Chapter 32: Sedar

466 45 29
                                    

Hanya dengan melihat kelibat Ken dari jauh, jantung Aya berdegup dengan kencang. Sejak bila? Aya sendiri tak pasti. Kenapa?

"Aya? Tengok apa? " tegur Ken yang dari tadi perasan akan pandangan serius Aya. Sejak dia mengajak Aya pulang bersama selepas habis kelas lagi, gadis itu hanya berdiam diri.

"Heh? Haaa.." Aya yang tersedar dari lamunan terus gugup. Tapi wajahnya masih biasa, menyembunyikan perasaan gelisah yang mulai hadir. Langkah kaki mereka terhenti di tepi jalan.

Ken yang berdiri tidak jauh dari Aya terus melangkah, mendekati Aya.

"Sejak tadi lagi kau asyik diam je.. kau ada masalah ke?"

Kali ini Ken sudah berdiri betul-betul dihadapan Aya. Ketinggiannya yang lebih tinggi berbanding Aya memaksa Ken untuk menundukkan sedikit badannya. Wajah aya direnung lama. Dekat.

"Hihh!! " terkejut dengan tindakan Ken yang secara tiba-tiba mendekatinya menyebabkan Aya menolak Ken dengan kuat. Hampir saja Ken yang tidak seimbang tubuhnya itu jatuh terduduk. Wajah Aya semakin merah.

"Hoi.. kalau ya pun kau tak suka aku, jangan la sampai tolak macam tu. Kau ni dah kenapa? Tch! " hampir saja sabar yang dikumpul selama ini hilang. Ken berpaling melihat ke arah lain. Tidak sanggup melihat Aya. Entah kenapa sejak kebelakangan ni susah betul dia nak bercakap dengan Aya.

Kalau Ken cuba pun, Aya akan larikan diri atau ubah topik lain yang tak ada kena mengena atau Aya akan diam sahaja. Apa salahnya pun Ken tak pasti. Hatinya sakit.. sakit apabila Aya melayannya sebegitu. Mungkin juga Ken terlalu sukakan Aya sehingga jika Aya tidak memberinya perhatian, dia akan berasa sunyi.

"......"

Mulut Aya terbuka sedikit bagai hendak memberitahu sesuatu namun tertutup semula setelah melihat Ken yang telah pun memalingkan tubuhnya. Langsung tidak mahu berhadapan dengan Aya.

Tangan yang dari tadinya berada disisi digenggam erat oleh Aya. Sesaat kemudian tangannya diangkat seolah-olah cuba untuk meraih Ken yang kini berdiri membelakanginya. Namun tangan tadi cepat saja digenggam semula apabila suara Ken memecah kesunyian antara mereka.

"Maaf.. aku tak pasti apa salah aku kat kau. Kalau aku ada buat sesuatu yang boleh buat kau benci aku, aku minta maaf.. " ujar Ken dalam nada yang rendah dan perlahan tapi cukup untuk Aya mendengarnya.

"Heh? " bagai pertama kali mendengar kenyataan sebegitu, Aya yang terkejut hanya mampu berdiam diri.

Ken mula melangkah, kali ini sedikit pun tanpa berpaling melihat Aya. Kakinya terus melangkah menjauhi gadis itu yang masih kaku berdiri disitu.

"Bu.. bukan.. Ken.. tak salah.. " suara Aya sangat perlahan. Terlalu perlahan sehingga Ken langsung tidak dapat mendengarnya. Wajah Aya yang dari tadi hanya tertunduk mulai mendongak sedikit ke arah Ken.

Melihat Ken yang semakin menjauh bagai merobek hati Aya. Kenapa? Melihat kelibat Ken yang pergi meninggalkan dirinya membuatkan hati Aya sakit. Kenapa?

"Heh?"

Bagai baru tersedar dari mimpi, Aya meraba pipinya yang terasa basah. Air mata? Sejak bila.. dia menangis?

Ken yang semakin jauh menghilang.. tangan Aya bagai menggapai angin namun dia tidak dapat menyentuh Ken. Jauh. Lelaki itu telah jauh melangkah.

"Tak.. tak mahu.. Ken.. " suara Aya serak.

Kakinya melangkah.

Dia mulai melangkah.

Perlahan.

Semakin lama semakin laju.

Dan sejak bila, dia kini berlari mengejar Ken yang telah melintas di simpang jalan.

