Lui melihat sekelilingnya..
Bilik Aya~ 😮😮
Aya yang duduk disebelah dengan wajah masam tu dipandang. Gadis itu memeluk anak patungnya lalu patung itu ditumbuk-tumbuk. Geram. 😤
"Tak guna punya Ken! Ish! Kenapa pula dia nak marah tiba-tiba ni?! " Aya membebel sendiri.
"Kau lupa sesuatu.. " tegur Lui.
Aya menoleh ke arah Lui, terhenti sudah penumbuknya itu.
"Ken.. Dia masih sukakan kau la. " beritahu Lui.
Aya terdiam. Bila Lui cakap tentang perkara tu baru Aya perasan. Dah berapa lama masa berlalu sejak Ken luahkan perasaan dia? Tiga minggu? Empat minggu.. Yang lalu?
Lui masih memandang Aya tapi bila Aya macam tak mahu menoleh ke arah lain, Lui mengeluh dan tertunduk. Dia yang tadinya duduk bersila tu terus berbaring pada atas lantai.
"Kau pergi la salin baju tu.. " Lui bersuara sambil matanya dipejamkan. "Dah siap kejut aku. "
Baru saja beberapa saat berlalu, Lui dah pun terlelap. Tak berkelip mata Aya melihat Lui. Biar betul.. Lelaki ni memang boleh tidur kat mana-mana je ke?
※※※※※※
Kyo meregangkan tangannya lalu dia menyarung selipar sebelum keluar untuk ke taman mini bagi menghirup udara malam yang nyaman. Wajahnya ceria saja.
Eh?
Kyo menghentikan langkahnya apabila bangku yang baru saja dia fikir nak duduk tu dah ada orang lain duduk dulu.
"Ken? Tak tidur lagi? " tegur Kyo dengan senyuman mesra sambil mendekati Ken.
Juniornya itu hanya duduk sambil merenung bintang pada langit. Langit malam itu cerah.
"Sedih? " soal Kyo apabila dia duduk di sebelah Ken.
Wajah monyok dan masam Ken tu ditenung.
"Senior Kyo pula? Kenapa malam-malam ni tak tidur lagi? " Ken bertanya pula kali ni tapi tak pula dia pandang Kyo.
"Hurm.. Saja nak hirup udara malam. " beritahu Kyo.
Ken mengeluh.
"Ada masalah? Nak cerita? "
Ken masih berdiam tapi Kyo masih belum mahu mengalah.
"Kalau Ken ada benda yang nak cerita, saya sudi dengar. "
Akhirnya Ken pandang Kyo.
"Saya tak sengaja buat Aya sakit hati.. Saya tinggikan suara pada dia. Tapi..entah kenapa rasa cemburu tu.." suara Ken lirih saja membuka cerita. Dia rasa bersalah yang amat. Dia tahu dia tak patut buat macam tu..
Kyo memandang Ken kali ni dengan mata yang terkebil-kebil.
Eh?
Ehhhhh????
"Ken.. Sukakan Aya?! " soal Kyo terkejut.
Merah sudah wajah Ken apabila Kyo bertanya macam tu. Kyo ketawa kecil tapi lepas tu dia mengeluh dengan senyuman pada bibir.
![](https://img.wattpad.com/cover/107498233-288-k785669.jpg)
YOU ARE READING
Boarding House~Full of Love~ (Completed)
Fiction généraleAya, gadis yang comel tak pernah bercinta. Seorang yang selamba dan sentiasa fikirkan tentang kawan-kawannya. Lui, lelaki pendiam dan tak banyak bercakap kalau tak ada hal penting. Suka membaca dan buku adalah segalanya. Ada ramai kawan.. tapi semu...