Ken mencebik sambil duduk menongkat dagu di atas sofa. Matanya memerhati Aya yang sedang ketawa mendengar lawak jenaka dari Rui yang sedang duduk di atas pangkin di luar. Jarak antara Ken dan dua orang itu tidaklah jauh mana kerana ruang tamu terletak di sebelah sliding door menuju ke pangkin.
Hati Ken masih geram kerana dipermainkan oleh Rui. Bila dia dapat tahu yang dia salah tafsir kata-kata Rui sebelum ni, barulah dia sedar betapa bodohnya dia. Rui tak menipu apabila dia cakap yang Lui dah tak ada lagi. Cuma Ken yang tidak memahami maksud disebalik kata-kata itu.
Melihat Rui yang sentiasa tersenyum dan ketawa buat Ken rasa Lui yang sebelum ni macam tak pernah wujud. Sangat berbeza sekali perangai mereka. Sekarang boleh dikatakan semua yang berada di bh mox telah mengetahui tentang Rui. Selepas Ken dikenakan oleh Rui, Puan Teressa telah menerangkan keadaan sebenar kepada semua orang.
"Grrr.. tak guna betul... " Ken membebel seorang diri.
Dia betul-betul geram dengan Rui. Lelaki tu buat Ken risau tak tentu pasal. Bukan tu je, tapi sejak Rui kembali semula kepada dirinya yang asal, dia menjadi sangat rapat dengan Aya. Pergi mana-mana pun tak berenggang membuatkan Ken cemburu.
"Aarrghh! "
Ken akhirnya berlari ke arah Rui dan Aya lalu mencelah dan duduk diantara mereka berdua. Wajahnya dimasamkan.
Rui terdiam terus saat itu. Lawaknya terhenti membuatkan Aya tertanya-tanya kisah seterusnya.
"Ken?" Aya bersuara hairan.
"Tak adil! Rui.. jadilah Lui balik! Aku lagi suka bila kau diam je dan tak cakap apa-apa.. " Ken mengadu.
Saat itu satu senyuman muncul di wajah Rui. Dia memandang Ken sambil disengetkan sedikit kepalanya membuatkan rambut depannya yang panjang jatuh menutup dahi. Aya yang melihat pula entah kenapa terasa malu sendiri. Dia teringat akan pakcik yang dijumpainya sebelum ni. Mereka betul-betul serupa.
"Apa..apa? Kenapa kau tak cakap apa-apa? " Ken cemas apabila dipandang sebegitu oleh Rui. Terasa seram sejuknya. Bukan boleh kira Rui yang sekarang ni. Ada saja akalnya nak kenakan orang.
"Aahh.. bukan ke kau cakap kau lagi suka aku diam dan tak cakap apa-apa? " beritahu Rui, hilang sudah senyumannya diganti dengan wajah selamba tak ada perasaan.
Ken menggigit bibirnya. Terasa geram sangat.
"Aarghh~ aaaa! " Ken menggosok rambutnya dengan kasar sehingga kusut.
"Ke..Ken? " Aya memanggil. Pelik dengan lelaki itu yang nampak serabut.
"Aya! Jom masuk.. pedulikan budak ni! " ajak Ken sambil menarik tangan Aya dan dibawanya perempuan itu untuk masuk ke dalam.
"Eh?!" Aya agak terkejut kerana dia tiba-tiba saja ditarik oleh Ken. Namun langkah kaki Aya terhenti apabila sebelah lagi tangannya ditarik dari belakang. Ken juga turut berhenti berjalan.
Aya memandang Rui yang memegang tangannya selepas itu beralih semula kepada Ken yang juga memegang tangannya yang sebelah lagi.
YOU ARE READING
Boarding House~Full of Love~ (Completed)
Fiksi UmumAya, gadis yang comel tak pernah bercinta. Seorang yang selamba dan sentiasa fikirkan tentang kawan-kawannya. Lui, lelaki pendiam dan tak banyak bercakap kalau tak ada hal penting. Suka membaca dan buku adalah segalanya. Ada ramai kawan.. tapi semu...