Aya berjalan balik sambil membaca majalah ditangan. Lui yang berjalan disebelahnya dah berkerut.
"Aya.. Kau baca apa dari tadi? " tanya Lui. Dia pun nak tahu juga.. Berminat bila tengok Aya khusyuk betul baca.
"Umm.. Pasal artis ni.. Dia dah kahwin juga akhirnya. Dia cerita tentang kisah cinta dia.... " balas Aya sambil mata masih merenung tulisan pada majalah.
Hehh~ Lui buat muka teruja.
"Kau pun minat baca benda macam tu ke? Maksud aku.. Tentang cinta? " tanya Lui lagi.
Aya dah berhenti membaca. Majalah ditangan ditutup dan dia mendongak ke langit.
"Un.. " pendek saja dia menjawab sambil mengangguk.
"Hoohh.." mulut Lui terbuka macam orang yang baru nampak kek buat kali pertama.
Hurm.. Kenapa kek? Sebab kek tu sesuatu yang boleh buat orang teruja!
"Aya.. Maaf la kalau aku tanya ni.. Tapi.. Apa perasaan kau pada Ken eh? " secara tiba-tiba, Lui bertanya setelah itu.
Aya menoleh ke arah Lui. Lui tak pandang Aya, sebaliknya lelaki itu hanya menunduk memandang jalan.
"Eh? Kenapa.. " Aya dah pelik. Apa yang Lui tanya.. Sama macam yang Ken tanya di sebelum ni??
".......... "
Bila tengok Lui cuma diam, Aya berfikir sendiri.
"Ken.. Aku rasa dia sangat ceria.. Selalu tersenyum dan dia layan semua orang dengan baik.. " jawab Aya akhirnya.
"Hmm.. " Lui mengangguk tapi lepas tu dia tak ada pula tanya apa-apa.
"Kau? Tadi kau tanya aku sama ada aku berminat baca tentang kisah cinta.. Kau pun sama ke? " Aya bersuara setelah itu.
Aya pun nak tahu juga. Saat itu Lui menyentuh bibirnya dengan lembut. Dia pandang ke langit juga. Langit biru. Aya berhenti berjalan apabila mereka lalu di sebuah taman di kawasan perumahan.
"Jom! " Aya menarik Lui ke arah buaian di taman.
Terkejut lelaki itu apabila diheret oleh Aya yang teruja. Tapi Lui cuma tersenyum saja selepas itu. Aya duduk di atas buaian lalu dihayun. Apabila melihat Aya yang gembira, Lui turut sama duduk di buaian sebelahnya lalu buaian itu dihayun perlahan.
"Jawapan kau? Untuk soalan aku.. " Aya bersuara. Masih tidak lupa akan soalannya tadi.
"Urm.. by Louis de Bernières.. When you fall in love, it is a temporary madness. It erupts like an earthquake, and then it subsides. And when it subsides, you have to make a decision. You have to work out whether your roots are to become so entwined together that it is inconceivable that you should ever part. Because this is what love is. Love is not breathlessness, it is not excitement, it is not the desire to mate every second of the day. It is not lying awake at night imagining that he is kissing every part of your body. No ... don't blush. I am telling you some truths. For that is just being in love; which any of us can convince ourselves we are. Love itself is what is left over, when being in love has burned away. Doesn't sound very exciting, does it? But it is!" "
Aya yang dari tadi menghayun buaian terhenti. Dia pandang Lui yang tersenyum sambil melihat langit di sebelahnya. Lelaki tu memang hebat.. Sentiasa buat Aya kagum dengannya. Lui.. Sangat matang bagi Aya.
"Dari buku yang kau baca? " soal Aya. Dia menyambung menghayun buaian.
Lui mengangguk.
"Heh.. Hebatnya kau.. Lagi? Ada lagi tak perkara lain tentang cinta? " mata Aya dah bersinar-sinar, teruja gila dia nak tahu lebih lagi.
Lui ketawa membuatkan sekali lagi Aya terhenti. Terkedu. Lui ketawa. Setelah itu Lui mula bersuara lagi.
"In vain I have struggled. It will not do. My feelings will not be repressed. You must allow me to tell you how ardently I admire and love you." beritahu Lui sambil pandang Aya dengan pandangan yang redup.
Saat itu Aya rasa macam suara tersekat di tekaknya. Macam Lui yang cakap dan luahkan cintanya pada Aya.
Aaa... Lui.. Lelaki ni memang pelik dan susah nak difahami.
