaki terkeluar dari kumpulan tersebut meninggalkan Lui seorang diri ditenggelami oleh sekumpulan pelajar perempuan.

"Aya~ tengok apa? Huuu~ Lui memang famous.. " Yui memeluk bahu Aya dari belakang sambil melihat ke arah yang sama seperti Aya.

Takaki mengeluh. Dia berusaha untuk menarik Lui keluar dari dikelilingi oleh pelajar perempuan namun setiap kali itu juga dia ditolak jauh. 😱

"Lui~ jom pergi galeri dekat sana sama-sama.. " salah seorang pelajar perempuan mengajak.

"Eh? Kenapa pergi dengan kau pula? Pergi dengan kami la.. Kita tengok ukiran dekat sana tu.. " salah seorang membangkang.

Lengan Lui ditarik ke kanan. Melihat sekumpulan pelajar yang mahu ke galeri tak nak kalah, sekumpulan lagi yang mahu melihat ukiran menarik lengan Lui ke kiri. Wajah Lui masih sama, langsung tak ada perasaan. 😑😶 Barangkali dia penat dengan pergaduhan dihadapannya.

"Pergi sana!! "

"Sini lah!! "

Mereka bergaduh dan berebut. 😤😡

"Err.. Mesti sakit.. Perempuan memang mengerikan.. " komen Yui sambil menyumbat kerepek kentang dalam mulut.

Aya memandang Yui dengan muka selamba miliknya.

"Cakap orang, habis kau tu bukan perempuan? " bibir Aya tersenyum sinis. 😏

"Tehee~ " Yui tersengih.

"Lui! " Takaki melaung tidak jauh dari Lui.

Wajah Lui yang tak ada perasaan tadi mula berubah pucat. Ruang.. Lui perlu ruang untuk bernafas. 😓

"Kyahh!! "

Sekumpulan pelajar perempuan tadi menjerit apabila ada seseorang menyelinap masuk diantara mereka. Namun saat mereka sedar saja, Lui telah hilang.

"Ehh?? Lui! Luuii!!! " mereka menjerit dan mula mencari sekelibat manusia yang bernama Lui itu.

Aya yang dari memerhati juga mula mencari. Terkebil-kebil matanya melihat sekeliling. Rasanya dia tak terlepas pandang Lui dengan sekumpulan pelajar perempuan tu. Entah kenapa, dia sendiri pun tak sedar yang Lui dah hilang dari situ.

"Aya? " panggil Yui apabila Aya tidak menghiraukannya.

♬♪♬♪♬♪♬♪

Bunyi nada dering telefon Aya.

"Takaki? " suara Aya macam terkejut sikit.

"Aya.. Nasib baik kau angkat telefon. Lui dah hilang. Macam mana ni? Aku cari dia tapi tak jumpa. " cemas saja nada di hujung talian.

"Ohh.. Okay, aku tolong carikan sekali. Kalau aku jumpa dia aku bagi tahu. "

"Yosh! Thanks.. "

Panggilan ditamatkan.

Yui memandang Aya lama, meminta penjelasan tapi sekali lagi tidak dihiraukan. Aya lebih sibuk mendail nombor telefon Lui.

📲📲📲

Boarding House~Full of Love~ (Completed)Where stories live. Discover now