1

917 35 2
                                    

Pengalaman ini berlaku ketika aku baru berpindah kerumah baruku.Masa tu kira tak ramai lagi orang yang berpindah ke kawasan perumahan ku ini (rumah apartment) .Hanya beberapa keluarga sahaja termasuk aku yang merupakan penghuni terawal block C.

Perasaan seram mmg ade pada malam pertama aku tidur di rumah baruku maklumlah aku pun sorang kat dalam rumah 2.Dengan hanya beralaskan toto dan 2 biji bantal aku tidur di tengah tengah ruang tamu yang kosong tanpa kerusi dan langsir bayangakan kalau ade benda yang menjengah kat tingkap atau kat sliding door tentu kecut perut .

Sebelum tidur aku membaca surah yasin dan beberapa surah lain.Lampu toilet kunyalakan supaya suasana tidak terlalu gelap.Perasaan seram mula menyelinap ketika jam 1 pagi..mata amat sukar nak tidur rasa panas rimas dan berpeluh di tengah tengah ruang tamu yang kosong tu.

Aku memberanikan diri membuka tingkap cermin rumahku supaya angin boleh masuk dan mendiginkan sedikit suasana dalam rumahaku yang kosong tanpa perabot.Aku baring semula dan terlelap tiba 2 aku terjaga terdengar bunyi air paip dibuka dengan deras di bilik air rasa pelik aku terus bergegas ke bilik air untuk menutup paip ....pelik paip air tak terbuka pun..

bulu roma meremang aku terus baring semula sambil membaca beberapa potong ayat walaupu rasa tak tentu arah aku terus memejamkan mata .

Tak sampai 10 minit aku berbaring terdengar pulak bunyi guli
yang melantun pulak dari atas siling atas rumah bunyi sekejap kuat sekejap perlahan tapi ianya jelas. Bayangakan pukul 2 pagi sapa yang main guli ?aku terus berselimut terdengar bermacam macam bunyi diselang seli dengan buyi guli jatuh bunyi kerusi di tarik,bunyi air paip berpeluh peluh aku dalam selimut tu.

Ayat kursi yang aku baca pun dah bersimpang siur dan berbalik balik.
Akhirnya aku terlelap dalam jam 4 pagi aku terjaga lagi bunyi guli menggangu lagi kali ini lebih kuat dan tiba tiba bunyi dummmm..seakan daun pintu yang di hentam angin kuat aku bigkas bangun dan memerikasa pintu bilik atau ade pintu yg terbuka aku mmg sure semua pintu bilik dan toilet aku tutup rapat ntahlah aku mula letih dan teramat mengantuk aku baring semula sedar 2dah jam 7 pagi.

selepas mandi aku ke tingkat atas blok ku untuk memeriksa dari mana datangnya bunyi guli dan kerusi malam tadi...tiada siapa pun yang pindah kat blok atas lagi semua rumah masih kosong.

Tengahari itu aku kesurau taman sebelah dan berjumpa dengan pak imam yang dikenali sebagai hj bakar aku menceritakan kisah aku padanya penjelasanya bunyi guli dan semua itu mmg ada dan itu adalah perbuatan jin yang menghuni dalam rumah aku katanya jangan risau kalau rajin baca yasin dan al quran insyalllah bunyi itu semua akan hilang.

kini hampir 3tahunaku disini bunyi2 aneh masih ade tapi sudah amat berkurangan hanya sesekali kedengaran selepas magrib tapi tak pernah ku hiraukan lagi.

Cerita Seram Where stories live. Discover now