Chapter 36: Harapan

492 51 22
                                    

"Lui? Lui! "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Lui? Lui! "

Dia membuka matanya saat sayup-sayup suara itu memanggil. Cahaya yang menerangi ruang tempatnya berbaring sangat menyilaukan lalu dia kembali menutup matanya.

"Lui! "

Sekali lagi suara itu memanggil. Lui?

Ahh.. dia kenal nama itu. Nama yang sentiasa bermain difikirannya. Nama yang sentiasa tersemat di dalam hatinya.

"Lui, buka la mata tu.. aku tau kau dah sedar. "

Suara itu sekali lagi berbunyi, dengan nada yang gembira seolah-olah tidak sabar mahu berbual.

Tapi..

Suara tu memanggil Lui.

Lui dah lama tinggalkan dunia ni.

Tch!.. tak guna.. kenapa waktu-waktu macam ni lelaki tu nak munculkan diri? Dia menyebabkan aku ingat balik semua perkara yang cuba aku lupa.

Fikirannya ligat berpusing dalam putaran waktu masa silam.

"Lui? Kenapa ni.. bangun la. " suara tadi lembut saja memujuk.

Sekali lagi dia membuka matanya untuk melihat. Seorang gadis sedang tersenyum disisinya. Tanpa menghiraukan gadis itu, dia kembali menutup matanya. Kali ini dia meletakkan lengannya di muka, berharap ia akan menutup segala riak wajah yang muncul.

"Lui. "

Sekali lagi nama itu dipanggil.

Lui, Lui, Lui..

Lui!

Kenapa setiap kali dia mendengar nama itu, hatinya sakit? 

Lui yang lemah lembut, Lui yang pendiam, Lui yang sentiasa tersenyum pada Rui, Lui yang selalu memuji masakan Rui.. Mereka bagai cermin yang berhadapan antara satu sama lain, walaupun nampak serupa namun hakikatnya berbeza.

Lui seorang yang baik hati dan mudah mengalah tak macam Rui yang keras kepala dan cepat marah. Pandangan mata Lui pula sentiasa redup dan penuh kasih berlainan dengan Rui yang sentiasa memandang orang dengan pandangan tajam macam nak cari gaduh. Tapi perkara tu cuma Lui yang faham, sebab sebenarnya abangnya itu rabun tapi degil tak mahu pakai cermin mata. Walau bagaimana keras sekalipun personaliti Rui, dialah orang paling penyayang. Barangkali sebab dia merasakan dia bertanggungjawab, dia perlu lindungi Lui yang lemah. Oleh itu dia perlu kuat supaya dia dapat menjaga lui.

Sejak kecil, Lui ada masalah kesihatan dan jarang keluar rumah. Dia juga tak ke sekolah menyebabkan dia tidak punya kawan. Satu-satunya kawan Lui adalah Rui. Tak ramai orang yang tahu kewujudan Lui. Berbeza dengan Rui yang periang dan mesra, dia punya ramai kawan di sekolah. Setiap kali selepas pulang dari sekolah, Rui akan mengajar Lui tentang apa yang telah dia pelajari. Setelah itu dia akan memasak untuk Lui semata-mata mahukan pujian dari adiknya itu. Walaupun hidup tidak adil dengan Lui, Lui bahagia asalkan Rui menyayangi dirinya. Satu ketika dia pernah ditanya oleh Rui,

Boarding House~Full of Love~ (Completed)Where stories live. Discover now