Kyo merenung gadis yang sedang menyiram pokok bunga di taman mini dengan senyuman. Awal-awal pagi lagi dah rajin. Sambil tu Kyo sandarkan belakangnya pada palang tingkap biliknya yang betul-betul menghadap taman mini depan bh MOX.
Setelah puas menatap wajah yang dia rindu tu, Kyo terus keluar dari bilik untuk bersiap. Hari-hari cuti macam ni, dia nak berjoging.
"Senior.. Selamat pagi~ " tegur Lui yang baru bangun. Dia menguap sebelum tutup pintu biliknya tu.
"Eh? Bangun dah.. Ahaha.. " Kyo ketawa.
Lui menggosok matanya yang kabur.
"Nak keluar joging? " soal Lui.
Kyo mengangguk.
"Bye.. " Lui melambai lalu dia turun dahulu ke dapur.
Kyo tersenyum melihat Lui yang selalu buat apa dia suka tu. Langsung tak pernah kisah hal lain. Bebas buat apa yang dia mahu.. Ahh.. Kyo pun mahu jadi macam tu tapi.. Kyo tak mungkin boleh abaikan perasaannya.
※※※※※※
Lepas bersiap menukar pakaian sukan, Kyo turun dan bersenam dahulu di depan taman mini. Sebelum keluar nak berjoging, regangan kena buat juga.
"Hari ni pun berjoging? " soal satu suara.
Kyo berhenti buat regangan. Dia menoleh ke arah Nagi yang sedang menyisir rambut panjangnya dengan jari. Setelah itu tangannya mencapai pula getah paip yang tadinya dia letakkan pada bangku.
"Tak habis lagi menyiram? " tanya Kyo dengan senyuman biasanya.
"Belum.. Nak siram tanaman kebun pula lepas ni. " beritahu Nagi dengan gayanya yang cool macam selalu.
Lepas memasang getah paip pada paip air, Nagi menarik getah panjang tersebut ke laman belakang. Kyo hanya melihat Nagi yang hilang dari pandangannya apabila dilindungi di sebalik dinding.
"......."
Kyo kembali membuat regangan. Setelah dia rasa bersedia, dia berlari anak keluar dari bh MOX dan seterusnya ke jalan. Aahh.. Kali ni pun Kyo tak dapat nak halang perasaan dia.. Dia gembira bila dapat bercakap dengan perempuan tu..
Perempuan yang sejak dulu lagi dia cuma mampu pandang dari jauh..
※※※※※※
Aya menyuap roti bakar ke dalam mulutnya. Telur hancur dalam pinggannya tu pula dimain-main dengan sudu.
Ken ketawa.
Aya memandang Ken yang duduk di hadapannya itu lama.
"Kenapa? Makan la betul-betul. " tegur Ken.
Lelaki tu sedang memegang cawah teh. Air teh yang masih lagi panas tu buat Ken tak dapat nak habiskan air dia dengan cepat. Ken duduk memerhati Aya yang sedang makan. Sejak tadi dia asyik tersenyum sendiri.
"Kalau kau pandang aku macam tu.. Macam mana aku nak makan? " tanya Aya.
Ken ketawa kecil. Dia kemudiannya meminta maaf sebelum memandang ke arah lain.
"Selamat pagi.. " suara malas Lui kedengaran.
Lui berjalan ke meja makan dengan wajah yang seperti selalu, tak ada reaksi atau perasaan.
![](https://img.wattpad.com/cover/107498233-288-k785669.jpg)
YOU ARE READING
Boarding House~Full of Love~ (Completed)
General FictionAya, gadis yang comel tak pernah bercinta. Seorang yang selamba dan sentiasa fikirkan tentang kawan-kawannya. Lui, lelaki pendiam dan tak banyak bercakap kalau tak ada hal penting. Suka membaca dan buku adalah segalanya. Ada ramai kawan.. tapi semu...