Chapter 30 : Rindu

532 50 18
                                    

Aya menghela nafas berat. Cuti seminggu terasa lama. Entah kenapa dia rasa seperti mahu pulang semula ke bh MOX. Aya tak faham dengan hati dan perasaannya sendiri. Susah betul. Sedang dia sibuk melayan perasaan, saat itu jugalah bunyi mesej masuk.

[Hai. 😊]
-Ken-

Sebaris kata pada skrin telefonnya mengundang senyuman. Aya pantas menaip untuk membalas mesej tersebut.

[Hai juga..😄]
-Aya-

Send.

Tidingg!!

Pensel yang sedang dipegang Ken terus ditolak ketepi apabila bunyi mesej dari Aya masuk. Dia yang sedang sibuk menyiapkan kerja rumah dari tadi terasa bosan. Disebabkan itu jugalah dia menguatkan semangat untuk menghantar mesej pada Aya. Tak sangka pula Aya akan balas secepat itu.

[Buat apa?]
-Ken-

Send.

Tidingg!!

Aya yang hanya berbaring saja di dalam biliknya terus bangun dan duduk di atas katil. Walaupun mereka berdua berjauhan dan hanya berkomunikasi dengan teks mesej, entah kenapa Aya tetap rasa gembira. Aya.. Tak sabar nak jumpa Ken.

[Duduk saja.. Kau dah makan belum? Jangan lupa makan dan jangan asyik belajar je sampai lupa benda lain.]
-Aya-

Send.

Tidingg!!

Dengan pantas Ken mencapai telefon dan membaca mesej tersebut lalu ketawa kecil. Tangannya laju menaip balasan.

[Kau ingat aku Lui ke baca buku sampai tak ingat dunia? 😂]
-Ken-

Send.

Tidingg!!

Aya ketawa apabila menerima balasan dari Ken. Nama Lui pula yang dia petik. Bila ingat balik.. Aya rindu Lui juga. Aya rindu mereka semua di bh MOX.

[Tak sabarnya nak balik semula ke bh MOX. Nak jumpa semua orang.. ]
-Aya-

Send.

※※※※※※※

Lui memandang langit yang mendung. Awan gelap bagai tidak sabar mahu mencurahkan segala isi yang ada. Begitu juga hati Lui. Berat tidak tertahan tapi air mata tidak juga mahu mengalir. Akhirnya hanya keluhan saja yang keluar dari mulut.

Kemana saja dia pergi kehadirannya bagai langsung tidak dialu-alukan. Sukarnya untuk mendapatkan perhatian membuatkan Lui putus asa dan hanya berdiam diri. Biar berapa ramai sekali pun yang mengatakan Lui tak ada perasaan dan tidak ambil peduli..

Lui tahu siapa dia yang sebenarnya. Lui tahu suatu hari nanti akan pasti ada yang datang padanya dan katakan,

"Kau dah berusaha kuat.. Kau tak perlu risau dan rehatlah.. Lepaskan penat kau dan biar aku yang lindungi kau.. "

Sedang sibuk Lui melayan perasaannya, satu tangan menyapa bahunya membuatkan Lui menoleh. Senyuman yang diberikan oleh manusia yang berdiri dibelakang Lui itu tampak sangat kepalsuannya. Mata tajam Lui merenung penuh keraguan.

"Ahahaha.. Tak perlu la kau pandang aku macam tu.. Lagipun kau bukannya selalu balik rumah. Sekali sekala.. " suara lelaki yang lembut dan merdu ketawa kecil sambil menegur pandangan Lui.

Lui dengan pantas menepis tangan yang berada pada bahunya sebelum bangun dan berjalan pergi dari beranda rumahnya. Kakinya melangkah semula ke bilik di tingkat tiga. Pintu bilik ditutup dan dikunci. Terus badannya dihempas atas katil empuk lalu kedua tangannya digenggam erat pada dadanya yang terasa sesak.

Boarding House~Full of Love~ (Completed)Where stories live. Discover now