Chapter 27 : Hadiah

535 57 22
                                    

Tanpa sedar, jari Lui telah menyentuh bibirnya saat dia mula berfikir. Memang tabiatnya begitu sejak kecil. Dia sendiri pada asalnya tidak sedar tentang perkara tersebut.

Key chain yang dibungkus cantik dipandang lama. Ken suka ke dengan hadiah yang dia bagi ni? Lui banyak kali berfikir. Dia tak suka kecewa. Walaupun tak tunjuk, tapi sebenarnya hati kecil itu cepat terasa.

Akhirnya dia mengeluh dan pintu bilik didepannya itu dibuka.

"Ken! " panggil Lui dengan mesra.

"Hoit! Siapa suruh kau masuk suka hati?! " Ken yang sedang menconteng sesuatu pada buku tulisnya itu menggelabah.

Dengan laju, tangan Ken menyorok buku tadi ke bawah buku teks yang terbuka di atas meja belajar. Lui yang perasan buat bodoh. Dia tersenyum kecil pada Ken.

"Nah.." Lui yang masih berdiri di depan pintu bilik Ken membaling bungkusan hadiah tadi.

"Otto! " Ken menyambut.

Melihat bungkusan kecil dalam tangannya itu, wajah Ken berubah kelat. Dia membuka bungkusan tadi dan menunjukkan key chain yang Lui beli tergantung pada jarinya.

"Kau biar betul? Macam ni ke bagi kawan? Nak bagi, bagi la elok-elok. " bebel Ken apabila sedar tentang cara Lui memberi bungkusan tadi padanya.

"Kawan? Jadi sekarang kita kawan? " Lui menyengetkan kepalanya sedikit lalu merehatkan kepalanya pada dinding di tepi pintu.

Mata Lui tidak lepas dari memerhati Ken yang tidak puas hati dengannya. Sengaja, Lui mengenyitkan matanya beberapa kali.

"Dah la! Keluar! Tak guna!! " jerit Ken sambil mengambil bantalnya lalu dibaling pada Lui. Malu apabila disoal sebegitu oleh Lui.

Ketawa yang dari tadi Lui tahan akhirnya pecah juga. Dia sempat menyambut bantal yang dibaling oleh Ken lalu dibawa keluar bersama dengannya.

"Oi! Bantal aku! " Ken mula bangun untuk mengejar Lui tetapi Lui lebih pantas.

Lelaki itu menutup pintu biliknya. Ken yang tidak sempat menahan pintu daripada ditutup hanya mampu menggigit bibir. Geram tapi dalam masa yang sama gembira juga. Sikit la. Sikit saja gembiranya tu. Ingat juga Lui nak beli hadiah untuknya.

Ken mengeluh lalu turun untuk ke dapur tapi langkah kakinya terhenti di tengah tangga apabila kelibat seseorang memasuki pandangan mata. Mereka berdua terhenti disitu. Masing-masing tidak bergerak dan tidak pula bersuara.

"......."

Ken menggaru kepalanya yang tidak gatal. Rasa janggal sebab apa yang berlaku antara mereka sebelum ni. Dimana Ken ditinggalkan sendirian tanpa penjelasan.

Melihat si empunya badan tak bersuara, Ken memandang pelik. Kedua tangannya disorokkan di belakang, macam nak sembunyikan sesuatu. Arah tangga yang didaki pula membuatkan Ken mengumpul kekuatan untuk bertanya juga. Sebab tingkat atas.. Bilik lelaki.

"Aya nak kemana? " soal Ken.

"Urm.. " Aya tertunduk.

Bungkusan hadiah dalam tangan Aya digenggam erat. Dia mencari Ken dibawah tadi tapi tak jumpa. Lepas tu Aya ingatkan nak tengok-tengok saja, mana tahu yang Ken akan turun tangga. Tak sangka pula lelaki tu betul-betul turun tangga dalam masa yang sama dengannya nak mendaki tangga.

Bibir bawah digigit perlahan oleh Aya. Entah kenapa tadi dia okay je tapi bila sekarang dah berhadapan rasa susah pula nak bagi hadiah yang dia beli pada Ken. Pelik. Jantungnya berdegup laju secara tiba-tiba. Kenapa jadi susah pula ni?

"Aya? " panggil Ken apabila gadis itu cuma mendiamkan diri. Tangannya menyentuh bahu Aya dengan lembut.

