Chapter 38: Vee

448 44 38
                                    

Setelah seminggu berada di hospital, barulah Rui dibenarkan pulang ke rumah. Raina mengemas barang-barang Rui yang akan dibawa pulang bersama. Sempat juga dia mengerling ke arah anaknya itu yang sedang merenung ke luar tingkap. Entah apa yang dia fikirkan pun Raina tak pasti.

"Lui.. jom balik.. " panggil Raina setelah dia selesai mengemas barang dan dimasukkan ke dalam beg.

"Ma.. agaknya sekarang ni Lui bahagia tak? " soalan cepu emas entah dari mana keluar dari mulut Rui, membuatkan Raina terkejut.

"Kenapa.. kamu tanya? " soal Raina, berhati-hati saja dia kerana takut Rui terkecil hati.

"Rui gagal lindungi adik Rui.. dan dia mati. Mesti Lui benci dengan Rui, kan ma? Sebab Rui biarkan dia mati.. " lemah saja nada Rui menjawab.

Raina menekup mulutnya. Hatinya bagai direntap saat mendengar kata-kata anaknya itu. Anaknya.. baru saja menggelarkan dirinya Rui!

"Ru..Rui? " panggil Raina.

Rui menoleh ke arah ibunya sebelum dia tersenyum kecil. Raina yang melihat terus mengalirkan air mata. Sudah 10 tahun dia tidak melihat senyuman itu. Senyuman anaknya, Rui.

"Oh.. Rui! " Raina lantas memeluk tubuh Rui yang lebih tinggi darinya itu dengan perasaan yang bercampur baur.

Rui membalas pelukan ibunya. Kepala Raina diusap lembut oleh Rui. Dia tahu salahnya dan betapa dia bersikap dingin sebelum ini dengan Raina.

"Maaf. " sepatah saja ucapan dari Rui namun cukup buat Raina untuk rasa bahagia.

"Un.. Ma maafkan.. " balas Raina sambil tersenyum. Dia meleraikan pelukan lalu mengusap pipi Rui. Sudah besar anaknya itu. Fikirannya semakin matang.

"Raina, dah ke? " satu suara garau menegur dari arah pintu sekaligus mematikan suasana bahagia antara dua beranak itu.

"Ahh.. sudah. " Raina menjawab setelah dia menoleh ke arah lelaki yang hampir separuh umur itu. Ginn.

Mereka kemudiannya berjalan ke tempat letak kereta. Segala urusan untuk keluar hospital telah diselesaikan oleh Ginn. Rui hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan untuk pulang ke rumah. Dari tempat duduk belakang, dia memandang lelaki yang sedang memandu itu dari cermin di tengah.

Lelaki itu nampak segak dan muda walaupun umur sebenarnya telah melebihi 40 tahun. Lelaki yang dimaksudkan adalah ayah tirinya. Sepuluh tahun lalu ibunya telah bercerai dengan ayahnya setelah ayahnya dijatuhkan hukuman penjara. Setahun kemudian, Ginn muncul dan melamar ibunya.

Bukannya Rui benci ayah tirinya itu.. tapi ada sesuatu yang dia tidak suka tentang lelaki itu. Sifatnya yang suka mengarah.. Rui paling tidak suka hidupnya diatur dan dia juga tidak suka apabila ibunya disuruh berbuat itu dan ini. Perkara lain yang Rui tidak suka selain lelaki itu adalah anaknya.

Ginn ada seorang anak yang lebih muda dari Rui dengan bekas isterinya yang sebelum ini. Vee. Walau macam mana Rui cuba untuk berbaik atau menyukai adik tirinya itu.. ianya adalah perkara mustahil. Vee selalu cari gaduh dengan Rui sehingga Rui hilang sabar.

Selain itu, Ginn dan Vee juga adalah antara orang yang mengetahui tentang kisah Rui dan Lui. Dalam erti kata lain, selain Raina dan ayahnya dipenjara, cuma Ginn dan Vee  saja yang tahu tentang diri Rui.

Ginn pula langsung tidak ambil peduli tentang Vee menyebabkan Rui betul-betul panas hati dengan ayah tirinya itu. Sebagai ayah, bukankah dia patut mengawal anaknya itu supaya menjaga perangai?

"Rui.. kita dah sampai. " tegur Raina.

Saat itu barulah Rui perasan yang dia telah tiba di rumah. Keluar saja dari kereta, Rui memandang rumah agam yang besar dihadapannya. Ginn datang dari keluarga berada. Sejujurnya sejak Raina berkahwin dengan Ginn, hidup mereka anak beranak sangat senang. Tetapi sedikit pun Rui tidak mengharapkan duit lelaki itu.

Boarding House~Full of Love~ (Completed)Where stories live. Discover now