"by Jane Austen. " sambung Lui setelah dia berhenti seketika.
Aya ketawa apabila sedar dari lamunan. Aduh.. Suara Lui ni kadang-kadang boleh buat orang yang mendengarnya tenggelam dalam dunia sendiri. Kata-katanya.. Tingkah lakunya.. Hurm..
"Jadi.. Macam mana nak tahu kalau kita jatuh cinta? " tanya Aya. Kali ni dia dah pandang ke depan, menghayun buaiannya dengan laju.
Kening Lui terangkat sebelah mendengar soalan Aya. Macam-macam betul perempuan ni..
"Urm.. Aku rasa... “He stepped down, trying not to look long at her, as if she were the sun, yet he saw her, like the sun, even without looking.” by Leo Tolstoy. Kau akan tahu kau suka seseorang tu.. Bila kau rasa macam tu.. Mungkin.. " ujar Lui, sambil itu dia menyentuh bibirnya dengan jari.
Ketawa Aya pecah lagi. Dia kagum! Kagum dengan Lui yang mampu ingat benda yang di baca. Tapi dalam masa yang sama dia rasa lawak bila semua benda Lui nak cakap, dia ambil ayat penulis buku yang dia suka.
"Kalau ayat kau sendiri? " tanya Aya.
"Ayat aku? "
"Un.. "
"Aku rasa.. bila kau berjauhan dengan orang tu, kau rasa sunyi dan bila kau dekat dengan dia, kau gembira tapi dalam masa yang sama kau malu. Kalau boleh nak buat semua perkara bersama.. Kau nak kongsi segalanya dengan orang tu. Masa ni.. Kau akan sedar yang kau sukakan dia. Kau sedar yang kau nak buat dia bahagia.. Dan kau akan berusaha lebih dari sebelum ni. " panjang jawapan dari Lui.
Aya yang tadinya diam mendengar, merenung Lui yang nampak sayu. Kenapa.. Lui macam sedih?
"Kau ada sukakan seseorang ke? " tanya Aya. Entah dari mana datangnya soalan tu, Aya sendiri terkejut. Tadi dia yang beriya nak tahu tentang cinta tapi sekarang ni Aya dah macam berdebar-debar jantung bila mulutnya terlepas cakap.
Lui macam terkejut juga, tapi terus dia buat muka biasa dia yang macam selalu. Lui melihat Aya disisi.
"Um.. Ada. " pendek saja jawapan Lui. Lelaki itu tersenyum kecil.
Eh?
Mulut Aya terbuka sikit tapi terus dia tutup lepas tu. Tercengang sekejap. Jadi.. Lui pun ada orang yang dia suka..
Aya pula? Entah la.. Aya tak pasti tentang perasaannya. Ken pun.. Lelaki tu sukakan Aya tapi Aya tak boleh nak faham kenapa. Lui... Agaknya bagaimana orang yang Lui suka tu? Kenapa Lui sukakan orang tu?
"Kau.. Rindukan dia tak? Orang yang kau suka tu. " tanya Aya sambil melihat Lui yang berhayun diatas buaian dengan perlahan.
"Erm.. Sebab aku selalu jumpa dia.. Tapi kalau aku tak dapat jumpa dia aku akan rindukan dia la.. " jujur Lui menjawab.
"Ohh.. Orang yang kau suka tu.. Mesti dia gembira kalau dengar. Ahaha.. Bertuahnya siapa perempuan tu.. " Aya tersengih.
"Kalau kau? Kau gembira ke kalau orang cakap macam tu kat kau? Yang dia rindukan kau? " soal Lui.
Aya mengangguk. "Un! "
Bibir Lui membentuk senyuman.
"Aha! Okay la.. Jom balik! " ajak Aya apabila dia perasan mereka dah lama duduk berbual di taman tersebut.
Lui juga turut bangun apabila Aya bangun dari buaian. Perempuan itu berlari anak keluar dari taman dan melambai mesra pada Lui.
"Laju sikit jalan! " Aya tersengih.
Lui menggeleng kepalanya. Apa-apa sajalah Aya ni..
YOU ARE READING
Boarding House~Full of Love~ (Completed)
General FictionAya, gadis yang comel tak pernah bercinta. Seorang yang selamba dan sentiasa fikirkan tentang kawan-kawannya. Lui, lelaki pendiam dan tak banyak bercakap kalau tak ada hal penting. Suka membaca dan buku adalah segalanya. Ada ramai kawan.. tapi semu...