"Ken.. " panggilannya perlahan.

"Ken..! " semakin lama semakin kuat.

"Ken! "

Pinnn!!!!!

"Ayaaa!!!!!"

Bunyi hon kereta bagai memekak telinga. Bingit. Sehingga memadamkan suara yang memanggil nama Aya.

Semuanya berlaku dengan pantas. Sangat pantas.

"Aya! Aya!!! " namanya dipanggil berulang-ulang kali. Baru tersedar dari kejutan yang diterima, Aya terduduk menyandarkan badannya pada penyelamat dibelakang.

Terkebil-kebil mata Aya melihat tangan yang merangkul pinggangnya dari belakang. Kereta yang hampir saja melanggar Aya tadi telah lama berlalu pergi. Degupan jantung Aya sangat laju. Begitu juga dengan degupan jantung yang dapat dirasai oleh Aya dari belakangnya.

"Hah..hah.." nafas yang tercungap-cungap dibelakangnya itu terasa seperti mimpi.

"Kau ni..hah.. hah.. " suara lelaki itu terasa sangat dekat dengan telinganya.

Kali ini tangan yang tadinya merangkul pinggang Aya mula memeluk tubuh kecilnya dari belakang.

"Kau nak bunuh diri ke apa?! " marah suara itu lagi.

Air mata Aya masih lagi mengalir. Tanpa disedari, air mata tadi mulai deras mengalir. Akhirnya Aya menangis teresak-esak seperti anak kecil. Dia baru sedar sesuatu. Sesuatu yang sangat penting.

"Haish.." satu keluhan muncul dari mulut si penyelamat lalu tangannya mengusap kepala Aya untuk menenangkan si gadis.

"Lui.." panggil Aya dicelah tangisannya.

"Apa? " soal Lui yang masih setia menjadi tempat penyandar Aya.

"Aku.. aku sukakan Ken.. " beritahu Aya sambil mengelap air mata yang masih tersisa.

Lui mengeluh namun dia masih mengusap kepala Aya.

"Aku tahu.. aku.. tahu tu.. " jawab Lui, tenang.

"Macam mana ni.. Ken.. Ken dah pergi.. " adu Aya pada Lui seolah-olah anak kecil kehilangan sesuatu.

"Haish.." Lui bangun dari duduknya lalu membantu Aya untuk berdiri.

Lama Lui memerhati Aya sebelum dia mengeluarkan sapu tangan dari dalam poket seluar. Kemudian dia mengelap muka Aya yang comot dengan air mata. Setelah itu dia mengelap juga tangan Aya yang basah.

"Lui. " panggil Aya.

"Hmm.. "

Aya memandang Lui yang seperti biasa, wajahnya tidak mempamerkan apa-apa reaksi. Apa yang lelaki dihadapannya itu fikirkan pun Aya tak pasti. Tapi.. Aya perasan sesuatu saat itu. Lelaki ni..

"Kalau kau pandang aku macam tu.. " suara Lui memecah sunyi membuatkan Aya tersedar dari fikirannya.

Lui yang dari tadi menundukkan wajahnya untuk mengelap tangan Aya kini mendongak sedikit. Dia melihat kedalam mata Aya yang sudah merah kerana menangis. Sebentuk senyuman dibibir Lui membuatkan Aya terasa seolah-olah masa terhenti seketika saat itu.

"Jom balik.. " tegur Lui sambil mengusap kepala Aya tanpa menyambung ayatnya tadi.

"Eh?"

Aya yang masih tidak faham dibiarkan begitu saja tanpa penerangan. Melihat Lui yang telah mula berjalan, Aya turut sama ikut. Dari belakang, mata Aya masih lagi tidak lepas dari memandang beg yang disandang oleh Lui.

Pada beg itu, tergantung keychain yang amat dikenali oleh Aya. Keychain yang mereka pilih bersama untuk orang yang Lui suka.

Ken..

Dalam fikiran Aya, mampu ke dia dan Ken bina hubungan seperti Lui dan orang yang Lui suka tu?

Sekarang ni pun Aya masih tak mampu untuk terangkan pada Ken tentang salah faham antara mereka.

Perkara tersebut hanya mampu membuat Aya menggigit bibir. Adakah dia sedar akan perasaannya terlalu lambat?

Tak.. Aya masih belum mula..

Dia masih di titik mula.

Boarding House~Full of Love~ (Completed)Where stories live. Discover now