Chapter 21 : Ingin Tahu

664 67 12
                                    

Melihat jalan raya yang tidak terlalu banyak kereta pada hari itu buat Aya rasa teringin nak mencuba lalu di atasnya. Kakinya melangkah palang jalan raya yang memisahkan tempat penjalan kaki dan laluan kenderaan.

Tapi sebelum sempat dia langkah sebelah lagi kaki untuk ke jalan raya, begnya ditarik dari belakang membuatkan Aya kembali semula ke tempat penjalan kaki.

"Bahaya la.. " suara Lui kedengaran di telinga.

Aya tersengih sambil melihat lelaki itu yang mana sebelah tangannya itu sedang memegang buku manakala sebelah lagi masih memegang beg Aya.

"Kau baru balik? " tanya Aya dengan muka selamba.

Lui mengangguk. Dia melepaskan beg Aya.

"Masa nak exam macam ni cuma kelas kita berdua je yang buat kelas tambahan. Lagi bagus kalau Ken ada sekali.. Hurm.. " Lui pandang ke depan tapi pandangannya lebih jauh dari tu. Dia berharap nak balik sekolah sekali dengan Ken. Berbual dengan lelaki itu dengan lebih banyak lagi.

Aya juga turut mengangguk. Sebelum ni dia balik sekolah dengan Ken tapi kelas Ken tak ada kelas tambahan. Cuma dia dan Lui yang selalu balik lambat. Yui pula lepas kelas tambahan akan terus ke aktiviti kelab.

"Lepas exam ni cuti seminggu.. Kau nak buat apa? " soal Lui sambil berjalan sekali disisi Aya. Matanya tidak lepas dari membaca buku ditangan sambil itu.

"Balik rumah aku la.. Lepas tu tak pasti lagi nak buat apa. " jawab Aya.

"Oh.. Aku pun.. " beritahu Lui.

♬♪♬♪♬♪♬♪♬♪

Bunyi nada dering telefon Lui membuatkan dia mengeluh. Aya memandang ke arah Lui yang kini telah menjawab panggilan tersebut.

"Erm.. Apa? " tanya Lui, kasar saja bunyinya. Tapi memang gayanya macam tu, gaya pemalas.

Apa? Aya berfikir sendiri. Lui tengah cakap dengan siapa? Macam malas je nak jawab telefon tu gayanya.

"Erm.. Okay.. Tak perlu risau.. Mama tu yang kena jaga diri sendiri.." sekali lagi Lui bercakap macam gaya nak marah.

Wajah Lui berubah masam. Aya yang melihat dah pelik. Bagaimana orangnya mama Lui ni ya? Mama Lui yang bercakap dengan Lui di talian. Lui macam sedih je nampak.

"Tak perlu risau la! " akhirnya Lui menutup telefonnya.

"Tch! "

Terkejut Aya bila Lui buat macam tu. Tak pernah dia nampak Lui yang sakit hati atau geram sampai macam tu sekali. Tapi beberapa saat lepas tu Lui okay balik. Wajahnya kembali kepada asal macam selalu. Wajah tak ambil kisah.

"Mama Lui telefon? " Aya beranikan diri untuk bertanya.

Lui mengangguk.

"Kenapa macam tak suka je? " soal Aya lagi.

"Bukan tak suka.. Cuma dia asyik risaukan perkara yang tak perlu dia nak risau pun. Patutnya dia perlu risaukan diri dia sendiri.. " jawab Lui.

Aya menunduk melihat kakinya yang melangkah. Lui.. Dia sayangkan mamanya.. Cuma mungkin Lui tak pandai nak tunjukkan kasih sayangnya? Aya rasalah. Sebab Lui macam jenis yang berkasar dengan orang yang dia sayang sebab dia malu.. Mungkin..

Yeke?

"Ohh.. Kau marah ke? Sebab nada kau macam marah.. " Aya bertanya lagi. Dia nak tahu.. Nak tahu dengan lebih lagi.. Tentang semua orang.

"Mana ada. Kalau aku marah, aku tak bercakap. " pendek saja balasan dari Lui.

"Kenapa tak bercakap? "

Boarding House~Full of Love~ (Completed)Where stories live. Discover now