"Kyaaa!!! " jeritan kakak kesayangannya itu membuatkan Ken terkejut.
Tubuh kecilnya dipeluk erat dan dia dicium-cium oleh kakaknya. Habis wajah Ken lekat kesan gincu. Terkebil-kebil Ken pandang Hana.
"Adik kakak hari ni pun comel! Aahh!! Comelnya!! " Hana menjerit lalu menggesel pipinya pada pipi Ken yang gebu.
"Tak.. Boleh.. Bernafas.. " beritahu Ken bila Hana peluk dia terlalu kuat.
Hana ketawa. Dia meleraikan pelukan. Ken cuma tersenyum pada Hana. Ken sangat sayangkan Hana. Kakaknya itu sangat baik pada Ken.
"Ken, kakak ada hadiah untuk Ken! Tada! " Hana bersuara teruja sambil itu dia menunjukkan satu baju gaun yang penuh dan sarat dengan renda berwarna pink.
Heh?!
Ken berkerut tapi dia masih tersenyum pada Hana.
"Cepat! Cepat! Cuba pakai baju ni! " arah Hana lalu dipaksanya Ken mencuba baju perempuan itu.
Ken pula hanya menurut. Dia tak mahu Hana kecewa. Dia tak mahu lihat kakaknya itu bersedih. Ken sayangkan Hana. Kakak kesayangannya itu.
"Tada! " Ken tersengih setelah dia mencuba baju yang diberi oleh Hana. Sambil itu Ken berpusing-pusing menggayakan baju gaun yang dipakai.
"Kyyaaa!!! Adik kakak memang cantik! Cantik! Lagi cantik dari perempuan lain!! " Hana menjerit teruja.
Dia memeluk Ken setelah itu lalu tubuh kecil Ken diangkat dan dia berpusing-pusing. Pening kepala Ken.
"Hanaaa!!!! " jeritan ibu mereka menyebabkan Hana berhenti memusingkan Ken.
Ken diletakkan semula ke lantai.
"Apa kamu buat ni??!! Anak lelaki ibu!! " ibunya dah terkejut. Menjerit dengan nada suara yang sangat tinggi, membuatkan Ken seram.
"I.. Bu? " panggil Ken, takut-takut.
"Ala.. Ken cantik la ibu.. " Hana memberitahu.
"Tak! Dia hensem! Dia anak lelaki ibu! " marah ibunya pada Hana.
Ken ditarik oleh ibunya lalu baju gaun yang dipakai oleh Ken dicabut oleh ibunya.
"Ibu.. Janganlah sedih.. Ken.. Akan sentiasa jadi anak lelaki ibu.. " Ken tersenyum apabila perasan akan perubahan air muka ibunya.
Wajah wanita dihadapannya itu dielus lembut dengan belakang tangan. Terus sejuk hati ibu Ken. Anaknya itu.. Sangat baik!
"Dan kakak.. Jangan la sedih atau bergaduh dengan ibu.. Ken akan sentiasa jadi adik kakak.. " beritahu Ken pula, kali ni dia menoleh ke arah Hana dan tersengih.
Hana mengetap bibirnya..
Aaa.. Ken..
Dia sayang sangat-sangat pada adiknya yang comel itu.
"Hana nak adik perempuan!! " Hana menjerit, kecewa. Tapi.. Tapi dia sayangkan Ken!
"Ahahaha.. Kalau kakak nak, Ken boleh jadi adik perempuan kakak juga. " beritahu Ken.
Mendengar kata-kata Ken, wajah ibunya bertukar semula. Tak boleh! Ken terlalu baik dan lembut pada semua orang!"Takk!! Tak boleh!!! Kalau Hana nak adik perempuan ibu boleh bagi tapi Ken anak lelaki ibu!! " marah ibunya.
Kali ni Ken didukung oleh ibunya.
"Ken, kamu lepas ni tinggal di boarding house dekat dengan sekolah kamu tu. Jangan balik rumah kalau kakak kamu ada! Faham?! " pesan ibunya.
Ken dan berkerut. Alahai.. Ibunya risau sangat. Tapi akhirnya Ken tersenyum dan mengangguk.
![](https://img.wattpad.com/cover/107498233-288-k785669.jpg)
YOU ARE READING
Boarding House~Full of Love~ (Completed)
General FictionAya, gadis yang comel tak pernah bercinta. Seorang yang selamba dan sentiasa fikirkan tentang kawan-kawannya. Lui, lelaki pendiam dan tak banyak bercakap kalau tak ada hal penting. Suka membaca dan buku adalah segalanya. Ada ramai kawan.. tapi semu...