"Yui.. "
"Yui?! "
"Eyargh!? "
Buk!
Semua mata melihat ke arah Yui. Alat tulisnya dah jatuh berterabur bila dia terkejut. Aya bercekak pinggang. Banyak kali dia panggil Yui tapi boleh pula perempuan tu berangan.
"Jom la. Sekarang masa rehat. " ajak Aya.
Yui mengangguk. Setelah dia mengangkat alat tulisnya dibantu oleh Aya, mereka berdua keluar dari kelas untuk ke kafeteria. Sambil itu, sempat lagi Aya melihat ke arah Yui yang lain macam diamnya hari itu.
"Kau okay tak ni? Kenapa senyap je? " soal Aya.
Yui yang baru tersedar dari lamunan tersengih. Dia menggaru kepala yang tidak gatal.
"Err.. Aya tahu je la.. Isnin ni exam. Yui ni tak adalah pandai mana. Macam mana kalau markah gred turun dan kita tak dapat sekelas? " beritahu Yui.
"Huh? Kau risau sampai macam tu sekali? Lagipun lambat lagi nak dapat keputusan. Relax la. Lepas exam cuti pula tu. " Aya berkerut. Tak faham dengan Yui.
"Err.. Tapi.. Tapi.. " wajah Yui dah mula suram. Memang betul dia tak pandai mana. Macam mana kalau dia turun kelas? Dia tak dapat sekelas dengan Aya? Atau.. Macam mana kalau Aya naik kelas? Yui akan tinggal seorang diri!
"Yosh.. Yosh.. " Aya tersenyum. Dia mengusap kepala Yui macam budak kecil.
"Aya~ " Yui merengek manja.
"Oi! Aya.. Nak makan sekali tak? " jeritan seseorang dari belakang menyebabkan mereka berdua menoleh.
"Grrr.. " Yui lantas menarik lengan Aya dan dipeluknya dengan erat apabila matanya menangkap kelibat Ken.
"Er.. Eh? Yui? " Ken terkebil-kebil sambil menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal.
Ken ternampak Aya dari jauh, jadi kakinya laju saja melangkah. Tak perasan pun tentang Yui. Tapi bukan tu masalahnya. Yui nampak macam ibu kucing yang sedang melindungi anaknya dari anjing bulldog. Err.. Dari bulldog, mungkin Ken anjing Pomeranian? Comel sikit.
Ahh.. Tapi peduli apa. Pada pandangan Yui, Ken cuma buaya.. Anjing bulldog yang tak comel. Yaa.. Monyet atau mungkin gorila? Ehh?? Kenapa semua haiwan? Sebab Yui tak pandai maki orang, dia cuma tahu nama haiwan.
"Yui? " panggil Aya tapi Yui sedikit pun tak menoleh ke arahnya. Sebaliknya, Yui sedang memandang Ken dengan pandangan tajam.
"Grr.. Aya, jom! " ajak Yui sambil mengheret Aya bersama dengannya.
"Ehh??! " Ken yang ditinggalkan sendirian disitu cuma mampu melihat.
Dan angin lalu bertiup.
Shiuu~ 🍃🍃
※※※※※※
Aya menghirup air kotaknya sambil memandang Yui yang sedang makan roti. Nampak garang betul. Bila Aya fikir balik, sampai sekarang dia masih tertanya-tanya kenapa Yui tak suka sangat dengan Ken. Walaupun Aya pernah tanya soalan tu, tapi entah kenapa Yui macam sembunyikan sesuatu?
"Hei.. " panggil Aya.
"Hurm? Kenapa? " Yui mengangkat wajahnya sedikit dari makanan di tangan.
"Kenapa kau tak suka Ken? Atau.. Lebih kepada macam kau tak nak rapat dengan dia? " soal Aya, terus terang.
Mendengar soalan sama yang keluar dari mulut Aya buat Yui terkedu. Dia berhenti mengunyah makanan. Entah kenapa fikirannya melayang kepada memori masa lalu. Pada minggu pertama dia baru tiba di bh MOX dan tinggal disitu. Ya.. Pada awalnya, Ken sangat baik dan lebih tepat lagi, hampir membuatkan Yui jatuh hati.
YOU ARE READING
Boarding House~Full of Love~ (Completed)
Ficción GeneralAya, gadis yang comel tak pernah bercinta. Seorang yang selamba dan sentiasa fikirkan tentang kawan-kawannya. Lui, lelaki pendiam dan tak banyak bercakap kalau tak ada hal penting. Suka membaca dan buku adalah segalanya. Ada ramai kawan.. tapi semu...