OUIJA BOARD 2

172 3 0
                                    

Cinta punya pasal saya tak kisah kalau dia tipu saya sekalipun. At least call la saya. Ni tak...senyap terus. Tapi saya masih mengharapkan diri dia and cinta dia. Dalam masa yang sama saya masih lagi call dia setiap masa dan as usual, tak berangkat.

Untuk hilangkan rasa frust menonggeng saya, saya keluar ke Ipoh jalan sorang2. Tengok wayang sorang, shopping sorang2.

Tak lama lepas tu, kawan sekolah saya dulu yang main spirits tu dengan saya sedang bercuti semester dar Florida State University balik ke Malaysia. Saya kuar dengan dia jalan2 sambil nak lupakan frust menonggeng saya ni.

Kawan saya ni tanya saya ni dah ada boyfriend ke belum...so, saya cerita pada dia pasal si Roslan ni dari A to Z. Apa lagi, kawan saya ni terkejut dan tiba2 dia recalled something that happened few years back. Dia cakap macam ada kebetulan yang disengajakan antara kisah saya dan Roslan dan spirits saya dan kawan saya main dulu.

Dia cakap dulu spirits tu mengatakan nama dia ROSLAN. Lelaki yang saya kenal ni namanya Roslan juga. Lepas tu spirits tu kata dia asal UTARA. Roslan saya berasal dari Kuala Nerang, Kedah.

Lepas tu spirits tu mengatakan yang Roslan ni dulu kerja AQUA(kerja yang berkaitan dengan air)... Roslan saya pulak kerja sebagai penternak ikan air tawar. Terlalu banyak kebetulan...

Lepas tu tiba2 sahaja saya rasa tak sedap badan. Tiba2 je saya rasa tekak saya loya. Saya cakap kat kawan saya, saya nak balik rumah. So, saya balik rumah. 

Malam tu tiba2 sahaja saya demam. Maybe saya pikir saya demam rindu pada Roslan. Demam sampai menggigil2 badan. Bapak saya bawak saya ke klinik and ke hospital, still demam saya tak baik2.

Ntah camana 1 malam ni, pukul 12 tengah malam tiba2 telefon rumah saya bordering. Apa lagi, seronok la saya sebab saya tau yang call tu mesti Roslan.

Punya la rindu saya pada dia. Masa tu saya demam, saya tak pedulik terus bangun angkat phone rumah.

Tapi yang seramnya bila saya bagi salam dan cakap hello, yang saya dengar hanya bunyi sunyi dah hening di sebelah sana. Lepas tu saya panggil, “Abang?”... setiap kali saya panggil abang, yang saya dengar hanya bunyi hembus nafas...

saya cakap kenapa dia tinggalkan saya tanpa khabar berita tapi yang saya dengar hanya bunyi hembus nafas seorang lelaki...

Lepas tu saya diganggu dengan bunyi selama 5 malam berturut2... dalam masa yang sama demam saya masih tak baik2. Mula2 saya OK je dengan bunyi hembus nafas tu tapi malam ke 3 saya dah mula rasa seram sejuk. Rasa lain. Disebabkan rasa takut saya cabut wayar telefon.

Saya ingatkan saya dah cabut wayar telefon tu gangguan dah takdak. Tapi ada lagi bila pukul 12 tengah malam hembusan nafas tu saya dengar di telinga saya pulak. Seolah2 suara hembusan nafas tu ada dalam bilik saya.

Disebabkan rasa takut, saya bagitau bapak saya dan bapak sayapun bawak pergi berubat secara kampung dengan seorang pakcik ni sebab masa tu demam saya makin teruk. Pakcik ni cakap ada benda ikut saya dan berkenan dengan saya.

Saya ceritakan dari A to Z camana saya kenal Roslan, main spirits tu semua.

Pakcik tu cakap syaitan ni akan menyesatkan dan mengganggu manusia dalam apa cara sekalipun so sebagai manusia kita mesti ada pendinding dari semua ni. So, pakcik ni cakap sebelum tido, saya kene minum air yang dibekalkan pakcik ni dan pakcik ni cakap selalu ingat Allah dan berzikir sepanjang masa.

Pakcik ni pesan lagi apa saja barang Roslan yang diberi pada saya mestilah dibakar. So, segala surat2 Roslan saya bakar.

Tapi sebelum saya bakar surat2 Roslan tu, saya tangkap gambar surat2 tu dulu sebagai bukti benda ni jadi pada saya. Tapi pakcik ni pesan jangan tangkap gambar atau simpan apa sahaja yang ada kene-mengena dengan Roslan sebab takut benda tu taknak tinggalkan saya.

So, saya buang Kodak(gulungan filem dalam camera sebab zaman saya dulu mana ada camera guna memory card) dan lepas tu saya baik dari demam.

Nombor telefon rumah sayapun saya dah tukar tapi gangguan still ada. So, bapak saya tamatkan talian telefon rumah dan pakai handset. Masa tu handset dah murah sket dah.

So, terpulang pada pembaca semua untuk menilai cerita saya. Saya tak suruh pembaca percaya cerita saya sebab saya rasa permainan seru roh macam OUIJA BOARD ni bagi saya, ntah la... saya agak skeptic sket tapi bila kene macam ni pada saya, sayapun tak tau nak tafsir camana

Tapi tu 20 tahun punya cerita. Kalau saya masih simpan surat2 Roslan tu dah lama saya share kat sini. Tapi saya terpaksa bakar semua...

I think that’s all from me. I don’t expect you to believe my story, but you have to believe there are spirits and devils roam the earth because they are parts of Allah’s creations...mereka juga makhluk Allah... Wallahualam...

Cerita Seram Where stories live. Discover now