Chapter 53: Anak Angin

464 41 21
                                    

Aya berjalan masuk ke dalam bilik yang sebelum ini merupakan bilik Rui. Kosong. Barangan milik Rui tidak lagi memenuhi bilik itu. Buku-buku milik Rui tidak lagi ada pada rak buku.

Dia betul-betul telah pergi.

Dia telah pergi.

Aya keluar. Dia berjalan di sepanjang jalan kawasan perumahan itu tanpa arah. Akhirnya kakinya membawa Aya ke taman tempat pertama kali dia dan Rui bertemu. Ya, lelaki yang dia bantu. Lelaki yang tertidur di tengah jalan itu..

Rui.

Ada peluang lagi ke untuk dia bertemu semula dengan Rui? Aya menyentuh dada yang terasa sakit.

Memang benar kata-kata Ken. Dia lembab. Setelah kehilangan, barulah dia sedar. Selama ini dia saja yang fikir Rui dan dia adalah kawan baik. Mungkin Aya salah. Hubungan yang dia mahu mungkin lebih dari itu. Dia terlalu selesa bersama Rui hingga tidak perasaan akan perasaannya.

Kerana Rui sentiasa ada disisi.

Kerana Rui sentiasa ada.

Dia tidak perasan.

Lelaki itu sentiasa ada untuknya.

Tatkala dia sedih, Rui ada disitu untuk membantu. Tatkala dia perlukan bantuan, Rui akan berdiri dihadapannya untuk melindungi. Tatkala dia gembira, Rui akan turut sama ketawa.

Semuanya bersama.

Cuma setelah dia tidak lagi disisi, baru Aya sedar betapa pentingnya lelaki itu. Selama ini dia beritahu dirinya dia sukakan Ken. Mungkin betul, perasaan itu cumalah minat biasa kerana dia mengkagumi Ken. Kerana Ken sentiasa ceria dan tidak seperti dirinya. Kerana Ken rapat dengan semua orang dan mesra, tidak seperti dirinya.

Salahkah Aya, kalau impiannya kini cuma satu..

Mahu bertemu semula dengan Rui?

"Oit.." panggil seseorang.

Aya menoleh. Keningnya bertaut. Dia kenal lelaki di hadapannya itu.

"Perempuan lembab." ejek Vee.

Aya hanya memandang Vee tanpa suara. Sunyi.

Vee mengetap gigi hingga berbunyi. Geram dia dengan perempuan itu. Dia mendekati Aya lalu memberikan buku pada gadis itu dengan kasar. Hampir saja Aya terjatuh kerana ditolak.

"Nah! Untuk kau!" ujar Vee.

Aya memandang buku hitam di tangan. Dia memandang semula ke arah Vee setelah itu. Berkerut dahinya.

"Kau ni bisu ke apa?! Cakaplah sesuatu!" marah Vee. Tidak puas hati pula dengan gadis itu.

Aya melihat buku di tangan sekali lagi. Dia membuka buku tadi dan melihat helaian yang kosong. Setelah itu dia kembali meminta jawapan dari Vee.

"Tch!" Vee merampas semula buku tadi lalu membuka mukasurat di tengah lalu diberikan semula pada Aya.

Aya membaca tulisan yang tercoret pada kertas itu. Tulisan malas milik Rui.

"Buka muka surat belakang." ujar Vee lagi.

Aya menuruti saja arahan Vee. Dia membaca ayat seterusnya. Ayat itu.. ayat yang ditulis oleh Rui.

"Muka surat terakhir." beritahu Vee lagi.

Aya membuka muka surat terakhir.

I love you.
I love you.
I love you.
I love you. I love you. I love you. I love you. I love you. I love you. I love you.
But you kill me.

Boarding House~Full of Love~ (Completed)Where stories live. Discover now