jeritan Ady, Ady pengsang tidak sedarkan diri.
.......................................................................................................
Riuh rendah Kampung Selarong Hulu, orang kampung menemui Ady tidak sedarkan diri terdampar ditepi motor honda 70 dengan penuh selut tanah merah dibadan.
Ady demam seminggu, kisah Ady bertemu makhluk yang menyeramkan heboh satu kampung. Semua orang kampung sudah tidak berani berkeliaran selepas pukul 10 malam. Bob juga rasa bersalah, disebabkan dia Ady diganggu makhluk halus, kalau dia tidak melayan lama bakal bapa mertuanya pasti benda ini tidak akan menimpa Ady dia menyesal.
Namun setiap tengah malam di hujung kampung, di sebuah pondok yang tidak diketahui kewujudannya, seorang tua mengusap-ngusap kepala tengkorak yang diasapkan.
Mahkluk berkain putih merengus, sambil bertenggek di atas bumbung pondok, orang tua itu berkali-kali berpesan mengajar perkataan pada mahkluk berkain putih.
"Jangan pandang aku"yak tidur tiba-tiba dadanya sesak.
"Kenapa aku tak boleh bernafas ni" suara hati Eja berbukam, berusaha mengumpul sepenuh tenaga.Rasa seperti ditindih, berat sangat, ini kali pertama dia ditindih.
"Kalau berdepan dengan makhluk dunia lain, Eja jangan panik, tenang dan tarik nafas, ucap Allahhuakbar" masih terngiang-ngiang suara ibunya menasihati Eja bila dia mengadu ada gangghuan di rumahnya 2 tahun yang lalu."ALLAHUAKBAR" Eja membuka matanya dan matanya tertacap makhluk yang sedang menindih tubuhnya, hampir betemu muka dia dengan makhluk tanpa wajah itu."ALLAHUAKBAR" laungan kali kedua membuatkan makhluk tanpa wajah itu melayang lesap hilang.
Sudah kebiasaan Eja tidur dengan lampu bilik air biliknya terpasang, jadi dia dapat melihat susuk tubuh Makhluk tersebut.
"Kenapa aku yang diuji" Eja mengeluh, sudah 2 tahun dia menetap di rumah yang dibelinya.Rakan guru juga yang mencadangkan dia membeli rumah di taman Rose Jaya. Murah katanya, dengan dia yang baru mula bekerja sudah tentunya ingin mencari rumah yang murah, beli lebih baik dari menyewa.
Dalam 2 tahun itu juga dia diganggu dengan makhluk-makhluk halus, namun tidak pernah dilihatnya, hanya terdengar orang berjalan, dan juga bunyi orang memasak di dapur, ada satu malam tu Eja pernah mendengar namanya dipanggil, melilau Eja mencari siapa yang memanggil tapi hampa tiada siap pun di situ.
Pernah satu hari, Makhluk tu siap letak kasut kerja Eja di hadapan rumah, sebelum tu kasut Eja berada di dalam almari kasut."Kau kena cari orang tengokkan rumah tu Eja" pernah Nurul sahabat baiknya bersuara risau dengan dirinya yang sering diganggu tapi eja hanya memuang sepi cadangan Nurul. Eja merebahkan diri diatas katil, Eja mengeluh lagi melihat lekuk ditepinya, lekuk itu seperti ada kesan orang yang tidur disebelahnya.
Siapa? Dia pun tidak pasti makhluk apa yang tidur disebelahnya. Selagi dia tidak merasakan ganguan dari apa-apa makhluk yang tidur sebalahnya dia tidak gentar.
Eja akhirnya terlena dengan imbauan gangguan makhluk Allah dari alam lain.
.............................................................................
Nurul tersenyum melihat kelibat Eja yang sudah siap berada di dewan makan Kem, dia berlari anak mendapatkan Eja. Hairan Nurul dengan sahabatnya itu, dari mana datangnya kekuatan diri.
Pulang rumah pukul 2 pagi , pukul 8 pagi sudah terpacak di Kem tempat mereka mengadakan Perkhemahan Pengakap Sekolah.
"Eja, tak penat ker kau semalam balik umah sekarang dah sampai, kalau kau tak datang pun tak apa aku leh uruskan bahagaian kau tu""Eh.. menyinga nanti Tn pengetua Haji Maaruf kita tu, tak pasal-pasal aku kena buat surat tunjuk sebab kat abang aji kita" pecah tawa Nurul mengenangkan wajah garang Tn Pengetua jika amarahnya datang.
"Nurul" perlahan Eja memanggil Nurul macam ada galau dihati."Yer" perlahan juga jawapan Nurul
"Katil aku patah pagi tadi"
"Apa" terlopong mulut Nurul
"Kau bergurau yer"
"Aku tak gurau" murung wajah Eja, Nurul rasa bersalah"Mari kita duduk dulu" Nurul memimpin tangan Eja duduk di kerusi dewan makan, Nurul diam menunggu bicara Eja seterusnya. Eja menceritakan kejadian pagi tadi penampakan makhluk berkain putih
"Pagi ni dalam pukul 6 aku terjaga, bila merasakan sentak katil ku roboh, nasib baik katil aku tak tinggi kalau tidak senak juga la perut aku" Nurul masih lagi diam
"Aku nak cari orang tengokkan rumah aku Nurul" Nurul berasa gembira bila Eja menyurakan hasrat hatinya"Alhamdulillah, aku ada pakcik yang boleh berubat jenis-jenis makhluk halus ni, tapi sekarang dia ada di Johor, nanti aku call dia, apa-apa nanti aku rojer kau"
"Yer ker, alhamdulillah, terima kasih Nurul" lapang dada Eja............................................................................
Eja berasa sangat letih, dia membaringkan diri diatas katil yang roboh, dibuangnya sisi katil hanya tingal para kayu katil dan tilam diatas lantai, besok baru dia akan keluar mencari katil baru.
Dalam kira-kiraan Eja, berat badan dia baru 50kg, mustahil katil kayu boleh roboh sungguh hairan.Dalam dia mengelamun Eja ternampak satu kelibat lembaga putih melintasi pintu
Bersambungan....

ANDA SEDANG MEMBACA
Cerita Seram
TerrorCerita benar dari pengalaman orang yg pernah kena kacau dengan mahluk halus. ..ada sedikit cerita rekaan tapi terpulang kenapa yg membaca utk percaya atau tidak semua cerita seram nie Persanan kepada pembaca.. Kalau dh rasa lain mcm bile baca baik k...