Rasa tangan Ken yang menyentuh bahunya membuatkan Aya terkejut. Dia mendongak sedikit untuk melihat Ken yang lebih tinggi tapi bila sedar yang wajah mereka terlalu dekat, terus Aya lari turun semula.

"Eh? " Ken cuba menarik tangan Aya namun tidak sempat.

Sekali lagi Aya tinggalkan dia sendirian tanpa penjelasan. Berkerut dahi Ken. Dia berjalan turun dan mencari kelibat Aya. Setelah melihat gadis itu di ruang tamu, Ken menyusun langkahnya.

"Aya.. Aku ada buat salah dengan kau ke? " soal Ken dari belakang.

Aya masih belum menoleh pada awalnya tapi bila dengar soalan Ken dengan nada yang sedih buat Aya musykil. Terus dia menoleh, memandang Ken yang tertunduk macam pesalah.

"Ha? " selamba saja muka Aya.

"Kau.. Macam lari dari aku.. Kenapa? " tanya Ken lagi, masih tertunduk melihat lantai.

Saat itu Aya ketawa kerana sedar yang mereka berdua sebenarnya dah salah faham antara satu sama lain.

"Aya? " Ken akhirnya memandang muka Aya yang nampak ceria saja ketawa.

Setelah habis tawanya, Aya mengelap sisa air mata. Rasa lawak masih belum hilang sebenarnya, tapi..

Aya menghulurkan tangannya yang mengandungi bungkusan kecil.

"Nah.. Untuk kau.. " Aya tersenyum.

Entah kenapa sekarang rasa senang pula nak beri hadiah yang dia beli.

"Eh? Aku? Kau.. Betul ke nak bagi aku? " Ken menunjukkan jarinya pada dirinya sendiri. Tak percaya.

"Un! " Aya mengangguk.

Setelah bungkusan tadi bertukar tangan, Aya memerhati wajah Ken yang nampak bersinar-sinar.

"Aya.. Thanks.. " ujar Ken sambil menunjukkan senyuman yang paling lebar. Dia rasa bahagia sangat saat itu.

Melihat Ken yang begitu gembira, entah kenapa hati Aya rasa macam ditarik sesuatu. Terus Aya larikan pandangannya lalu dia berlari naik ke biliknya. Sempat dia mengucapkan selamat malam pada Ken sebelum dia berlalu pergi.

Masuk saja ke dalam biliknya, Aya menutup pintu lalu dikunci. Dia bersandar pada pintu. Pelik. Jantungnya tak mahu duduk diam. Berdegup laju. Mungkin penat mendaki tangga atau..

Wajah Ken yang tersenyum melekat di fikirannya. Entah kenapa sejak kebelakangan ni Aya asyik teringat akan lelaki itu. Masa nak pilih hadiah apa nak dibeli pun, dia asyik ingat Ken.

Dia masih sukakan kau..

Kata-kata Lui macam gam, melekat kukuh dalam ingatan. Aya tahu dia tak adil. Dia yang menolak luahan perasaan Ken sebelum ni jadi kenapa? Kenapa sekarang? Perasaan apa yang Aya rasa sekarang ni? Aya tahu dia tak boleh beri harapan palsu pada Ken. Lagipun.. Betul ke apa yang Lui katakan? Suka lagi ke Ken pada Aya?

※※※※※※※

Ken menutup pintu biliknya lalu dikunci. Mana la tahu kalau-kalau Lui akan datang menyergah lagi. Bukan boleh percaya sangat lelaki tu. Setelah itu dia melihat bungkusan yang Aya beri tadi. Secara automatiknya bibir Ken menguntum senyuman bahagia. Dia memang tak dapat nak sorok perasaannya.

Bungkusan itu dibuka dengan penuh cermat. Setelah itu lama Ken memandang hadiah didalam bungkusan tersebut. Matanya beralih pula pada key chain yang Lui beri tadi. Kemudiannya dia pandang semula hadiah Aya. Entah kenapa satu keluhan kecil keluar dari mulutnya.

Key chain yang diberi Aya diangkat bersama dengan key chain yang Lui beri. Beberapa saat selepas itu dia tersenyum lemah.

"Apa la yang kau orang fikir ni? Bagi aku hadiah yang sama... " Ken membebel.

Rasa macam nak ketawa tapi Ken diamkan saja. Biar ni jadi rahsia dia. Hadiah yang sama tapi orang yang memberinya berbeza. Jadi.. Sekarang apa yang Ken nak buat dengan dua key chain ni?

Boarding House~Full of Love~ (Completed)Where stories live. Discover now