Chapter 43: Forty-Three

447 41 39
                                    

Rui menguap beberapa kali sebelum akhirnya dia terlelap juga berbantalkan lengannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rui menguap beberapa kali sebelum akhirnya dia terlelap juga berbantalkan lengannya. Tanpa mempedulikan cikgu yang sedang mengajar, dia tenggelam dalam mimpinya sehingga kelas berakhir.

"Rui, jadi.. semua orang dah tahu? Tentang kau." soal Takaki sambil mengambil tempat dihadapan Rui saat cikgu telah keluar dari kelas.

Rui yang baru terjaga dari tidur, masih lagi bermalas-malasan di tempat duduknya. Dia berbaring diatas lengannya sambil memandang ke arah Takaki. 

"Hmm.." pendek saja balasan dari Rui.

Takaki melihat sahabatnya itu yang sememangnya dikenali sejak kecil. Rui. Walaupun hanya untuk sementara, Takaki pernah mengenali dan berjumpa dengan si kecil Lui. Kembar Rui yang sentiasa bersembunyi di belakang Rui.

"Hehh.. Aku berani bertaruh yang semua cakap perangai kau berbeza dengan adik kau tu." Takaki bersuara sambil ketawa kecil.

"Tch!" Rui menjeling Takaki namun perkara tersebut hanya membuatkan lelaki itu ketawa.

"Tengok tu, merajuk. Masa kau berlakon jadi Lui, langsung tak ada perasaan. Sekarang ni terlebih perasaan pula. Ni apa ni? Semua perasaan yang selama ni kau simpan ke?" sekali lagi Takaki mengenakan sahabatnya itu.

"Diamlah, nerd." tajam nada suara Rui.

Takaki terdiam. Terasa seram sejuknya apabila direnung sebegitu oleh Rui. Kali terakhir dia direnung sebegitu adalah semasa dia berjumpa dengan Lui buat pertama kali di rumah mereka. Takaki mengatakan yang Lui bercakap terlalu perlahan dan asyik bersembunyi di belakang Rui. Entah kenapa komennya itu membuatkan Rui naik angin.

"Lui boleh buat apa je yang dia suka! Lui boleh jadi apa je yang dia nak! Selagi aku ada, aku akan lindungi dia! " jerit Rui pada Takaki sebelum memukul kepala Takaki dengan buku yang digulung.

Haa.. Takaki masih ingat betapa sakitnya dia dipukul.

"Err.. maaf." laju saja Takaki memohon maaf daripada sahabatnya itu. Pengalaman mengajar dirinya supaya jangan mencari pasal dengan lelaki di hadapannya itu.

"Eh?" tanpa mempedulikan Takaki, Rui lebih menumpukan perhatiannya di luar tingkap kelas mereka.

"Kenapa?" Takaki turut memandang ke arah yang dilihat oleh Rui.

Tidak jauh dari kawasan pagar sekolah mereka, ada seorang pelajar lelaki dengan uniform sekolah yang berbeza dikelilingi oleh beberapa orang pelajar senior sekolah mereka.

"Oi.. Rui.. budak tu.." sebelum sempat Takaki menghabiskan ayat, sahabatnya itu terlebih dahulu berlari keluar dari kelas.

"Oi! " panggilan Takaki tidak dihiraukan oleh Rui. Entah kenapa badannya bergerak dengan sendiri. Walaupun fikiran Rui menjerit supaya dia berpatah balik dan kembali semula ke kelas, badannya itu tetap terus berlari. Mungkin, tubuhnya lebih jujur dari fikirannya.

Boarding House~Full of Love~ (Completed)Where stories live. Discover now