Chapter 10 : Lagipun apa?

800 78 7
                                    

Lui memandang Aya dan Ken yang sedang berbual macam tak ada apa berlaku di meja makan sewaktu makan malam. Dalam hati kecilnya tertanya-tanya kalau mereka dah berbaik.

Tapi..

Mereka bukan bergaduh pun.

Kenapa nak berbaik?

Lui menghela nafas lega. Baguslah kalau Ken dan Aya dapat bercakap semula macam biasa. Tak ada apa yang perlu Lui risau. Buku ditangannya itu ditatap lama. Dari tadi dia asyik baca baris yang sama.

Pelik.

Lui tak pernah hilang fokus kalau membaca, jadi.. Kenapa?

Pap!

"......."

Terkebil-kebil Lui apabila seseorang menutup dan merampas bukunya itu.

"Bukan ke Puan Teresa dah pesan jangan baca buku kat meja makan?! " suara Nagi membebel buat Lui sakit hati.

Lui pandang Nagi yang sedang makan disebelahnya. Wajah Lui tak ada ekspresi. Dia cuma mahukan bukunya semula.

"Makan la dulu. " beritahu Nagi tanpa melihat ke arah Lui.

Nagi terus menyuap makanan ke dalam mulutnya. Tak peduli pandangan orang lain atau Lui yang Nagi tahu sedang tak puas hati dengannya.

"Nagi nagi jangan buli Lui! " Kyo mencebik.

"Senior Kyo jangan menyampuk! " marah Nagi.

Terus terdiam Kyo. Muka macam nak nangis je. Dia menyorok di bawah lengan Ken. Takut. Nagi kalau marah macam singa betina.

"Senior, jangan la.. Saya nak makan ni. " Ken menolak Kyo.

Yui ketawa.

"Nagi ni garang betul la.. " Yui menyuarakan rasa hati.

Nagi masih buat muka tak bersalah. Peduli apa dia. Kalau dia ikut peraturan, orang lain pun kena buat benda yang sama.

Lui menggigit bibir bawahnya. Nak tak nak kena sambung makan. Dia menyuap dengan laju dan bila makanan dalam pinggannya dah habis, Lui cepat-cepat hantar ke dapur. Pinggannya dibasuh dan tangan dicuci.

Mereka yang melihat sendiri kelakuan Lui yang kelam kabut tu rasa nak ketawa pun ada. Semata-mata nakkan buku dia balik..

"Dah.. Pulangkan balik.. " minta Lui sambil menghulur tangannya pada Nagi.

Nagi ketawa kecil. Bagi aje la buku tu balik.. Suka dia tengok muka Lui yang tak senang duduk bila tak ada buku ditangan. Comel betul. Buat dia rasa nak sakat Lui.

※※※※※※

Tap!

Tap! Tap!

Tap!

Tap! Tap! Tap! Tap!

Tap! Tap! Tap!

"........."

Entah kenapa bunyi ketukan jari-jemari Takaki diatas meja perpustakaan tu mencabar kesabaran betul. Lui mengeluh.

"Lama lagi ke? " tanya Takaki.

Dia cuma peneman. Peneman setia Lui. Sekarang masa subjek Bahasa dan cikgu mereka menyuruh mereka ke perpustakaan untuk membaca buku. Masa kegemaran Lui setiap hari Isnin. Pelajar lain dah lama merayau ke tempat lain.

Boarding House~Full of Love~ (Completed)Where stories live. Discover now