Chapter 33: Egoist

452 41 19
                                    

" Huwarghh!! Apa aku dah buat?! Kenapa aku cakap macam tu dekat Aya... Haaa.. bodohnya... mesti dia ingat aku ni teruk.. " omel Ken seorang diri saat dia berada di dalam bilik.

Apabila dia teringat semula apa yang terjadi semasa pulang dari sekolah tadi, Ken akan berguling-guling di atas katil sambil menggosok kepalanya dengan kasar. Serabut.

"Arghhh!!" jerit Ken.

Dia membaling bantalnya ke arah pintu dan saat itu juga pintu biliknya dibuka dari luar.

"Urgh.."

Terdengar akan bunyi sungutan dari pintunya itu, Ken terus bangun dari baringnya. Dia melihat ke arah pintu yang mana bantalnya telah disambut oleh Lui.

"Kau dah kenapa masuk bilik aku sesuka hati?" Soal Ken tak puas hati.

"Makan malam.. kenapa kau tak turun makan malam tadi? " tanpa menjawab soalan Ken, Lui terus bertanya soalan yang dari tadi dia sudah tahu jawapannya. Bukannya dia tidak dapat mendengar suara Ken dari luar pintu. Dari awal lagi dia berdiri di depan pintu bilik Ken, menanti masa yang sesuai untuk masuk.

"Tch! Kau ni annoying la.. " rungut Ken dalam nada yang rendah dan perlahan.

"Apa? Kau cakap perlahan sangat la.. aku tak dengar.. " Lui yang tidak dapat mendengarnya menyoal.

Ken mengeluh.

"Apa yang kau kisah.. aku turun makan ke tidak, bukan masalah kau kan?"

Melihat wajah Ken yang masam mencuka, Lui terdiam. Lama dia memerhati Ken tanpa sebarang kata.

"Keluarlah.. " halau Ken. Dia kembali berbaring di atas katil tanpa mempedulikan Lui. Tangannya memeluk erat bantal peluk kesayangan.

"Oi.." panggil Lui apabila dirinya tidak dipedulikan.

"Oi.."

"Oiiii...."

"Oiiiiiiiiii~ "

"Oiiiiii~ Oiiiiiiiiiiiiiiiiiii~ "

😬💢 huwarghhh... Ken merungut dalam hati.. annoying betul budak ni..

"Diamlah! " sabar Ken tercabar.

"Ehehe.. " Lui ketawa kecil.🙌

Melihat reaksi Lui yang sangat luar dari kebiasaannya itu membuatkan Ken terkaku seketika. Ken kembali duduk di atas katilnya sambil memandang ke arah Lui yang nampak gembira. Lelaki tu.. lelaki tu ketawa! 😨

"Baguslah.. Ken dah kembali jadi Ken.. " ujar Lui perlahan setelah tawanya reda. 😳

Terkebil-kebil Ken saat itu.

"Kau.. kau ni.." Ken hilang bicara.

"Dari petang tadi lepas balik sekolah, kau diam je.. makan malam pun tak turun, lepas tu kau langsung tak beri reaksi yang selalunya kau bagi dekat aku.. " ujar Lui.

"Aku.. risaukan kau.. kalau kau ada masalah bagi tahulah aku.. " sambung Lui lagi.

Saat itu Ken rasa seperti dirinya ditipu. Cis.. sekali lagi Lui melayannya seperti itu. Tapi Ken tak akan mengalah. Dia tak mahu mengaku kalah dengan Lui.

"Keluarlah!! " jerit Ken lalu melompat turun dari atas katil. Dia menolak Lui keluar dari biliknya lalu pintu ditutup dan dikunci.

"Eh???" Lui yang tidak memahami apa-apa hanya mampu membuat muka terkejut. Dia menyentuh bibirnya lembut sambil memikirkan kesalahan dalam cara pujukannya. Melihat pintu bilik Ken yang telah dikunci, Lui hanya mampu menyimpulkan satu perkara.

Lui tak berjaya pujuk Ken.😩

Dalam masa yang sama, Ken bersandar pada pintu biliknya. Mulutnya ditekup dengan tangan. Wajahnya merah. Malu. Sungguh dia tak sangka yang Lui akan datang memujuknya sebegitu. Cis.. tak guna betul.. Ego lelakinya tercabar!

Boarding House~Full of Love~ (Completed)Where stories live. Discover now