Chapter 40: Ken dan Rui

474 52 37
                                    

Sejak pulang ke bh mox, Rui langsung tak bercakap dengan sesiapa. Ibunya telah memberitahu perkara sebenar kepada Puan Teressa jadi orang lain selepas Aya yang mengetahui rahsia Rui dah bertambah. Cuma sekarang ni Rui tak tahu macam mana nak terangkan pada orang lain. Terutama pada Ken.

Disebabkan itu, dia duduk berkurung di dalam bilik. Melihat jam yang semakin berganjak ke pukul 5 petang, Rui akhirnya bangun dari katil lalu meletakkan buku yang telah habis dibaca olehnya ke atas rak. Dia berjalan ke tingkap lalu langsir diselak sedikit.

Dari tingkat atas, dia dapat melihat taman belakang bh mox. Bibirnya membentuk satu senyuman saat matanya menangkap sepasang kelibat yang sedang berbual mesra di atas bangku. Entah kenapa dia merasa geli hati apabila melihat pasangan itu.

"Meow~ " kakinya digesel saat itu oleh kucing kesayangan.

Rui mengangkat si gemuk itu lalu memeluknya sambil menuding jari ke arah tingkap.

"Tengok tu gemuk.. Akhirnya senior berjaya pikat hati Nagi.. " Rui memberitahu kucingnya seolah-olah si comel itu faham kata-katanya.

Sejak awal lagi sebenarnya Rui dah perasan akan perasaan Kyo terhadap Nagi. Dia sejujurnya sentiasa menyokong Kyo dengan berharap yang Nagi akan jatuh hati pada seniornya itu. Disebabkan itu jugalah Rui tak pernah beri apa-apa harapan pada Nagi walaupun gadis itu sangat baik terhadapnya.

"Pfftt.. Ken dengan Aya dah balik dari sekolah. " Rui bersuara lagi saat matanya melihat Ken dan Aya yang berjalan perlahan-lahan di belakang Kyo dan Nagi.

Mereka berdua dengan sengaja mengejutkan pasangan itu sehingga merah padam muka Nagi kerana malu. Gelak ketawa mereka dapat didengari oleh Rui dari tingkat atas. Ahh.. Rui berharap yang dia juga dapat sertai mereka.

"Nampaknya cuma kita berdua je la.. " Rui bercakap dengan kucingnya sekali lagi lalu dia mengusap kucing putih yang gebu itu dengan penuh kasih.

Rui kemudiannya kembali semula ke atas katil dan berbaring menghadap atap biliknya.

※※※※※※※※※※※※※※※

Tuk!

Tuk! Tuk!

Pintu bilik Rui diketuk dari luar. Dengan malasnya dia bangun untuk membuka pintu.

"Apa?! " kasar saja Rui menjawab saat dia melihat Ken yang berdiri di hadapannya dengan wajah yang serius.

Ken yang melihat reaksi Rui agak terkejut. Selama ini dia tidak pernah sekali pun melihat lelaki itu bersikap sedemikian. Namun diyakinkan juga diri untuk bertanya.

"Lui.. kau.. ada apa-apa yang jadi ke antara kau dengan Aya? " soal Ken sambil mengelak untuk bertembung mata dengan Rui. Dia menggosok belakang lehernya.

Rui berkerut mendengar soalan Ken.

"Itu ke yang kau nak tanya lepas aku baru balik sini? " soalan Ken tidak dijawab oleh Rui sebaliknya dia pula yang menyoal.

"Hah? " sekali lagi Ken terkejut. Membulat matanya melihat lelaki di hadapannya saat itu.

"Ingatkan kau kawan baik aku. " balas Rui lalu menutup semula pintu biliknya namun sempat ditahan oleh Ken.

"Nanti! "

Rui terhenti. Dia menjeling Ken membuatkan Ken terasa seram sejuk. Entah kenapa Ken merasakan yang dia tidak kenal orang di depannya itu.

Boarding House~Full of Love~ (Completed)Where stories live. Discover now